Lepas hari
raya, banyak masa digunakan utk.mengemas perkakas dapur yg telah
digunakan untuk majlis kenduri dan majlis hari raya.Kesibukan ini
membuatkan tapak semaian terbiar, sayur2 yg sedia ada habis dimakan
belalang dan bahang mentari.Apa pun terpaksa juga paksakan diri memberi
sedikit masa utk.aktiviti berkebun yg telah sebati dalam emosi diri.
Sawi ini.terbiar tak sempat nak makan atau sudah berlebihan, berkitar semula utk.menghasilkan benih...ia memang cantik.
sawi bujang dari benih proses sendiri
cepat tumbuh dan cepat pula berbunga lagi utk benih generasi ke2.
Sawi ini tak habis dimakan benih dari generasi pertama,main tabur je..banyak dah jadi bunga.
Ini sawi semaian yg paling junior, nampaknya kalau tak habis di sayur akan jadi bunga juga ni.
benih yg ku perolehi dari kedai pet shop.hidup tapi bunganya tak besar pun.mungkin masalah baja dan tanah.
HOLLYHOCK
ini terbiar..tapi hidup subur.cantik kan.
bunga kertas berbunga lebat,disulami bunga2 butang.Bunga kertas warna ungu, pokok asalnya ku tanam sempena ulang tahun birthday ir junior dan dr.rashid yg ke 8 tahun, masa tu mereka darjah dua.pokok asalnya dah berusia 15tahun, masih ada dan ku tanam dipenjuru pagar, sedang berbunga lebat.
bunga yg ini, pokok asalnya ku tanam sempena ulang tahun birthday 'ayu' yg ke 9 tahun masa tu dia darjah 3..pokok asalnya masih ada, tanam di penjuru pagar dah berusia 15 tahun. Menjadi kemestian bagiku, masa lalu, ketika menyambut ulang tahun kelahiran anak, akan ku tanam pokok bunga kertas yg berbeza warna utk.mereka. Masing2 akan ada pokok bunga kertas atau pokok2 mawar@ros utk.mereka.
Ini pokok belalai gajah, yg khabarnya sangat mujarab utk ubat ubatan.Ini 'Ir' yg bagi aku tanam, benih pemberian seorang kawannya.
Ok lah banyak gambar entry kali ini.
Salam ceria dan mesra selalu.Assalammualaikum.
Salam ceria dan mesra selalu.Assalammualaikum.
13 comments:
Salam kak..wah jelesnya..canteknyerr bungerrr..tak reti lah kak nak congak usia rashid atau ayu dgn usia bunga tuh heehe..pokok asal tuh sngat lama usianya...campur pulak ngan usia ayu, rashid kan byk pulak umur mereka tak logik pulak kan..hehehe..sorry lah buzy body psl usia anak akak pulak...
ok tahniah atas lingkaran yg indah..memang indah
tanaman sbg kenangan ulangtahun kelahiran...teringat arwah MIL...
salam dik,
hehehe nak teka umo, mudah tu lapan tambah 16, je..,sembilan tambah tujubelas.
Iyalah k mar, itu kaedah nenek moyang dulu2, kalau anak lahir mereka tanam pokok kelapa. tepi2 rumah..saya ubah sikit je, ganti pokok bunga..
syikologi nya..walau jauh mana dan sibuk mana pun anak2, mereka akan tetap balik ke rumah, sebab pokok2 tu panggil mereka, mereka pula nak balik rumah tengok selain ibubapa, nak tengok pokok mereka..entah betul atau tidak,ikatan dan kemesraan keluarga semakin kuat. Hehehe itu lah halmisalnya kata nenek moyang.
alamak, patut ummuaidan tak dapat kira, salah umo pokok asal tu. pokok kertas yg asal berusia 15 tahun utk kedua2nya..hehehe..
ala..pening la kak nak kira nie..ok, rashid 23, ayu 24? betul? tp dlm gambar diorang nampak mcm dalam usia 17-22 jer...rashid pun nampak mcm masih budak2 remaja.heheh ...
awet muda ibu dan anak.hahaha..betul tak.
banyak yerrrrr...gigih jugak nk mnjaga ye gini :)
memang penat dik, tapi puas hati bila dapat hasilnya.Ayut pun cubalah, mulakan dgn pokok yg mudah hidup..dalam bekas yg kecil, contoh 5 butir sawi tabur atas tanah dlm pasu kecil, perhatikan setiap hari, siram sampai ia membesar.Ada sesuatu mengalir dalam hati yg.indah.Cubalah k.
cantiknya bunga... suka tgok bunga butang, mengingatkan saya zaman kanak2 di rumah nenek. main masak2 dgn sepupu sambil mengerjakan bunga2 nenek utk dibuat lauk pauk kami. hihi..
salam pn yg baik budi.sudikah pn jual benih2 bunga yg pn ada.bunga butang dan lain2.wasap sy ya 0148132350
salam pn yg baik budi.sudikah pn jual benih2 bunga yg pn ada.bunga butang dan lain2.wasap sy ya 0148132350
Post a Comment