Selesai kerja merumput, terus tadah air ditab mandi, dan seperti biasa, air mandian direndamkan bersama bunga2 yg terdapat dengan mewahnya dipersekitaran halaman rumah. Sebelum berendam, sempat lagi alihkan sayur2 stok lama saki baki sayur utk bulan puasa dan bulan syawal saat keluarga berkumpul.
Sempatlah ambik pembaris nak ukur panjang labu air, yg tak habis dibuat sayur.
Jom layan gambar.
Labu air, labu manis dan labu kundur wangi.
Teringin nak tahu berapa panjang buah labu air ni.Ingat nak buat peraduan ,minta ummuaidan teka.tapi masa tak mengizinkan. Nantilah ada peluang dan ruang waktu.
panjangnya cuma >< 44 cm.Bolehlahkan, utk.hasil tanam sendiri.
seronok berendam dan main air lama2.rendam muka dalam air, siap celekkan mata dalam air, nak hilangkan habuk tanah yg terpelanting masuk mata masa berkebun tadi...ahh lega.
kocak2 air dan bunga2 tu, sampai bertaburan atas lantai, saat ni teringat ummuaidan dan aidan dibumi fiji, ummuaidan kecoh, aidan main air bila ada peluang masuk bilik air..hehehe..benar2 seronok rendam badan lama2 dalam air.
Masa berendam sempat lagi dengar lagu2 koleksi dari mp3.dari radio kecik bulat merah tu..best sangat.
Bunga rendaman mandi,.ku petik sekali bunga2 matahari yg tak membesar dari baka op..sebenarnya..ia sangat wangi, wangi minyak bunga mata hari. Alhamdulillah.
Ok lah, sampai jumpa lagi.Miming, lama tak update blog..apa pasal?
ada rindu utk kalian.Assalammualaikum.
11 comments:
Salam kak mandi bunga yerr, meriah nampak.....terima kasih atas ingatan yg melimpah ruah tu...aidan kalau mandi dlm tab tuh mesti last2 pening kepala nak handle....
besar labu2 tuh, buat masak air dgn lada hitam pun sedap kan..
ni macam anak saya jugak ni suka potong daun pandan, bunga utk mandi...
tak pernah rasa kundur wangi tu..pernah nampak neighbour jauh tanam..
salam ummuaidan,
mandi bunga, you cuba, segar sangat.Itulah gunanya tanam bunga2 tepi rumah, rasa mewah..nak guna banyak mana dan bila2 masa.
Sayur tu, ingat nak bawa balik hujung tahun ni, bagi mak mertua rasa hehehe kalau panjang umur.Labu air tu tak dapatlah..sebab tak boleh simpan lama.
Salam k mar,
Best tau mandi berendam dalam bunga2 yg berwarna sambil dengar lagu2 atau surah2 al quran dgn.terjemahan indonesia dan qarinya pula imam Misyari Rashid Al hafasi.Benar2 satu rawatan yg berkesan.Dari tubuh fizikal hingga ke mental.Kawan2 yg ada ruang dan peluang, boleh cuba aktiviti ini.
labu kundur sekarang sudah tidak ada lagi,di kampungku,dulu banyak,kasihlah bijinya biar ku tanam di belang rumahku,hehe
salam DD..terimakasih berkunjung ke halaman lingkaran ini.
Mau benih labu kundur ya?..nanti ku kirimkan benihnya.emailkan alamat tetap k.
hahaha,,,boleh juga ,,,thank you before,,,,
Waalaikumsalam Puteri.. insyaallah ..one fine day...akak pun nak juga benih labu kundur wangi tu....kalau ada lagi la...
kak!best ye umah ada tab mandi!nak jugakkkkkkkk....suke2x.... :)
salam k mar,
benih banyak nanti bagi alamt ya.
hemm memang best lah..Yut..boleh berendam lama lama, main air.hehehe
Post a Comment