Salam buat Ummu Aidan.
Hemm tak ada apa lagi yg dapat dikatakan benih2 bunga yg dikirim itu sudah tidak dapat dikenali warnanya. Saya pun main tanam je bunga2 ni dan malas nak mencari2 namanya.
Sebab saya suka warna dan bentuk2 tumbuhan...saya tak perlukan nama, kecuali bila perlu.
Saya tanam bunga yg mudah tumbuh dan berkitar semula menjadi benih.
Cara nak kenal benih yg dah hancur tu, bandingkan sajalah ya, bentuknya.dgn gambar ni buat panduan .
Dalam surat khabar tu, dah tak ingat lah, benihnya macam ni kan.Ada 5 warna, sebab tu diasingkan kalau tak silap
ini hasil bunganya kelihatan seperti daisy tapi ada 5 warna.
Yg ini pula benih bunga yg oren dan kuning dibelakang tu,' marygold.'Asal benih beli kat s market.
Ini benih sayur buah kundur.
Ini gambar sayurnya.sayur labu kundur, tahan disimpan bertahun dan wangi.
Ini benih limau purut, asal dari kelantan.Semailah semua, nasib baik tumbuh.
Ini benih bunga mata hari baka op, benih asal dari blog tanam sendiri.
besar bunganya ada di kongsikan dalam entry yg lepas2.
ini benih bunga telang.
Ini bunganya. boleh buat sirap biru. bila tambah jus limau, ia bertukar warna .
Ini benih bunga permata cincin.
ini bentuk bunganya.cantik tanam rapat2
yang dalam plastik atau dalam tisu macam benih sawi, benih bunga balsam@keembong,,ada 4 warna tu.yg.paling saya suka warna merah ni..
Yang benih betik sekaki, benih kacang panjang tak menjalar, labu manis, itu ummi kenalkan.
Hehehe, labu fiji lagi besar2kan.
Apa pun, kalau saya tempat ummi..kalau dah keadaan macam tu baik tidur2, nonton tv.Apa lagi kalau budaya disana perempuan digalakkan bergantung penuh pd.suami..kan best gitu, kalau ada dimakan makan sama2,,kalau suami tak ada apa dibawa makan, sama2 puasa..hahaha lucu idea ni.
Ok lah rehat banyak2.Jangan pedulikan bunga2 tu...yg penting ikan masin dan bilis yg sangat susah didapati disana tu selamat sampai dan boleh stok.Saya bimbang ikan tu tak sampai, sebab yg membungkus benda2 tu, cikgu2 kat sekolah.yg saya minta antar kat pos seorang ustaz,, ustaz tu pula pas lagi kat pekerja kedai dia, pekerja tu pula pas lagi kat kawan pemain bola..cucu kepada ketua menteri sabah..last2, laporan isi bungkusan tu 'kain masjid'...dia call ustaz tu apa isi bungkusan , ustaz kata 'ikan masin'..salah dengar.Perasan tak kat reset pos laju yg ditampal kat bungkusan tu..punya saya cemas..hampir sia2 niat kita bersama kan.Hahaha apa pun ..salam mesra selalu.ok lah, jaga diri ya..assalammualaikum.
8 comments:
As salam cikgu,
Bila tgk benih2 pkk dlm posting ni rasa mcm nk gi minta dgn cikgu. Byk pkk yg saya dulu ada kat laman rmh cikgu.
Salam kak...thanks a lot atas penerangan khas ini... alaa yg benih dah tabur tu biarkanlah malas nak kutip nak kopek balik..sy takder alahan kak cuma penat jer...tapi tak suka dok diam.nak jer buat kerja..ya, makan pun kongsi pinggan.hehe..kalau somi tak bawk balik apa2 minum air kosong jer lah...
selain jemur ikan bilis tuh boleh simpan dalam deep freezer tak utk tahan lama? sbb kalau dok kat luar lama2 nak takut jd berkulat..susah payah betul nak mengepos yer..hehehe..apapun merasa jgk ikan kering yg sedap tuh.. mcm tak cukup lak yer ikan kering tuh ..hehehe..gurau jer, nafsu makan leh jd besar sket lg..:)
1st flower tu zinnia..
Assalammualaikum Adry.
Nak benih boleh.Cantikkan, bunga2 dari zaman saya kecik2 tu..koleksi yg sentiasa dijaga..takut pupus.Patut bunga2 begini yg ditanam dihalaman2 awam sebagai rumput hiasan bandarraya.Ia benih2 dari zaman berzaman tumbuh dihalaman nenek moyang kita.Betulkan..hehehe emosi sikit.Tinggalkan alamat Adry.
Ummi yg manis,
hehehe..ikan masin tu, boleh simpan dlm.peti sejuk.Jangan makan berulang kali tak baik utk ibu hamil takut lebih garam.
Kita sayang awak..apa apa hal just email k.
ohh bunga tu, namanya zinnia ye k mar.TQ. Tapi masa saya sekolah rendah, cikgu kampung saya kata 'bunga malaya'@ malaysia.
kak.. semua pokok tu kak biarkan tanam rapat-rapat ke? sebab saya tengok padat pokok-pokok tu, tapi subur je semua. saya tengok kebanyakan tanaman kak menjadi semuanya dan subur. baja apa yang kak biasa gunakan?
Assalamualaikum kak puteri,
Cantik bunga2 yang kak puteri tanam. Kak,sudi tak kalau akak kongsikan benih labu kundur akk ke saya. Saya ada cuba cari tapi tak jumpa. Saya Memang teringin sangat nak tanam buah kundur. Harap akk sudi.
Terima kasih banyak2 kak puteri.
Post a Comment