Sunday, March 6, 2011

Pagi Hari Ahad yang Ceria 6 Mac 2011

Kesibukan ini membuat aku terhenti mencatatkan cerita helaian saat hidupku.
Namun hari ini,ada ceria di hatiku, semalam pagi sabtu Ir junior balik dari Kent, dan pagi ahad ini dia balik semula ke asramanya..hilanglah sedikit kerinduan ku pd.orang di Banglore, IPDA dan BMI tu..tak apalah,
perpisahan ini buat sementara, dulu aku juga begitu..tinggalkan ayah ibu demi ilmu yg.terpaksa dicari demi membina kekuatan hari ini.

Oh..pagi ni juga jam 11 pagi tadi "tukang" yg.akan menguruskan pembinaan penambahan bangunan di rumah aku tu datang, membincangkan kos dan reka bentuk rumah yg aku inginkan.Aku tak banyak cita rasa, asal selamat diduduki..Alhamdulillah..cukuplah.Tapi sedikit terkejut bila dia minta upah RM32,000.00 upah saja.Ukurannya kecik je..lebih kurang 25' x 35' bertingkat 1.Ku rancang tingkat atas buat 4 bilik dan bawah 3 bilik.

Kos bahan binaan tak pasti lagi.Namun harapan ku bilik itu akan siap sebelum menjelangnya bulan Ramadhan nanti.
Nampaknya mereka akan mula pd.cuti ini iaitu minggu depan.
Kepada kak Roy, Norly dan sahabat2 yg.tersayang, doakan agar perancangan aku ni di restui Allah ya.semoga segalanya Allah permudahkan. Cuti akan bermula pd 12hb.mac hingga 20 hb.mac ni.sekolah semula pd isnin 21.mac.Kepada yg.menduduki exam..selamat menjawab soalan peperiksaan semester tu..jangan sampai ulang kertas peperiksaan tu.Semoga Allah berjayakan semua niat kita yg.baik.Insyallah.Amin.

hatiku ceria seakan warna ros aku ni..lawakan kak Roy.Bunga ni aku tanam dalam pasu besar..bibit dari Padang Besar.

No comments: