Friday, March 18, 2011

Bua' Raang

jam 5.00 petang 18 mac, pakcik shoi dan 'ina' isteri pakcik shoi, datang untuk bantu tukang 'en.sikal ' menyukat tapak bangunan yg.nak di buat bilik baru tu. ukurannya 35' x 25' bertingkat.Alhamdulillah,semua ok. Pakcik buat pelepasan perletakan tanda kawasan kediaman kami anak beranak, dan cucu keturunan, maknanya itu persempadanan ruang makhluk kasar iaitu   ' manusia ' dan mahluk halus ' golongan jin dan syaitan '.Dalam bahasa bajau K.Belud, di namakan 'Bua' Raang'.Alhamdulillah, jauh di sudut hati semoga projek ini berjalan lancar dan dijauhi dari segala bala bencana dan semoga Allah berkati rezeki kami sekeluarga.Amin.
Irma Restu si puteri Ayu dan Irfa Amirah si ketua utusan pakar berunding dalam keluarga dan si doktor Rashid, imam keluarga, sama-sama lah berdoa kepada Allah semoga semuanya berjalan di atas garisan yg.lurus, teguh hingga ke akhir hayat.Si junior  'Ir'fan dah balik kent, jam 2.00 petang tadi.
Saat ini ada rindu di hatiku untuk anda semua yg.jauh disisi.Salam sayang dari ku untuk mu.Hingga jumpa.
                                            
                                        gambar dalam ruang tamu yg.tak larat nak di kemas.kena tunggu Puteri Amirah, kuli aku untuk kemas.He he he, ming jangan marah ahh.
Gambar bawah ni , ruang depan rumah yg bakal sesak kerana ini lah kawasan tapak, nak di tambah bangunan tu. Kalau bajet tak cukup tunggu bantuan si jurutera hospital tu lah bantu..agak2 boleh ke?.he hehe Restu, projek mu dah menunggu, ongkosnya bu.

No comments: