Wednesday, March 16, 2011

Petang 16 mac 2011,Hari Rabu yg.redup.

cuti sekolah bermula 12 mac hingga 20 mac.Hari ini dah 16 mac..cuti ini akan berakhir tak lama lagi.Tak ada apa yg aku dapat buat selain melalui hari-hari yg.sunyi.Arus elektrik sering terputus berjam2 lamanya, tak kira siang atau malam..bolehlah dikatakan kerja aku hanya tunggu 'ada karan' sudah?
Banyak benda aku rasa saat ini.Ir dan Ir Junior ke KK lagi, kelmarin pun mereka pergi bersama cikgu Fauzi.
Aku.?..aku sibuk buat tapak semaian bunga2 ros dan bunga melur aku.Ada yg.dah bercamba.Aku nak ambik gambar, tapi anak aku peringatkan..kalau ambik gambar nanti 'mati ' bunga2 tu..aku tak pasti kenapa dia kata begitu, jadi dalam senyap aku patuhi juga pantang larang yg.dibuatnya.Aku takut betul2 terjadi..

Cerita pasal  'mati', sesuatu yg.abstrak.
Bulan mac ini banyak perkara yg.bergolak.Kejatuhan negara Mesir.Pergolakan Negara Libya, ketuanya di usir dari tanah air sendiri, lalu ketua itu berjuang mempertahankan diri dan hak keluarganya, lalu perang sesama sendiri, ramai yang ' MATI '.
Negara Jepun..dilanda petaka semula jadi..peringatan dari Tuhan yg.menciptakan alam ini.Alam ini milikNYA.
manusia cuma diberi nikmat menjadi penumpang yg.sementara..sampai masa "MATI",rakyat Jepun mati ramai2.Aduhai...mungkin,dalam kejadian itu ada cereta yg.tak dapat di ceritakan oleh individu..kerana mungkin dia sudah pergi dalam timbunan sampah sarap harta awam dan kediaman manusia yg.diranapkan banjir tsunami itu.Hemmm..Dialah Allah yg.maha mengetahui.Kita saksi kejadian.
Apa peranan kita?..hulur bantuan sebagai sedekah?..bantuan kemanusiaan.
Bila aku kaitkan dengan cerita anak murid aku yg.baru derjah 3..pergi sekolah dan balik ke rumah sejauh 2km, setengah..setiap hari,tiap2 hari aku lihat wajah sekecil itu murung dan sayu..aku tahu dia penat.
Aku tak tahu nak menolongnya.
Ada sedih di hatiku.Sedih sangat.

Seorang sahabta 'sms' kan aku kata kata ini,
" Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa engkau telah mencuba, sedaya upayamu, bila tangisanmu berpanjangan dan hati mu dalam kedukaan, Allah mengira setiap titisan airmata mu..
Bila engkau merasa hidupmu ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu, ingatlah Allah masih setia disisimu."

Ini pula 'sms" dari Miss Lim Sms ni di kirimnya sewaktu 16 mei 2010..sempena hari guru tahun lalu, masih ku simpan..cikgu kesayangan aku tu. sms nya berbunyi begini " Gd morning Mas.Sibuk?, bagus kalau begitu, kerana sibuk menjalankan tugas yg.diamanahkan, besar pahalanya. Balasan Tuhan tidak ternilai. "selamat Hari Guru dan Salam sayang untuk Mas n Family. Ingat 'd best teachers teach from d heart, not from d book' .. Saya yakin dengan pegangan ini."
Inilah cikgu aku Lim Bong Soo.Meski berjauhan, dia masih ambik berat dengan kami orang, pelajar2 perempuan yg lima tahun di asuhnya dari awal remaja sehingga mencecah usia 17-19 tahun.Hemm
Miss Lim, wajah mu dimata ku saat ini.Rindu aku padamu.

No comments: