Tuesday, July 3, 2012

kuda jinak bertubuh kecil, kuda liar bersaiz besar?..cerita kuda Kota Belud.

3 Julai, hari selasa..ahh panas cuaca ini dah hapir 3 bulan berlangsung.Tak larat bercucuk tanam dalam bulan bulan ibadat begini, khamis 5 julai nanti, nispu shyaban,  rekod lama diangkat ke langit, dibentangkan buku rekod baru halaman baru..apa tunggu lagi, jomlah  berpuasa sunat bulan syaban..Insyallah hanya niat mencari keampunan dan reda Allah..amin.

Cerita cuti yg berlangsung pd.25 mei hingga 10 jun, yg.lepas..tak dapat kemana mana, sibuk macam2.Hanya sempat temankan Miming,Lia Aida dan Suhaila..menunggang kuda di kejiranan kampung.

Kuda kota Belud, saiz nya kecil je..tapi bagi masyarakat bajau kota belud yg.gemar menunggang kuda dan menjadikan penternakan kuda sebagai hobi dan mata pencarian, mereka menternak kuda bersaiz kecil baka tempatan, biasanya mereka guna kuda ini utk.menyertai kelab lumba kuda, yg.harga pertaruhannya bernilai jutaan ringgit.tapi penternak dan joki  kalau kuda menang hanya bebrapa RM saja mereka dapat, yg dapat semuanya..yg.bertaruh judi..terdiri dari pak menteri, golongan koprat dan golongan suku luar yg memang melihat dunia ini sebagai syurga.

Suatu ketika di Daerah Kota Belud, hampir semua keluarga memiliki kuda untuk tunggangan bagi menyelesaikan kerja2 penternakan lembu dan kerbau, juga sebagai pengangkutan, tetapi sejak adajalan raya dan semua keluarga mampu milik sebuah kenderaan, kuda tidak lagi diperlukan, cuma sebagai hiasan..atau simbol adat bajau masa perkahwinan 'kuda berhias'.

Kawasan rumah ku setiap malam didatangi haiwan  ini tanpa di undang..Kuda ini sudah tak ada tuan, dibiarkan berkeliaran..


Jom tengok gambar.





Besar kuda ni..tapi tak boleh dekat..garang.Dalam tahun 90an, pernah kereta kami berlanggar dengan kuda, retak cermin depan, kuda ni terperanjat lalu berlari kencang dan melompat atas bumbung kereta, namun kakinya tersangkut depan cermin, ir dan anak2 masa tu dalam perjalanan balik dari sekolah..mujur Ir cekap memandu dan tak terbabas kereta tu.



Seronok tengok Aida menunggang kuda..

 
                                                time kuda tak naik berang..bolehlah gelak2.
                                             miming pandai kendalikan kuda.
                                      kalau boleh kuda dijadikan kenderaan kan bagus Mira..tak payah beli petrol, boleh lah ulang alik dari rumah sewa ke kampus kuliah..riuh seluruh IPDA, kalau Mira menunggang kuda ke kuliah hehehe, identiti anak baju kota belud..mesti ada kemahiran kan ming.
                                                muka stress ni, hehehe suhaila, bimbang jatuh terpelanting ni.
                                      Nasib baik tuan nya ada, mengamuk kuda ni..penat layan karenah
                                      gadis2 pingitan ni.
                                      sempatlah pujuk2 kuda ni, dan ucapkan terimakasih pd.nya kerana telah berikerja sama menceriakan anak2 gadis mama.hahaha ..ceria selalu.
Sampai jumpa lagi.Orang di Banglore dan Restu di KL, salam rindu dan sayang selalu.

7 comments:

mat jon said...

dulu selalu jugak tunggang kuda bila hujung minggu. ada sekali bawak wife nak tunggang kuda, bila wife nak naik je kuda tu elak, kami pun hairan, lepas tu orang jaga kuda tu cakap bini saya pregnant, tu yang kuda tak nak tu. kami berdua pun terkejut, betul ke? esoknya buat check up sah pregnant seminggu. kuda pun ada deria naluri yang hebat.

Nudabuffy said...

ye ke mat jon.. First time dengar..tak sangka kan..

Puteri Purnama said...

salam mat jon dan puan Nudabufy,

kuda haiwan yg.sangat sensetif nalurinya dan bersahabat.Bayangkan haiwan yg satu ini pernah terlibat membantu penyiaran agama Islam di muka bumi ini..pasukan pemanah perang Badar dan perang Uhud.Haiwan ini seperti mengerti bahasa kita.

wani sc said...

iyelah Mat Jon, first time saya dengar. tapi kuda ni memang sangat setia dan naluri dia kuat terhadap orang yang menunggangnya. tau dari dokumentari je la. satu-satunya binatang yg pernah saya tunggang rasanya unta je. huhu

Sufi Luqman said...
This comment has been removed by the author.
Sufi Luqman said...

Puteri Purnama..saya tak pandai la dalam blogging..tapi kalau nak tgk pokok bunga tu cuba lawati facebook saya...cari user ini dulu (Sufi Kg Jambu Panji)...pastu cari plant and trees selepas saya add awak..

Anonymous said...

bestnya...nak tunggang kuda la lps ni...hihihihi