Sunday, July 29, 2012

Alhamdulillah sampai juga saat itu.

Assalammualaikum,
hari ini ahad 29 julai. hari ke 9 dalam bulan ramaddhan.Dah 9 hari umat islam menunaikan puasa..termasuklah aku sekeluarga.Tak ponteng lagi.

Meski berpuasa dan melaksanakan tugas2 sekolah dan rumah, emosi utk berkebun, semakin menjadi2 apa bila yg diharap2kan selama ini menjadi kenyataan.Ia menjadi pembakar semangat utk.berusaha keras membersihkan kebun dan terus menerus menyemai benih  dan menyediakan tapak bertanaman.

Penat sangat diiringi cuaca yg tersangat panas.dah lama hujan tak turun.Apa pun ku kongsikan gambar utk.kenangan, dalam lingkaran ini.

Apa yg aku tunggu selama ni?..yg aku tunggu tu ialah ..hahaha..buah betik sekaki.

Dah ranum sebiji.



Buah pd.pokok yg  ini, besar2.


pokok labu air dah menjalar jauh memanjat pagar,belakang rumah.semoga berbuah banyak.

pokok tomato meski yg hidup cuma sepokok, tapi mengeluarkan banyak putik.

Rasanya tomato ni, tunggu matang sampai warna hijau tua, nak buat menu 'sambal hijau arjuna' resepi rakan blog  milik saudara DEDTEA 'blog tentang masakan'


Benih bunga mata hari, nampak besar, baka tak tahu dari jenis apa, aku dapat dari kedai menjual makanan hamster, dia jual kuaci..aku minta 5 butir dan bayar seringgit, tapi cina tu bagi 10 butir dan tak minta bayar, dia kata benih tu mentah hanya utk.burung atau hamster..

so aku kata kalau mentah mungkin boleh hidup, mintalah aku nak cuba tanam, dia bagi jugalah, free je..
Lepas 6 hari benih ni tumbuh.Semoga dari jenis2 yg.hebat2..manalah tau kan.





Benih sawi yg aku semai dalam bekas ni, terlalu rapat, tak tahu macam mana nak alih ni.
Demi benih yg dah tinggi ni..aku berkerja keras menyiapkan tapak tanaman ditengah panas terik, merumput dan mengembur tanah.Semoga usaha ku akan berhasil..semoga hasilnya sempat di tuai saat Rashid dari Banglore balik,Miming dari IPDA dan tentunya kekasih hati 'Restu'...hasilnya dapat disantap bersama anak2ku.


Ini tapak yg aku siapkan dari pagi kemarin sabtu hingga pagi tadi ahad..jam 11 pagi baru benar2 siap.


yang ini aku bersihkan hari sabtu minggu lepas..penat sangat merumput kawasan yg ini.Nak tanam labu kundur biar  labu tu bebas panjat pagar.

Tapak yg ini, dah 3 minggu lamanya disediakan dah bersedia utk digunakan sebagai tapak tanaman utk.sawi..aku akan tanam sawi ditapak ini, kalau tak muat baru lah tanam ditapak yg baru disiapkan hari ini.

Ok lah sampai disini.Assalammualaikum.Selamat menjalani ibadat puasa.Semoga Allah terima segala amal ibadat kita, berkat didunia dan akhirat.Amin.

19 comments:

mat jon said...

wah betik tu nampak menarik la jadi juadah berbuka nanti. tak sabar pulak nak tengok buah tomato tu ranum.

Umm AA said...

wah cikgu nie hebat..mengajar lagi berkebun lagi..dah la tuh byk tul yang dia tanam..hebatlah kak..sawi tu masa nak alih cungkil sikit2 dari bhg tepi dulu...dah ready nampaknya tu..lama dah tak rasa betik m'sia nie..dah lupa rsnya camaner..kat tpt kita betiknya jenis HAWAIAAN ..rasa sekali dah taknak betik lain daa..

wani sc said...

ini betul guna banyak kudrat ni kak. besar patch yang akak buat. fuhh, wonder woman! ;)

Puteri Purnama said...

mat jon,terimakasih sudi jengok kite..hehehe kisah betik sekaki ni best sangat,bila semai lama benar tumbuh..bila dah tumbuh,sekejap membesar sekejap pula berbuah, bila part tunggu ranum,lama benar rasanya..tapi bila dah depan mata rasa sayang nak petik.eee manusiakan..

Puteri Purnama said...

Ummuaidan, salam mesra dik.
Terimakasih saranan cara mengalih pokok sawi tu..

Minat bertanam bunga ros dan bunga mata hari je, tapi bila hubby kata tak ada hasil,akak cuba2 jugalah tanam sayur sikit2..bila menjadi wah perasaan nak lagi tu datang..berbudi pada tanah,hasilnya sangat menghiburkan. Alhamdulillah.

Puteri Purnama said...

Dik Wani sc, masih puasa kan?hehehe..
menyediakan patch tu,betul2 mencabar kudrat,terutama saat puasa begini, tapi masa buat tu..terus menerus berfikir nasib buruh kasar buat bangunan tu, mesti ada antara mereka yg berpuasa, mungkin beginilah rasanya..satu lagi, kata nak 'slim' kan..inilah masanya,Hahaha siap jugalah..peluh keluar besar2..doa kan hasilnya berjaya ya.Terimakasih wani.

herny ridzwan said...

Alhamdulillah...tengok tanaman org berhasil ni buar semangat naik sikit ni.....

Puteri Purnama said...

salam herny,
gitulah juga saya, bila rasa hilang semangat, cepat2 ronda2 kebun kat blog member cari semangat,kasi jeles2 hati..hehehe berkesan tau.
seru kat hati bila tengok tanaman teman2 menjadi "saya nak juga".

olive said...

Hi Puteri Purnama, banyaknya tanaman. Syiok sgt lah tengok pemandangan garden u. Bagusnya idea puteri purnama. Tanam bunga matahari daripada kuaci. Tak pernah pun terfikir boleh buat begitu.Next time try juga lah..hehe.. I baru ja start blogging but memang suka la buat edible gardening...Olive

shafirul suffian said...

benih tu boleh simpan mana tau ada yang berminat..termasuk saya..ehehe... sampul surat beralamat sendiri tak sampai pun... puteri purnama boleh tinggalkan alamat di email saya shafirulsuffianselamat@yahoo.com.. nanti saya poskan..setem dah beli dah..

Puteri Purnama said...

Olive hi,
tq ya,sudi melawat halaman dalam lingkaran ini.jom ramai2 tanam bunga mata hari, hijaukan bumi tercinta.

Puteri Purnama said...

shafirul suffian, salam dik,
Ni atas meja pc ni,dah pek dah benih bersama sampul surat sendiri nak kirim, entah kenapa tak lepas2 juga.Terimakasih banyak2 atas ingatan itu, kejap lagi muncul lah bingkisan ku itu.

suka suka said...

best tau menuai betik sendiri..akak ni pula tiap kali beli betik kat sogo memanjang je simpan benih..tanam je tidak..mklumla tak duduk atas tanah..malas punya pasal letak je dalam pasu...baru2 ni bila semai pokok harum wangi dari En. Iskandar naik subur la pulak...garu kepala nak tanam kat mana..kena ekspot gamaknya ke Seremban juga akhirnya...

memang semangat naik tengok rakan2 menanam sayur dan tumbuh subur..sabarjela...tanah daku terhad..maybe one fine day..akan ada juga tanah sendiri...

Yuni Murharjanti said...

hai Puteri...terima kasih atas visitnya ya..ini sudah saya follback...semoga persahabatan ini bawa banyak manfaat. amin.

Puteri Purnama said...

Puan k.mar (suka2) hehehe..tak ada kawasan nak bertanam,sabarlah.Nanti kalau ada rezeki belilah tanah kat kampung,kecik2 pun tak apa, bila dah pencen,penuhkan aktiviti dgn.berkebun..mesti seronok.Terimakasih sudi melawat.

Puteri Purnama said...

salam yunims.Alhamdulillah, semoga saja yg baik2 sentiasa mendatangi kita..salam perkenalan.

Adry@Daun said...

As salam cikgu(bari hari tau tuan puteri purnama soerg pendidik),
Saya cukup respek dgn kerajinan dan usaha cikgu utk bertani ni. Itulah kata org, nak seribu daya..tak nak seribu dalih. Inilah maksud peribahasa tu. Usaha dan titik peluh cikgu sememangnya berbaloi. Hasil yg diperolehi tu dpt hilangkan segala rasa penat. Biji bunga matahari yg dijual di pet shop blm jadi kuaci lagi, ia masih biji benih sbb kuaci tak mgkin hidup jika disemai.

Puteri Purnama said...

Salam Adry, ialah..biji bunga matahari tu menurut tuan kedai, biji tu masih mentah, sebab tu saya terfikir nak cuba semai, dan beranikan diri minta harga seringgit utk 5 biji. tapi dia bagi lebih dan free, saya cuma ingin mencuba, tapi hasilnya wah..alhamdulillah..tunggu masa nak membesar.

Unknown said...

salam..saya ada semai kuaci hamster..mmg tumbuh sbagai bunga matahari..umur pokok tu x sampai dua bln lg..Alhamdulillah😊