Thursday, April 21, 2011

Sedondon??

hari ini aku tak sihat, demam tonsil, minum air suam pun sakit dalam tekak.Dah makan ubat tapi tak menjadi.Hemm 26 april hingga 28 april ini , aku kena hadiri kursus di Berjaya Palace Hotel k.kinabalu.
Syarat berpakaian, kena pakai kasut bertutup warna hitam! macam nak hadir temu duga pulak.
Menurut taklimat yg aku hadiri di PPD K.Marudu pd.29 mac hari tu, pegawai tu kata pakai tudung warna SEDONDON dgn baju kebangsaan( baju kurung ) lah tu atau kebaya.

Bah kejap lagi 26 april muncul, terlalu pantas masa berlalu.banyak perkara yg.aku rancang belum terlaksana.Ada risau di hatiku, terutama dalam pengurusan fail2 sekolah.Aku malas nak buat.
Tak apalah..hemm kisah sedondon  ni..teringat aku setiap kali hari raya menjelang..ramai keluarga bahagia, akan memakai warna baju seisi keluarga 'sedondon'...

Tapi aku sebagai pengurus keluarga, sejak aku dan 'Ir' bersatu membina ikatan itu, dan kebahagiaan kami, di sinari kelahiran kelahiran itu, tak pernah pula aku, simbolkan dengan warna 'sedondon' meski musim hari perayaan..aku tak tahu kenapa..yg jelas, selalunya sedondon hanya si kembar 'ir junior  dan Rashid DR ' mereka aje yg aku pakaikan warna'sedondon'. anak2 gadis aku ikut mana yg mudah, malah aku sendiri, sejak bergelar, ibu aku tak pernah kesah mengenai baju raya.Malah 7 zuriat itu pun aku tak semai langsung semangat baju raya ni.
Entah kenapa, setiap kali hari raya, perayaannya sangat sederhana dalam keluarga aku.Yg sangat aku pastikan, sejak kecil seawal umur darjah 1, semua mereka ku bawa ke masjid utk.sembahyang terawih.TIDAK BOLEH PONTENG..setiap malam di bulan ramadhan itu.  kesannya..mereka sentiasa mengira malam-malam bulan keberkatan itu dan kerana terlalu letih, kami sekeluarga tiada masa nak fikirkan pasal baju raya dan warnanya.
Namun selepas mereka membesar, adalah sekali pd.tahun itu, iaitu hari raya haji tahun 2009.kebetulan yg.amat sangat, tidak dirancang..tetiba emosi kami tersama..so adalah sedikit kelihatan sedondon warna baju kami,
tapi yg.lebih manisnya ia seperti menjadi tema warna keluarga aku dan keluarga abang sepupu aku      'keluarga abang Mat'.Tak percaya?..tengok gambar2 bawah ni..terang dan bersinar, seperti semarak semangat harapan dalam jiwa yg.empunya diri masing-masing.
                                          Keluarga ku dan keluarga abangku.
          Restu dan miming dengan tema tersendiri, pastinya punya personaliti tersendiri begitukan ming. hehehe..
                                           bolehlah dikira tema warna sedondon kut...Ir dan 'langu' nya.'ma fizul'
                                         anak2 saudara yg.tersayang, pemuda harapan bangsa.
                                         warna krim sedondon, ni anak saudara ni.
                                         cap ibu dan anak, sedondon juga ni..
Pemuda2 duduk barisan hadapan ni, sedondon habis ek..
SMILE.."bersatu teguh, bercerai roboh" keluarga ini lah kehidupanku.

1 comment:

Bintang Hati said...

nanti kita pakai baju raya sedondon sama2 plak ar makcik..hehehhee....;)