Thursday, January 13, 2011

pantasnya masa berlalu

Hari ini 13 januari 2011.

dah jauh malam hampir jam 11. disekolah siang tadi aku adakan taklimat mengenai Kurikulum standerd sekolah rendah ( KSSR ). Hemm..penat..banyak perkara kena buat..dahlah hari khamis jadual aku padat..seawal jam 7.00 pagi aku dah masuk kelas utk subjek sains.1 jam...lepas tu sivik kewarganegaraan 2 jam utk.2 kelas.
Lepas tu jam 10.30 pagi taklimat kssr tu....petang balik rumah..aku dah tak larat nak berbual2 dgn.suami aku.
dia pun sama juga...dah dua hari hadir mesyuarat sekolah sebelah petang...aku sunyi pula...aku tidur je...
Aku bangun tidur, masak dan baru dpt on line...sempat tengok rakaman kak Roy di www.weworkz.sg.
Rindu pun mengalir lembut mengenangkan kemesraan kak Rohaidah Masri..di masa lalu.Keluarganya baik sekali.


Kak Rohaidah ni masa sekolah selalu menyakat aku dengan ulat gongok..adakah patut dia kumpul ulat gongok tu dan letak kat tapak tangan aku, aku bagai nak gila menjerit..aku geli..sangat sangat...hemm
bila kenang semula...aku sayang kak Roy...tanpa mu dulu, siapalah aku hari ini..aku membesar dalam senda gurau mu..semoga Allah pertemukan kita lagi ye...nanti aku belanja makan ikan bakar...he he he..
Kepada norly..kalau dapat tengok lah web kak roy tu..ada vedio kat sebelah kiri tu..dan kak roy ada disitu,
best tau...spiking lagi tu...

No comments: