Saturday, January 22, 2011

Hari ini sabtu 22 Januari.minggu ke tiga persekolahan.
Jam 9 pagi tadi ada mesyuarat ko kurikulum, habis jam 12.05 tengah hari..entahlah...dari sudut pandangan aku..seorang ketua kena juga belajar ilmu psikologi..kalau tidak..jadilah macam ketua mesyuarat sekolah aku tu, berjam-jam mesyuarat, tapi hasil terlalu menimum.
Semua pendapat ditolak asyik dia aje yg.perlu didengar...so sepanjang mesyuarat tu aku ber'sms' je lah dgn.kak ' Roy ' di singapura..wah jauhnye aku pergi..sambil aku dengar..lagu wali band 'baik-baik sayang'..dibarisan belakang tu ramai cikgu tertidur dibuai oleh irama dan seni kata arahan pekeliling yg.dibaca panjang lebar oleh sipengkhutbahnya...al maklum dia ketua,...semua orang wajib dengar!!..kenapa tak edarkan je..pekeliling tu,di hari lain dan masing2 baca bila ada free time...entahlah..

Bila aku fikir-fikir ini lah akibat tak belajar pasal serba sedikit hal psikologi.Oleh itu aku kongsi di sini serba ringkas teori psikologi yg aku pernah belajar masa di universiti..baik utk ibu bapa juga utk kesedaran bersama...' kenapa terbentuk personaliti yg.berbeza pd.anak- anak dan anak murid'.Selamat membaca.Norly, kak Roy..nanti kita rancang jumpa ye..BILA? he he..kata sibuk..tapi tetap nak jalan2..inilah manusia.

Bagaimana Personaliti Terbentuk?

Pakar psikologi kaunseling melalui teori mereka mendapati empat ciri bagi menjelaskan tabiat seseorang itu seperti teori psikoanalisis yang diasaskan oleh Freud. Pertama teori ini meyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi unsur rangsangan seksual agresif dan tidak rasional wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga perkembangan hidupnya.
Kedua analisis transisi-Adler, dimana teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa ketika kecil, anak berkenaan merakamkan secara langsung percakapan dan perbuatan ibu bapa mereka. Konflik terjadi apabila anak cuba menilai semula skrip hidup lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil perkembangan emosi dan pengaruh persekitaran.

Ketiga Teori Behaviorisma iaitu tingkah laku yang terbentuk hasil proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah.

Keempat teori pemusatan klien -Carl Rogers iaitu mengandaikan bahawa tabiat manusia secara azalinya adalah rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti mendapat kasih sayang dan keselamatan.

Ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ibu bapa hendaklah membimbig, memahami, menyelami kehendak jiwa remaja dan berfikiran terbuka. Jadilah model terbaik, sekaligus sebagai perangsang. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

SosialisasiSosialisasi merupakan suatu proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada dalam institusi sosial. Proses pembelajaran sepanjang hayat
berlaku dalam institusi sosial. Pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak akan membentuk konsep diri pada individu.

Oleh itu kelompok primer iaitu keluarga merupakan kelompok yang paling berpengaruh. Pentingnya fungsi kekeluargaan adalah sejak mula anak itu dilahirkan. Anak-anak mula belajar dari kedua ibu bapa mereka. Oleh itu ibu bapa yang memberi masa berkualiti kepada anak-anak mereka dapat menanamkan minat dan bertindak balas dengan memberikan didikan dan peluang yang berpatutan.

Setiap individu yang dilahirkan mempunyai potensi untuk berkembang ke arah kecemerlangan. Bagi memastikan potensi ini berkembang ke arah yang positif, ibu bapalah yang terbaik memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak ini mencapai keunggulan peribadi. Anak-anak beruntung jika dilahirkan oleh orang tua yang penuh kasih sayang, perhatian dan pengertian dan memiliki kesempatan terbaik untuk mengembangkan fikiran mereka dengan penuh kegembiraan dan kejayaan.

No comments: