11 jun, hari isnin, mula sesi persekolahan penggal kedua.
Rasa bersemangat semula berjumpa GB, teman2 sekerja dan anak murid yg.istemewa dihatiku.
Alhamdulillah kami berjumpa semula dan dalam senyap membina azam kerja masing2,tentunya azam utk.lebih cemerlang dari kelmarin.
petang hari ini lepas rehat dari kerja, ada masa ambik gambar bunga matahari dari baka warna bercampur.
Wah..besar dan tinggi sungguh pokoknya.
Bila ku amati perbezaannya dgn bunga matahari baka op, bezanya ada warna merah sekeliling.
Pokok baka bercampur ini, agak kurus dan tinggi, ranggi bunga juga agak panjang2.
Mari tengok gambar.
tinggi pokok ni, kamera terpaksa mendongak langit..cantik kan.ada awan dan bumbung rumah.
Bunga baka warna bercampur
menunggu saat berkembang
Ini dari baka op..yang dah kembang dari baka op, besar bunga tapi teruk dilanda hujan ribut.
ini baru dialih kan petang kemarin ahad 10 jun dari baka 'giant' harap berkembang di musim hari raya nanti 13 pokok semua.
ahh terpaksa juga ambik lobak putih ni, besar isi nye..entah nak buat apa ni.
ini labu manis benih bekalan dari blog 'tanam sendiri'
ini labu manis benih dari tersayang 'ayu Restu'
setakat ni baru 3 biji menjadi.
Alhamdulillah..ok sampai jumpa lagi, salam ceria selalu.
10 comments:
cemburunye sy...bilela sy ade masa nak berkebun ni...semangat berkobar-kobar, masa pulak takde...
Superb! :D
Letak baja apa tu besar betul! Saya punya Baka bercampur dah mekar semua. Yg op nampaknya Lebih besar tengah menunggu masa nak kbang! Lobak putih pun superb!
tabik la saya, labu tu menjadi dan cantik pulak tu. halangan bertanam bunga matahari ni bila hujan lebat dan angin kencang, gerenti tumbang ;)
wah..dah jadi dah labu tu..seronoknya..
wanie, kalau ikut masa memang tak ada masa, tapi saya ambik dari korbankan masa rehat hari sabtu ahad, 30 minit sebelah petang setiap hari..ahh dapatlah apa yg ada ni..hehehe..mari hijaukan bumi kita sahabatku.
Acit,tq ya..we luv u.
hernyhafiz, setakat ni saya belum pernah tabur baja apa apa, cuma saya guna tanah yg diolah, tanah bukit(tapak rumah) + tanah arang(sisa arang kayu yg.saya beli dari kilang memperoses buat arang kayu)+ pasir sungai(pasir baki renovate rumah)gaul betul2.siap.Tapi penat sangat2 bab penyediaan tanah.Selamat berkebun,
hehehe mat jon, labu manis tu menjadi sebab tak nak hampakan saya,banyak buah yg tak lekat, habis busuk.Bunga matahari tu, teruk dilanda angin semalam, harap2 dia bertahan.Mari berkebun hijaukan bumi kita ya.
Nudabuffy, terimakasih sudi melawat.ya seronok melihat hasil usaha menjadi, alhamdulillah.Mari kita berkebun,hijaukan bumi kita.
Post a Comment