Saturday, March 31, 2012

Catatan penghujung mac 2012.

28 mac hari rabu..saat mengajar PJK di padang sekolah seawal 7 pagi  tentunya sangat seronok..jam sembilan pagi, aku terima berita ibu sakit tenat di kampun KM.Secepat itu aku bergegas drive seorang seorang balik ke KM utk.melihat berita tentang ibu.Melalui bukit bukau yg sedang galak ditarah dan pembaikan jalan lebuh raya merentas pesesir perbukitan ulu kukut, terasa nyaman sekali...namun dalam benak ku terasa resah gelisa berbagai andaian, bimbang terlambat berjumpa ibu..

Akhirnya sampai juga ke rumah menemui ibu .Iya ibu diserang batuk berkahak dan demam 'asma' dalam bahasa kampung penyakit 'ampus' iaitu 'lelah'..puas juga aku memujuk ibu untuk mengikuti aku balik ke KB utk diberi rawatan yg.sesuai.Selepas berjam2 memujuk, akhirnya ibu bersetuju.Dalam keadaan ibu demam..aku paksa juga naik kereta hijau aku..berjalanlah kami kembali ke KB..berdua melalui pesisir perbukitan Mengaris dan ulu kukut..menambahkan lagi catatan memoriku di penghujung mac ini.

Sampai di rumah..ibu kubaringkan diruang tamu.  Berusaha aku utk membuat ibu selesa.Akhirnya ibu tertidur.
Petang itu aku bergegas ke kelinik Dr.Saijan,...utk meminta ubat kegemaran ibu..sebab ubat itu serasi dgn.nya.  Lepas ibu makan ubat tersebut sertamerta penyakit lelah dan batuknya reda, dan ibu tertidur,
Sepanjang malam keadaan ibu tenang.

29 pagi khamis..aku bertugas seperti biasa..waktu rehat aku balik menjenguk ibu.Dia tidur dan nampak normal.Waktu senja, tetiba nafas ibu sesak lagi...lelahnya menyerang .Ku urut ibu..dibantu oleh  'Lia'..tengok jam dah 10 malam.Sakit ibu bertambah..kerap ke tandas dan bercakap,Jam 12 malam dah masuk hari jumaat..ibu minta dibawa ke bilik air..ibu bersihkandirinya, tetiba dia boleh duduk mencangkung dan nampak sungguh2 membersihkan dirinya.Lapas selesai membersihkan diri..ibu ku bawa ke tilam empuk tempat dia sedia berrehat..tepaat jam 12.15 malam..ibu menghembuskan nafasnya yg.terakhir..Ibu pergi dengan meninggalkan senyum yg.manis diwajahnya.Alhamdulillah.  Malam itu juga aku ajak 'ir' dan siti Alus menghantar jenazah balik ke KM.

30 Mac, hari jumaat.  Se awal jam 8 pagi aku ke pekan KM dengan ditemani oleh ibu saudara sebelah arwah ayah...membeli kain kafan dan peralatan mandi.Alhamdulillah.Semua kerja dapat dilaksanakan dengan jayanya.Ramai saudara mara datang....kerja memandikan jenazah..agak perlahan lantaran menggunakan tenaga orang lama, macam tak ada pelapis geng mandi jenazah ni..Namun ibu selamat dikebumikan sebelah kekasihnya,tentunya arwah ayahku.

Saat ini terasa sunyi dan masih ternampak2 wajah bagaimana ibu, cuba berkomunikasi dgn.ku..dan suara nafasnya yg tersekat2.Entahlah..hati aku semakin sepi bila memikirkan ruang yg.jauh dan luas yg.tak tergapai oleh akal manusia.Siang tadi saat aku terlibat memandikan ibu..aku ..tatap wajahnya..ibu tersenyum dan seperti tidur..warnakulitnya menjadi cerah bersih dan kelihatan muda..Alhamdulillah..dan ibu meninggal malam jumaat dan dikebumikan lepas waktu solat jumaat.

Aku meminta agar ibu dikebumikan sebelum waktu solat jumaat, tapi proses mandi lambat..menyebabkan jemaah terpaksa bergegas ke masjid bersama imam menunaikan fardu jumaat terlebih dahulu.
Namun saat ini aku memikirkan..itulah terakhir aku menatap wajah ibu..dan menyimpan kenangan bersamanya diakhir hayatnya..Ya Allah..lindungilah Ibu aku dan kasihilah dia, seperti mana dia mengasihi diriku sewaktu aku kecil dulu..amin.Alfatiha.

Sampai jumpa lagi..ada sedih dihatiku.

6 comments:

herny ridzwan said...

al fatihah... ..tersentuh rasa baca catatan ini... alhamdulillah..sekurang2nya sempat brbakti pada ibu pada saat2 terakhir. Saya tak dapat mengingat kasih sayang ibu..malahan wajahnya pun saya tak dapat bayangkan kecuali melihat gambar2..saya dinggalkan sjak beumur 3 tahun. ibu pergi smasa mengandungkan adik. masa ibu pergi sama macam keadaan umur saya dan anak saya skarang...

Puteri Purnama said...

Assalammualaikum dan terimakasih hernyhafiz.
Iya beginilah hidup ini,kita mempunyai catatan hidup yg berbeza2..namun matlamat kita adalah sama, hidup bahagia didunia dan akhirat.Terimakasih herny..

Iskandar Ab. Rashid said...

Alfaatihah untuk ibu Puteri Purnama. Semoga rohnya berada di tempat orang yang baik-baik. Takziah saya ucapkan kepada Puteri Purnama dan keluarga.

Puteri Purnama said...

Assalammualaikum dan terimakasih tuan.

Azye said...

inna lillahi wa inna ilaihi rojiun..moga dirinya ditempatkan bersama org2 yg beriman dan mendapat rahmatNya....sesungguhnya terputuslah segala yg berkaitan dgnnya di Bumi namun doa anaknya sentiasa mengiringi dirinya di alam sana....
Kita juga akan menyusulinya makcik...moga makcik redha dan sabar ...rahmat Allah sentiasa bersama hamba2Nya yg tabah dan sabar....syg makcik selalu...

Puteri Purnama said...

Terimakasih Azye.Sayang dulu, kini dan selamanya untuk Azye.