Saturday, February 19, 2011

Buat sajak Untuk Ana, Terima Pantun dari kak Roy

Hari ini 19 Febuari, ada perjumpaan kelab dan persatuan di sekolah..ramai murid hadir.Kalau hari sekolah ramai murid ponteng,kalau aktiviti ko kurikulum hujan lebat pun murid tetap hadir.Psikologi kanak-kanak suka bermain, menyebabkan ko kurikulum lebih popular dari kurikulum..alangkah bestnya kalau ko kurikulum jadi agenda negara..semua benda jadi aktiviti guna fizikal aje..tak payah urus ...mentalnya..ehh ade ke begitu ekk??..berurusan dgn manusia memang payah.Apa pun kelmarin aku jenguk FB aku, adalah chat dgn kak Ana.

Aku sempat ilhamkan puisi sajak utk.nya..sajak pendek bunyinya begini

Sajak Buat Ana.

. Puisi Untuk Ana

engkau kah itu Ana
dengan santun menghulur bantu
pada aku yang beku terpaku
......
benar kah itu Ana
di udara langit terlihat rendah
lantaran aku selalu tak berdaya
melayang jauh bebas di angkasa
seperti mu dan mereka
selalu ceria saban hari terbuka
membawa cerita gembira
menghimpun tawa
seperti tak pernah ada duka
dalam hidup yang penuh rahsia.
 18 febuari 2011
.........................................................
Lepas itu malam tadi aku dapat sms pantun dari kak Roy di Kota Singa Bunyi pantunnya begini 
"  ramai orang bermain layang
   bermain layang di pekan rembau
   Masdiah Derias insan ku sayang
   bila terkenang , kenangan ku imbau. '
Bestkan pantun kak Roy ini. Aku balas jugalah pakai sms..jenuh aku menulis sms pantun tu
bunyi pantun aku begini
'  Rohaidah Masri insan tersayang
   pandai menari berdikir barat
   walau jauh di hujung selat
   ku simpan kasihmu sepanjang hayat. '

  Lepas tu aku rasa best sangat dapat bergurau dgn teman lama yg.jauh di bumi melaka.ada Ana, Norly, kak Roy dan semua member asrama dan teman sekelas , bayang kan betapa lamanya kita berpisah.Salam sayang untuk sahabt MGHS ada sayang di hati ku untuk kawan2 semua.

5 comments:

Pak Mantar said...

Yang kami kat MAP tak ingat kah Mas? Kenangan lama masih terpahat dihati

Pak Mantar said...

Kami dai MAP takkan tak ingat Mas. Kenangan lama tetap terpahat dihati.

Puteri Purnama said...

sentiasa dalam ingatan.
Pepatah melayu berbunyi, tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula sahabat tempat pinjam2 nota. Hehehe..bestkan hidup ini, kita berada dalam satu lingkaran yg.tak berkesudahan.

Pak Mantar said...

Masihkah kau ingat...
Semasa kita ke kampung Nepal, Benta, Kuala Lipis. Kenapa kita terlalu berani waktu itu sedang kominis masih menghantui penduduk di situ. Itukah yang dikatakan keberanian anak iranun dan Sama di rantauan.

Puteri Purnama said...

hahaha..puak berani matai.
Razak, pengembaraan itu baguskan utk.membina sasiah diri kita yg.unggul,kesannya kau dapat keluarga angkat ketua nazir sekolah2 kelantan, kau ingat namanya?..aku pula dapat juga cari Hasnah Abdullah anak ketua kampung BUDU, Benta tu..saudara Senator Abd.Razak tu zak..lepas kita ke rumah Moi tu..Moi ikut aku bersekolah ke MAP.Tapi sekarang aku lost contc ngan keluarganya.Nantilah aku cari dan muatkan gambar2 kenangan aku dan keluarganya.Ayah angkat aku tuan penghulu Haji Abdullah, keturunan Mat Kilau tu.