Wednesday, February 16, 2011

Kesibukan

14 febuari aku sibuk..ada pelancaran program permuafakatan bersama ibubapa dan PPD.Pelancaran dibuat di dewan mesyuarat pelajaran daerah.PPD hadir merasmikannya.Ramai ibubapa yang di jemput telah hadirkan diri. Aku membentangkan slot program tersebut..Sibuk...penat...macam2 rasa ada.
SELASA rehat cuti sebab  mauludul rassul. Pagi rabu iaitu hari ni..16 febuari, tiba-tiba saja GB arah aku memberi ucapan alu-aluan dalam majlis kejohanan bola sepak daerah.GB ada tugas lain..majlis patut jam 9.00 tiba-tiba diawalkan seawal 8.30 pagi..wakil pegawai sibuk ada urusan lain..aku terpingah2..jadi bidan terjun.

Hemm apa-apa pun..aku hampir patah hati berkerat  7...apa bila lepas berucap, dan teman pegawai pergi jamuan sarapan pagi...aku tiba2 sedar  'gelang emas'  aku sebiji hilang.Entah tercicir dimana dan bila..
Aku betul-betul hampa..jam 10.30,bila pasukan bola rehat bermain aku ajak murid2 aku telusuri padang laluan aku mengiringi pegawai seawal 8.30 pagi tadi..Alhamdulillah..murid aku jumpa gelang tu..nah..alangkah senangnya hatiku..gelang itu ku beli beberapa tahun yg lalu ditemani 'Restu" puteriku.
Oh..inilah cubaan dari Allah dalam aku sedih dan penuh tanda tanya dan ada rasa putus asa dalam hatiku, aku berdoa begini" Ya Allah engkau yg.maha mengetahui dan maha pemberi, berikan lah semula gelang emas aku itu kembali, andai benar ia hak aku yg.halal, andai ini ujianmu, maka aku halalkan gelang itu kepada sesiapa yg.menemuinya sebagai sedekah..Ya Allah ampunilah aku.Amin"

Tuhan beri semula gelang tu, bila murid aku menjumpainya 'ampai-ampai'  atas rumput dalam keadaan selamat, peliknya disitulah pemain beraksi ligat, tak terpijak pula gelang emas aku tu.Syukur Alhamdulillah dapat balik.
Restu.hampir hilang gelang tu...he he he cemas betul aku dua jam hilang tau.

No comments: