Friday, November 2, 2012

kesihatan, biji benih dan tugas

2 November jumaat yg.tenang.
Awal pagi mata hari bersinar indah.Udara diawal november ini lebih sejuk dan membolehkan bunga seri pagi yg.sudah lama tidak berkembang kembali subur dan berkembang seperti mula dulu saat aku menjaganya dengan sepenuh hati untuk tujuan memberi naungan kepada ikan2kap didalam kolam hiasku.



Kesihatanku juga bertambah baik, dan sudah mampu utk.bersedia menyambung semula aktiviti bertanam-tanaman. Alhamdulillah.


Kelmarin aku telah membeli beberapa pasu plastik dan keperluan berkebun. 

                                                     Gunting bunga.
                                                 Pasu untuk sayur dan semaian.bunga
                                                             dulang semaian
             Racun siput.  Racun jenis ini sangat berkesan untuk menghapuskan siput besar dan siput kecil.
 Ini benih sayur yg.diterima dari Ummuaidan beberapa minggu yg.lalu.2 jenis Benih tomato,radish,dan kubis
Kalau ikut kesihatan diri, rasanya masih tak larat nak sediakan tapak tanaman, tapi memandangkan aku dah terima benih2 ini, takut pula kalau lama tak tanam akan sia sia..  Aku akan semai dan tanam tomato ini ikut cara baru yg.ditayangkan dalam slot vedio koleksi youtube, dalam entry sebelum ini.
 Ini benih kongsi yg.dikirim oleh sahabat blog 'tangan panas panas sejuk'-Terimakasih kawan.
Ada benih limau kasturi batik, dill, bunga telang kelopak macam ros, kacang panjang.
                                        Ini kubis dan bayam, nampak tarikh luputnya lama lagi, teringat saranan Ummuaidan dibumi fiji, kalau nak beli benih, beli yg.tarikh luputnya 2014 or 2015.Aku cubalah.  Tapi sebenarnya benih sayuran aku selama ni, aku beli dari Tuan Iskandar dari blog tanam sendiri.Benih yg dikirimkan semua bernas dan sangat bermutu..murah lagi, dengan 5 pek hanya rm10..boleh campur2 lagi.
Kalau beli yg begini, 2 pek dah rm4.00.Tapi sikit je dalamnya dan belum tahu bernas ke tidak.  Rasanya baik oder benih dari blog 'TanamSendiri.com'

                                             Sejak tak sihat, aku ambik menu begini.Hehehe bubur nasi ikan bilis dan bawang goreng, sedap jugalah tak payah riuh mengunyah..air susu,membantu memutihkan kulit dan nampak lebih halus.
                                       Hemm yg.ini, kena bentang hari selasa ini 6 nov. bersama PPD.  Buat je lah..
Esok hari sabtu, aku nak guna 3 jam awal pagi utk menyiapkan tanah  penyemaianyg perlu diolah, sebelum digunakan.  Kalau sempat nak bersihkan rumput disemua tapak tanaman yg dah jadi hutan rumput.
Ok lah, tak sabar nak tunggu kepulangan ming ming.Dia tu rajin dan akan tolong aku merumput.

Salam ceria dan senyum selalu.

11 comments:

JaSSNaNi said...

yesss.. esok sabtu.. leh la wat keje2 tu kan.. menyemai anak benih.. ;) semoga semuanya naik sihat nanti..

Adry@Daun said...

As salam cikgu puteri,
Alhamdulillah cikgu dah makin sihat dan semangat utk berkebun dah kembali tu. Byk juga benih yg cikgu nak semai tu. Benih kobis dan bayam yg cikgu beli tu InsyaAllah bernas sbb saya pn ada tnm guna benih jenama tu. Kat tempat saya murah 50 sen drp tmpt cikgu.

Umm AA said...

Assalamualikum kak...

Alhamdulillah dah sehat.. benih yg kobis tuh tak tahulah boleh hiduo ke tak..yg sayapunyer pun banyak kali semai tak hidup ..dah expired kot..cubalah tabur tengok..kalau tak nanti next year inshaallah sy ganti ngan benih lain..
selamat berkebun kak..cuti sekolah dah bermula bnyklah masal boleh habiskan utk kebun ya....kalau terlebih rajin blh juga tg tlg jg kebun kat fiji yang tak terurus nie..hehehe

Puteri Purnama said...

Terimakasih Nani.
Banyak benda kena buat dan mesti siap ni.

Puteri Purnama said...

Terimakasih Adry.
Rasa sihat dan semangat berkobar2 ni..doakan semoga semaian tu akan tumbuh subur ya.Oh kata nak benih bunga, mana alamatnya.emailkan saja.
puteripurnama2@gmail.com

Puteri Purnama said...

walaikumsalam dik.
Alhamdulillah dah rasa sihat ni.
Nak semai semua benih yg ummi kirim tu. Cuti sekolah ni yg membimbangkan saya, kalau kami balik sm nanti, tak tahu nasib tanam tanaman ni.Tak apalah musim hujan jugakan..lagi pun 6 minggu berada dibumi semenanjung..memberi ruang utk.tanaman aku..memikirkan nasib mereka sendiri, tanpa pengawasanku..mereka pun ada takdir mereka sendiri, betul tak Ummi.hehehe..so kenapa risaukan.Ummi rehat bebanyak ya.

suka suka said...

Alhamdulillah puteri dah sihat..kita tunggu hasilnya

Dede said...

Assalamu'alaikum,ape kabar Puteri Purnama,sudah sembuhkah sekarang? ikut menyimak posting terbaru,ini info yang sangat bagus,salam succes,and salam persahabtan

ayut said...

bubur gan ikan bilis...hihihi..semua dh sedia dh tu..blhla berkebun dgn ceria pasni kak :)

Puteri Purnama said...

k mar, DD and Ayut.
terimakasih atas segalanya.

Dah semakin sihat sekarang namun kerja semakin banyak.Harap saya tak jatuh sakit cuti ni..banyak kerja yg memerlukan masa segera.

Tapi lepas ni nak balik pahang, kelantan, terengganu..cuti. hehehe

Unknown said...

salam sy nak tanya mana cik dapat benih dill? blh bg tau saya tak? PLEASE!!!