Friday, November 16, 2012

7 hari cuti sekolah.

Jumaat 16 nov. 2012.
Cuti sekolah dah berlangsung selama 7 hari termasuk hari sabtu dan ahad sehingga hari ini.
Banyak benda kena siap kan sebelum tinggalkan rumah utk.bercuti .

Selama 7 hari berlalu, hujan turun tak menentu yg pastinya ia lebat dan membuatkan semua rancangan berkebun dan mengalihkan anak2 benih terbantut.  Apa pun dalam 7 hari berlalu aku hanya sempat buat benda2 banyak ni saja.

Sediakan pasu2 utk.aktiviti bertanaman menggunakan kaedah baru. Namun masih menunggu tiang utk menggantungkan bekas2 yg disediakan ini.Niat memang nak tanam tomato dan cili.

Jom tengok gambar.
Bekas ini nak tanam tomato, cili dan benih2 sayur yg mudah tumbuh menggunakan kaedah yg dipelajari dari slot vedio yg terdapat dalam youtube dalam entry yg.lepas2.


Ir 'JR'  sudi menolong menebukkan lubang pd.bekas semaian yg hendak digunakan.Best juga ada pembantu.

Ini tanah subur yg ku beli 1 trip rm 50.original tanah kebun bermutu, malangnya habis mendap dikerjakan hujan lebat.Tak dapatlah isi bekas/pasu2 semaian tu..hujan semacam tak bagi peluang.
 Kawasan yg selesai dibersihkan 3 hari yg lalu kini mula ditumbuhi anak rumput, tak terkejar.Ingat nak tanam sayur terung dan labu kundur dikawasan ni.
 Ruang ni nak tanam lengkuas, kacamg panjang dan pokok kantan.
 Ruang  ni dulu aku tanam lavendar dan bunga bunga, kini aku nak tanam petola dan timun.
 Timbunan rumput nak buat baja kompos.  eeee banyaknya kerja, macam tak terbuat dan tak cukup masa.
Sementara tunggu hujan berhenti, hari isnin petang sempatlah rendam kacang hijau banyak ni.Nak buat taugeh lagi.Rasa ketagih pula nak buatnya.

Sebelum rendam, kacau kacang hijau berulang kali .aku guna alat ni, putar berulang kali sampai benar2 bersih, untuk hilangkan habuk dan kulit mati dari kacang2 ni.

Bilah dah bersih, rendam dalam bekas bertutup rapat, jangan lupa tukar air rendaman dua kali sebelum esok pagi.

awal pagi selasa, saya taburkan dalam tapak semaian, dan bila dibuka hari ini, 16 nov. hari jumaat, ia kelihatan dah tinggi seperti gambar dibawah ini.

Bila buka tu alas, nah subur dan menjadi taugeh.

Angkat bekas ni telangkupkan dalam besen yg berisi air, dan kebaskan berkali2 sehingga semua kulit taugeh luruh dalam besen berisi air.

Taugeh yg dibersihkan ,nampak bersih. untuk hilangkan akar, gunakan pisau potong mengikut lapisan antara jaring hijau dan alas tuala@guni yg digunakan.



Keadaan akar taugeh sebelum di potong.

Bersih dan sihat taugeh ni.


Bila timbang dapat banyak ini. Alhamdulillah.

Selesai bersihkan taugeh, meehon yg direndam pun dah lembut, terus sediakan bahan utk goreng meehon cara saya.Udang kering, bilis yg dittumbuk lumat, telur,.cili kisar, bawang putih merah.Jom goreng meehon.
Dapatlah makan taugeh segar campur meehon goreng.

Ok lah aktiviti hari jumaat.Sekadar catatan untuk sebuah kenangan di november ini.
Salam ceria.

14 comments:

ejaMaria said...

seronok kan buat taugeh... :)

Unknown said...

Tauge diy ni..gemuk gemuk.hehe..puteri purnama dah nak buat tomato gantung ya..wah mesti seronok. :D.

Puteri Purnama said...

salam ejamaria
betul memang seronok buat taugeh ni, terutama masa memetik hasilnya.

Puteri Purnama said...

hitomi lavender salam.
dah pernah buat taugeh? kalau belum, marilah cuba seronok dapat hasilnya.
Saya akan cuba tanam tomato terbalik tu, nantilah tengok hasilnya.tungguu..hehehe.

dedetea66 said...

Nampak rajin sekali temanku ini,taugehya cantik dan nampak bersih ingin rasanya membuat taugeh seperti itu,

namun tak ada masa luang saat sekarang,Terimakasih Putri info ini sangat berguna,lain masa aku akan mencubanya,,

Darmanto.com said...

catatan yang bermanfaat...taugeh nya bersih sekali...

Puteri Purnama said...

Terimakasih sudi melawat dan komennya DD.iya, ada masa cubalah buat taugeh sendiri..seronok tau hehehe

Puteri Purnama said...


Anonymous Darmanto,
terimakasih sudi singgah dan komennya.Jom belajar cari perkara yg.berfaedah ya.

penyuluh perikanan said...

wah benar^ lezat kayaknya nih
trims yah

suka suka said...

dgn tanah luas memang rasa tak terbuatkan.. tanah sekangkang kera yg akak kerjakan ni pun macam tak habis2..

Unknown said...

nk try buat...best ni...

cat lantai said...

info yang bagus

Berita Sapakarya said...

Artikel Yang Menarik,Kunjungi Website Saya Please Jasa Digital Marketing dan SEO

gtjseragam.com said...

luangkan waktu untuk kegiatan produktif seperti bercocok tanam, apalagi saat itu covid