Thursday, August 23, 2012

entry 11 julai 2012.

Hari ini 23 ogos, hari khamis yg.ceria, esok jumaat 24 ogos, kawan ir junior dan keluarganya akan datang bertandang, kunjungan hari raya.
Puas fikir nak hidangkan apa yg sesuai, rasanya esok nak masak nasi ayam.
Petang tadi dah periksa buah labu air, rasanya nak petik untuk hidangan esok, buah tu terpaksa di petik kerana sudah terlalu besar takut pula terlebih matang dan jadinya tak sedap.

Bila melihat pokok labu air yg begitu banyak buahnya, rasa pelik sebab pokok tu baru saja aku tanam..
bila semak catatan dalam lingkaran ini, tengok gambar dalam entry 11 julai dalam tajuk 'sempat ke?'..gambar labu ni masih kecil dan baru mengeluarkan sulur paut..benar benar ia sempat membekalkan sayaur utk keluargaku.
Alhamdulillah, macam tak percaya je.Tapi itulah hakikatnya.Pokok labu air ku sedang membekalkan hasil untuk ku sekeluarga.Alhamdulillah.

ok lah, ada seribu persoalan dalam hati ini. Kebesaran Allah.

Dah sesuai ke untuk dituai?


4 comments:

Umm AA said...

kaknyer..masalah rendang ngan nasi impit..br suasana raya sket..msk nasi ayam hari biasalah..labu tu tunggu sket lg tu, bg besar lg dlm 2 minggu petik laa..(cam pandai lak ummaidan nie..hehe)

Puteri Purnama said...

alaa..dah penat buat rendang,lepas tu rendang tak laku masing2 kata takut makan rendang nanti serangan jantung lah, gaut lah..macam2, tapi pelik bila ubah menu masakan, bahan masih sama..laku pula,ayam rendang tak laris, ayam kfc, laris..tak ke pelik tu..yg berusia pun nak makan kfc.hemm susah kan..

dik jom datang rumah akak.bila2 lah ye..

wanithevan said...

sihat labu tu...pandai nyer tanam sayur...best nyer kalau ada tanah sekeliling rumah...boleh wat bercucuk tanam...

Puteri Purnama said...

wanithevan
hai..tanam sayur2 ni tepi2 pagar je..
adalah aktiviti sikit.Terimakasih sudi singgah.