Friday, August 3, 2012

cepatnya masa berlalu.


Assalammualaikum,

hari ini dah 14 hari kita berada di dalam bulan ramadhan...dah 14 hari kita menunaikan ibadat puasa.
17 ogos nanti sekolah terakhir, 19 atau 20 ogos nanti mungkin hari raya.Hanya ada beberapa hari sahaja lagi.Banyak perkara yg tak siap.jam 3 pagi  masak sahur, jam 4 petang. masak berbuka puasa, jam 6.30 pagi kat sekolah sampai jam 1 petang..

nak kemas rumah, nak alihkan semaian benih sawi yg dah semakin tinggi, aduhh..rasa tak sempat semuanya.

Balik dari sekolah sempatlah meninjau bunga2 mata hari yg berkembang dari baka op. mungkin sedang elok hari raya bunga mata hari itu akan habis berkembang dan tak sempat menyambut saudara mara yg bertandang ke rumah.

sempatlah bergambar dengan bunga2 pujaan hati ni.Inilah penyejuk rasaku.hilang stress menatap ayunya mereka.

Jom layan.
















limau purut yg berbuah lebat, tapi gugur sendiri tak terpeduli, kalau pun berguna hanya nak buat sental daki..ahh nasib si limau purut.


Ingat tak bunga mata hari yg besar menceca 10 inci tu..bila dah kering begini rupanya, nasib baik jumpa terselit dalam bonet kreta..mujur tak rosak.










Benih nak buat kuaci wangi ni, tapi masih mennggu resepi cara goreng kuaci guna  'pasir' dari tuan asal pokok kuaci ni.Saya harap dia tak lupa.






19 comments:

suka suka said...

sukanya saya tengok bunga matahari tu....sihat betul hidupnya..bahagia betul ros-ros tu...puas rasa hati jika tanaman menjadi...siap boleh posing sebelah bunga matahari tu...

Umm AA said...

kak meh sini saya tolong tanam sawi tuh..kemas umah err..blh jugak (lipat kain, cuci toilet, sapu sampah)...
benih matahari tuh cuba masak dlm kuali tebal tanpa minyak..dah tuh taruk garam sikit, blh taruk perasa kalu nak..cuba sikit2 dl tgk jd ker tak..kalu best buat byk lagi..

Puteri Purnama said...

kak mar suka suka,
hehehe posing kat bunga mata hari tu, nak sorok senyum stress tu, nasib baik bunga tu tinggi macam saya..dapat cover..yah begitulah ros belaian rasa.Terimakasih.

Puteri Purnama said...

hahaha kelakarlah..kerja2 lipat baju tu, mudah je dik, yg susahnya bangun malam masak sahur tu..penat kita bangun masak, tapi last2 ramai buat pilihan sentuh seket2 aje..bikin panas hati, kadang kita ugut juga tak nak bangun masak, kalau sekadar nak teguk air bangun lah sendiri kan.

ok apa pun orang perempuan ni kena, tahan lasak. walau pun kita tak larat, wajib juga laratkan..betul tak ummi.

Umm AA said...

mcm saya selalu ckp dgn abunya multi functions wife.. kalu lelaki harap dioang boleh buat byk2 kerja at the same time..

shafirul suffian said...

cantik sungguh matahari tu kembang.. cemburu saya tengok...

Puteri Purnama said...

multi functions wife.. hehehe.
ok lah tu, selamat masak memasak ummi.

Puteri Purnama said...

shafirul suffian, salam puan.
Dah start buat biskut raya?.
bunga matahari tu, saja nak nak besar tu. dia tak nak hampakan saya.Itu lah perjanjian kami sejak mula menyemai, sentiasa ajak cakap2 sampai berbunga...rasa tak sampai hati nak goreng biji bunga tu, nak buat kuaci proses sendiri.

wani sc said...

fuh, punya la banyak benihh bunga matahari tu. boleh jadi tokey kuaci. hehe.
macam mana akak keringkan bunga tu ye? saya punya lepas berkembang tu kejap je benih dia dah mula berkulat.

Puteri Purnama said...

salam wani.
wah sayang tu benih bila berkulat, tak cukup tua kut.Biasanya bagi saya, kalau bunga dah habis gugur kelopak, saya biarkan sampai bunga tu kuning dan tangkainya nampak leper.kemudian jemur dengan tampuknya sekali,bungkus surat khabar utk 3 hari, ada masa barulah saya luruhkan benih dari tampuk bunga tu.Benih tu saya bungkus dlm surat khabar sekali lagi dan biar dlm bonet kreta.Kalau dah nampak cukup kering saya simpan dalam botol kaca yg kedap udara.Apa2 pun sila tanya Tuan Iskandar,emailkan masalah, biasanya dia akan jawab dan bagi panduan.Tq wani.

wani sc said...

ntah ye kak Puteri. biasanya bunga tak luruh lagi memang dia dah berkulat kat pokok. baru ni saya try juga ambil dan terus tanam. kulit biji tu putih lagi (bukan hitam berjalur mcm selalu tu) Alhamdulillah hari ni tengok dah 5 benihnya bercambah. En. Iskandar sibuk kut, saya tanya soalan dia tak pernah balas :)

Adry@Daun said...

As salam cikgu,
wow! Byknya biji bunga matahari... Blh buat kuaci, benih dan blh jual kat pet shop utk makanan burung..he3..

Limau purut sebenanrya ada dua jenis yg biasa ditanam di Malaysia iaitu jenis daun dan buah. Jenis daun gunanya utk masakan, buahnya bersaiz tp tak byk. Limau purut jenis buah pulak duannya agak pahit jika dijadikan bahan masakan. Buahnya sgt lebat dan bersaiz kecil berbanding limau purut jenis daun. Selain digunakan dlm perubatan tradisional dan syampu, buah limau purut juga blh dimakan.

Puteri Purnama said...

wassalam Adry,
rasa2nya nak buka ladang bunga mata hari lah ni..cuma masih tak tahu, bagai mana dan bila hehehe..

Limau purut yg saya tanam tu jenis ubat kut, buahnya kecil2, daunnya kecil tapi cukup wangi.Kalau Adry ada beni limau purut utk.jenis daunnya utk tom yam tu, kongsikan kat kita ye.terimakasih.

Puteri Purnama said...

hehehe sabar lah wani, itulah cabaran dalam bertanaman.Yang penting sekali struktur tanah dan serangan penyakit kena tahu betul2, baru tak ada masalah kut.selamat berkebun.

mat jon said...

Ya Allah Kak gebunya bunga matahari kak tu....heeeee geram.ada taruk baja ke bunga tu atau biarkan naik tinggi macam tu je?

mat jon said...

Ya Allah Kak gebunya bunga matahari kak tu..heeeee geramnya. kak bubuh baja organik ke kimia? cantik sangat.

Irfa1810 said...

cantik nya ros~

Puteri Purnama said...

dah habis dibakar bahang mentari..

Puteri Purnama said...

hai mat jon,
bunga mata hari tu, susah nak cerita, tambah jaga tambah tak cantik, bila biarkan ..cuma bagi air pagi petang gebulah pula..soal baja tak ada, cuma penyediaan jenis tanah bercampur pasir.