Friday, January 13, 2012

Salad Peperomia

13 Januari, selesai sesi belajar bawa anak murid memeriksa tumbuhan dipersekitaran padang sekolah.Ahh terperanjat juga..banyak tumbuhan lumut yg hidup subur.Ada cendawan batang dan tumbuhan lain yg.mungkin herba berguna.
Apa pun aku tertarik dengan pokok renik yg.satu ini.
Aku cepat cepat on line periksa maklumat dari blog sahabat aku ' Tanam Sendiri ' milik En.Iskandar.
Tujuan aku nak periksa betul ke ini lah salad Peperomia yg.aku pernah baca di blognya dulu.
Kalau periksa gambar nya..macam inilah salad itu.
Hemm tak pasti.Ku kongsikan gambar  pokok yg aku maksudkan itu.
Kalau benar ini pokok salad 'peperomia'..akan ku jaga pokok ini..dan mencuba rasanya.
Harap2 Tuan Iskandar, mengesahkan pokok ini ya.Terimakasih Tuan.

 Sebahagian ulam ulaman yg.ada dalam koleksi aku.
Ulam raja dan Pudina.


Ini pula bunga mata hari ku,yg.masih dalam penantian ku.Lama benar ia berbunga.Hujan lebat sepanjang disember dan awal januari..mencabar pertumbuhannya, namun baru 3 hari panas mata hari berlangsung, bunga mata hari ku sedang menunjukkan hasilnya..tak sabar rasanya..tapi ia sedang diserang belalang dan ulat berwarna putih..semoga ia mampu bertahan.

Mawarku yg.tetap indah di mata dan hatiku.Bagai lukisan, bagai puisi..ia mekar di hatiku..seperti yg.selaluku inginkan.Alhamdulillah.


Cantikkan..lukisan hati..wangi dan berseni.

2 comments:

Iskandar Ab. Rashid said...

Kalau dari rupa dalam gambar, ya, itu salad pepperomia. Batang pokok transluscent dan lembut. Daun berbentuk daun sirih tetapi kecil sedikit. Bijinya halus terlekat pada tangkai yang menuding ke atas. Dan rasanya..... sedap.

Puteri Purnama said...

Terimakasih tuan.Kanku cuba menjaganya dan maklumkannya pd.teman yg.lain.