Monday, June 6, 2011

Abang Ramo Telipon dan Berita gembira

6 jun, saat ambik suhaila dan Lia dari sekolah, sesak sekali jalan raya di pekan KB, maklumlah hari isnin musim berkerja.
LG ku berdering, mujur Restu ada bersamaku, dia tolong sambut.
Oh abang Ramoku telefon from kg.Bayangan Keningau.Lama mereka berbual bertukar cerita, aku tak dapat sambut kerana tengah drive.  Bila sampai di perkarangan sekolah sempatlah sekejap aku berbual dengan abang Ramo.  Berita baik disampaikan anakanda Asraf dapat tawaran perubatan lepasan metrik p.labuan.Alhamdulillah.Kalau tak ada perubahan Insyallah bulan ogos berangkat.Syukur Alhamdulillah..akan ramailah kaum kerabat kami join doktor.Ada dr.saijan, ada doktor Hasnah, ada doktor Rashid, ada doktor Faizal, nanti ada doktor Asraf..wah bestkan.Apa pun semuanya ketentuan Allah.

Untuk Hasraf, tahniah dan sekali berjaya, teruskan hingga ke kemuncak kejayaan.Doa semua keluarga untukmu dan keluarga di bayangan.

Cerita abang Ramo.
Abang ramo ni, masa aku masih sekolah dialah tolong uruskan keperluan aku, suraya, dan adik ima.Kami manja betul dengan abang aku ni. Namanya Omarkasih, tapi masa muda2 semua masyarakat saat tu sangat sukakan hero2 hindustan, jadi member abang Omar terbalikkan namanya jadi Ramo.itu nama glamornya.

Saat di talian tadi abang kata dia sangat2 teringatkan aku dan rindukan aku..kebetulan dia terdengar lagu mungkin radio kelasik nasional, kalau tak silap tadi lagu Ahmad Jais" diambang sore nan lalu"..hemm aku pun seawal pagi tadi masa on line tetiba teringat abang Ramo saat membaca keratan akhbar penubuhan
Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) di keningau..aku cari2 juga wajah abang Ramo kut-kut ada sebab abang aku ni suatu ketika dulu sangat aktif politik.

Aku tak jumpa abang Ramo sejak dia dan kak Painah nak pergi menunaikan fardu haji tahun lepas sampai ke hari ini.aku sekeluarga belum berjumpa mereka.Entahlah terlalu sibuk.

Ini lagu kegemaran abang Ramo ku itu.
Lagu lama, abang pun pandai menyanyi dan sangat ceria orangnya dan penyayang.
Salam sayang untuk abang, kakak dan adik2. di Bayangan untuk menantu aku juga ustaz tu..he hehe tak ingat nama, maaf ye, menantu.
Abang Ramo suka sangat dengar lagu2 Ahmad Jais.Aku turut dengar dan bila lagu Ahmad jais berkumandang , mesti hati aku sebut abang Omar Kaseh
Lagu di ambang sore ini abang bagi aku dengar kat telefon tadi..hehehe..
Bila aku teliti seni kata lagu ni, rupanya..abang nak tanya kenapa aku tak ada khabar berita sejak awal tahun 2010 hingga saat tadi dia call aku 6 jun 2011.

Entah apa kena dengan aku, bila aku sibuk dan tak gembira mesti aku 'make dono' je lah abang2 aku yg.sangat menyayangi aku, bukan apa aku takut termengadu masalah aku kat mereka..aku tanggung seorang2 masalah peribadi aku.hingga selesai..baru aku boleh tunjuk muka ceria dan berbualan mesra dengan abang2 aku, yg jaga aku masa kecik2 dulu hingga aku remaja.


Abang2 aku ni ada dua jenis..grup satu sanngat memahami aku dan penyayang, ni abang Ramo lah.
Abang Mat pula sangat  sayang dan kontrol aku, dan rangit bana he hehe..( panas baran dan cepat meradang, tak meradang pasal hal lain, dia marah pasal bab2 boy frind) Abang Mat selalu pesan habiskan sekolah dulu, jangan ada teman lelaki, jangan ikut lelaki keluar jalan2, jangan mahu di dampingi lelaki kecuali kalau dah cukup pasti, lelaki tu..tak akan buat diri mu seperti sampah.

Kalau kami ada surat cinta..abang Mat mesti tapis dulu, pernah surayah dapat surat dari teman sabahan..entah apa cerita kawan kami tu, tak sempat baca..terlalu takut dengan abang Mat, terus kami buang dalam jamban.Ha ha ha manis sekali kenangan itu.
Nasib abang2 kami jaga, kalau tak, tak sempat masuk 'u' dan memiliki kehidupan seperti hari ini.
Abang Lim..penyayang orangnya, sentimental tapi suka sangat meragui sikap aku dan adik2 yg.lain.

abang Lim teman aku menangis masa aku gagal tak dapat masuk 'u' dulu gara2 gagal kertas am, sekarang dipanggil pengajian am. Dulu kertas am tu, syarat wajib masuk'u'.so aku masuk maktab, abang Lim bagi aku bekalan duit RM 400. Budi abang abang aku yg.tak terbeli..Hanya Allah yg.bisa membalasnya.


Lagu Ahmad Jais hiburan bersama..abang Ramo dengar lagu ni ye. kalau jumpa blog aku ni. Salam sayang dan hormat selalu untuk abang-abang ku, yg.dikasihi dan di hargai, doaku tak putus untuk kalian.Assalammualaikum.


3 comments:

Syima Adilla said...

ouchhh..

mcm sweet je dgr pasal abg2 auntie..

hehe..mcm adik bradik syima yg semuanya lelaki..mmg jaga habis..klo dgr je psl lelaki..mmg byak soalan drp jawapan..hehe..

tc auntie..=)

Puteri Purnama said...

tq syima.Hehehe,masa tak akan berulang.Peristiwa kelmarin menjadi sejarah hari esok,justru itu isilah hari ini dgn aktiviti yg.berguna sebanyak mana yg.terdaya dan hargailah segalanya..agar panjang catatan untuk esok sebagai rujukan hidup dan hiburan yg.lebih indah dan bermakna.

Bintang Hati said...

haha...sweetnya kenangan lalu ..hehe...;)
begini pula crita dulu2 mkcik ngan pakcik2 ne kan..hehehe...(n_n)...