Friday, February 24, 2012

Kuntuman Bunga Matahari kembang menghadap mata hari...Benar?

Hari ini jumaat 24 Februari.
Best juga walau terasa rindu pd.mereka yg.tiada disisi, namun sunyi itu hilang bila dikelilingi jiwa2 muda yg.sentiasa mempersoalkan banyak perkara.Semasa sesi pembelajaran sains pagi tadi dalam tajuk, tumbuhan membiak dengan pelbagai cara, melalui biji benih, keratan batang, daun dsb.nya, anak murid riuh memberi contoh pelbagai nama tumbuhan dan cara pembiakannya..akhirnya perbincangan beralih ke soalan 'benar kah bunga mata hari, tumbuh menghadap arah mata hari'..suasana jadi riuh..jawapan 50,50.ada jawap 'iya' dan ada jawap 'tidak semestinya'..akhirnya tanya cikgu.

Hahaha...bila ku di tanya..aku jawap ikut fakta sains..
Jawapan 'betul'..kenapa?
fakta.1. .tumbuhan tumbuh memerlukan cahaya mata hari.
        2.  tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan i.cahaya mata hari, ii.air dan udara iii.graviti.
Hahaha bila cikgu sokong, ada yg tak puas hati, murid kata, emak dia tanam bunga mata hari..bunga tu tumbuh dan mekar..macam bunga yg.lain juga..saya minta dia bawakan gambar atau minta kawan2 yg berjiran tengok sendiri pertumbuhan bunga yg.diceritakan..sebagai saksi lah tu..tapi bagi aku,
aku telah kongsikan gambar bunga matahari ku yg. ini sebagai bukti.
Aku minta murid buat keputusan sendiri.




                                         kesemua batang kuntum 'melengkung' kehadapan..satu arah..kawasan ini terbuka luas dan lapang..kenapa tak menghadap halaman rumah ku..atau melihat langit biru?..pokok ini menyimpan rahasianya sendiri.Benar tak tuan "Is"?..hehehe..

Nasib baik aku ada gambar2 bukti..tapi ..dimasa hadapan terpaksa merujuk kajian yg.lebih ilmiah..nanti nak minta Tuan Iskandar buat penyelidikan..utk bukti yg.kukuh.hehehe bolehkan tuan.

Tengok pertumbuhan arah kuntum2 bunga ini..semua menghadap sehala, ia itu arah timur betul-betul arah pancaran mata hari, yg duduk belakang pun menghadap ke situ juga arahnya..persoalan timbul, kalau benar bunga ini hanya tumbuh perlukan cahaya mata hari sahaja, kenapa kuntum bunganya tidak mendonggak ke arah langit (atas) ?, kuntuman nya kesemuanya melengkung ke hadapan seperti lampu menyuluh satu araha?..
Anak murid seronok tengok bunga2 ini, ada yg. cadangkan petik bawa ke sekolah...aduh..permintaan ini tak dapat aku tunaikan, sayang aku pd.bunga2 ini..nak buat benih banyak2 dan nanti tanam kat sekolah.Insyallah.

2 comments:

Iskandar Abdul Rashid said...

Betul tu Cikgu Mas.
Wah kalau dapat ditanam di sekolah, pasti ceria. Markah untuk keceriaan pasti melonjak. Anak-anak dikik pasti pasti sayang.

Aktiviti gardening kalau dapat dilakukan dengan murid akan merapatkan hubungan cikgu dengan murid. Yang pasti murid akan sentiasa ingin ke sekolah. Tiada lagi yang malas ke sekolah.

Ini daripada pengalaman yang lalu (zaman sekolah rendah) bila cikgu sains melayan kami bertanam. Setiap hari tak sabar ke sekolah sebab nak tengok pokok berbunga.
:)

Puteri Purnama said...

Hehehe..betul.Pengalaman yg.sama pernah ku lalui..seronok berkebun dgn cikgu.Insyallah aktiviti ini sedang diusahakan tuan 'Is'.Terimakasih.