Monday, February 6, 2012
Beginilah hidup ini..
Kek Hari Jadi..sedap kek ini..'ir' dan ' ir junior' yg.bbeli dan sediakan utk aku.Kenangannya lebih manis dari kek ini.Terimakasih..'ir'.
Hidup ini singkat..
4 februari 2012..senja hari sabtu..ada jemputan kenduri doa selamat dan majlis hari jadi seorang sahabat sekali gus ada kaitan saudara.Usai solat magrib di rumah, aku ir dan irma ke majlis yg.sedang berlangsung.Saat kami tiba, para tetamu sudah selesai sembahyang magrib..bersedia utk.bacaan yassin.Sempatlah 'ir' turut sama.Walau aku dan irma tak turut membaca, tapi kami duduk di tepi pintu arah ruang tamu tempat kaum lelaki membaca yassin. Selesai bacaan yassin doa selamat pun di bacakan diiringi bacaan berzanji sementara menunggu waktu sembahyang isyak.
Aku terdengar salah seorang jemaah, meminta agar janganlah bacaan2 dipanjangkan.Terasa lucu. tetapi begitulah orang kampung..mereka penat, kerana kerja2 kampung banyak guna tenaga. Sewaktu mereka berehat sejenak salah seorang jemaah yg aku kenali juga AJK.PIBG sekolah ku, ku dengar berbual menceritakan mengenai irama bacaan maulud 'orang tua-tua, dulu dulu', lalu dia pun melagukannya dengan penuh perasaan..bergemalah '.bacaan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w'. Beliau menarik suaranya dengan merdu, tarikan suaranya utk kali kedua..beliau menghembuskan nafasnya yg.terakhir.Dia meninggal menemui Allah saat itu jua.Menurut 'ir'..dengan jelas beliau sempat habiskan kalimah selawat itu..Beliau di kejarkan ke hospital..untuk pengesahan..Ahli pibg, sekolah aku ini menjawat jawatan ketua kampung suatu ketika dulu dan baru tahun 2011 beliau berjaya melaksanakan fardu haji.Alhamdulillah.
Ada syahdu di hati kecilku, dan terngiang2 di telingaku irama selawat itu.Al maklumlah kemarin hari ahad 5 februari..adalah hari keputeraan nabi junjungan kita.
Doaku semoga aruah haji Diman, ditempatkan bersama sama ahli syurga di sisi Allah.al fatihah.
Aruah berbaju batik biru bersongkok hitam, segak dan baik orangnya.Potret 2010 kenangan sempena majlis hari ucapan dan penyampaian hadiah, bahawa kita pernah bersama'dalam lingkaran kehidupan'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment