Wednesday, August 25, 2010

Rabu 25 ogos, semestinya diraikan?

Hampir terlupa hari ini 25 ogos 2010.
10 tahun yg lalu jam 6.15 petang aku melahirkan dia di hospital daerah.
Peristiwa nya..aku ditempat kan di first class..wad bersalin...aku masuk bilik tu jam 3 petang..
kekasih ku Ir antar..aku tak sakit saat tu..lepas dia balik nak ambik anak anak balik dari sekolah....sakit bersalinku mendadak datang.
Jururawat yg.bertugas, terlupa kehadiranku di wad first class tu..apa lagi aku hanya mampu
berdoa agar " ir" datang menjengukku..hanya Allah yg.tahu..apa yg. aku alami..
Aku tak larat nak turun dari katil...nak menjerit..pintu tertutup rapat..
5.40 ptg...baru IR datang...aku dah..taberdaya nak cakap apa..
Ir beritahu jururawat bertugas...terang terangan juru rawat tu kata dia dah terlupa akan kehadiranku di
bilik itu..lalu aku dipaksa turun dari katil dan berjalan kaki ke bilik katil khas tempat bersalin.
aku berdoa agar Allah memberi aku kekuatan yg. luarbiasa...ya..aku berjaya sampai ke katil bersalin tu.
hanya beberapa minit ..di katil itu...aku selamat melahirkan gadis cantik yg.bungsu itu.
Irna Suhaila.
Dia sentiasa mengharap agar hari jadinya di sambut..kebetulan hari ini puasa yg ke 15. .
aku buat sup tulang, abang nya Irfan..belanja kek..itu ja yg terdaya...beli banyak jenis nak makan bila?
Esok masih puasa..apa lagi..
Hanya doa mama " Irna Suhaila" panjang umur, murah rezeki, jadi anak pintar taat pd.Allah dan ibu bapa serta mendapat rezeki halal didunia dan akhirat.

1 comment:

President said...

selamat hari lahir buat irna suhaila.
yang sentiasa comel di hati kami..