Kemarin 25 jun sabtu
Petang dapat berita abang sulung ibu aku 'Haji Tasan Boleng' masuk wad di hospital K.Belud.
Aku dan 'ir' bergegas melawatnya.Saat aku menemui 'maakkauu'maksudnya bapa saudara, aku rasa terharu.
ketika mencium tangannya, hatiku terasa sebak.Entah kenapa pandangan matanya menyimpan banyak sejarah perkembangan hidup dunia ini khususnya daerah ku 'kota belud'
Pakcik sudah terlalu uzur.Dia sesak nafas dan batuk.
Saat pertemuan, dia nyatakan teringin nak makan daging ayam salai atau yg.digoreng.
'ir' bergegas mendapatkan menu yg.diminta pakcik.Sementara aku dan 'ina' isteri pakcik aku, berbual dan melayan semua soalan pakcik. Pakcik aku ni rajin bercerita, kisah-kisah lama.Aku cukup suka bersama pakcik abang sulung ibu aku ini.
Menurut cerita pakcik dan cerita ibu aku, sewaktu tentera jepun mendarat di Sabah dan berkuasa di tanah Melayu pada tahun 1941, ibu dah cukup remaja dan sempat berkerja menanam padi di sawah milik keluarga, tapi hasilnya di ambil oleh tentera jepun.Masa tu abang sulung ibu aku juga sengsara berkerja menyara datuk dan nenek aku, banyak cerita yg.pakcik dan ibu kongsikan kepadaku.
Adik beradik ibu aku tak ramai.Mereka cuma 3 beradik.Abang sulung ibu Haji Tasan, ibu aku Nuriah, dan adik ibu aku aruah pakcik Jamal.Pakcik Jamal adik ibu aku meninggal beberapa tahun yg. lalu.Aku kesal tak dapat menyimpan gambar aruah pakcik Jamal.Ibu, anak perempuan seorang dalam keluarganya.
Nenek aku, iaitu ibu kepada ibu aku di masa hayat nya, seorang bidan kampung.Dia bertanggung jawab merawat ibu2 mengandung dan menyambut kelahiran bayi.Zaman itu hospital kerajaan di daerah k.Belud belum ada.Nenek aku ada kemahiran ilmu perbidanan dan merawat bayi. Sebab itulah agaknya ramai cucu2nya berjaya mengikuti bidang perubatan, khususnya doktor dan juru rawat.Alhamdulillah.Untuk 'Acit ' lihatlah darah keturunan itu.Pepatah melayu mengatakan, 'baka/bibit' yang 'baik' jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh di darat menjadi gunung.Justru itu, berjuanglah walau dengan cara sendiri.Insyallah,kau akan berjaya jua akhirnya.Salam sayang untuk mu dari semua keluarga.'maatoo' kemarin cari kamu.kata nya 'minggo acit?',
kebetulan malam kemarin, aku dan Irfan pergi lagi menemuinya..happy dia jumpa irfan.Masih lagi dia tanya mana acit, mana ayu?..ayu belum pergi jumpa 'maatoo' apa pun kita sama-sama doakan agar seluruh keluarga kita selamat dunia akhirat .
Aku kongsikan gambar 'ibu' aku dan abang ibu aku ni..'maakkauu'
Mereka ni remaja zaman Jepun, sebab tu..mereka kelihatan macam jepun juga 'nyaa langah' maksudnya tak tinggi.he he he..sebab itu, aku ikut ibu. Kak Roy masa kat MG dulu selalu jerit panggil aku 'pendekk' hahaha..anehnya, aku tak marah pun..mungkin sebab aku terlalu sayangkan kak Roy.
Sampai kini saat ini aku sangat teringatkan kak Roy dan rindukan kemesraannya.Salam sayang buat kak Roy di singapura.
ibu aku dan abang sulungnya (dua beradik lahir sebelum kedatangan Jepun)
Harta yang tak dapat di tukar milik..bila ia berlalu..ia akan kekal dimata dan terkubur di dalam hati.
Suatu hari, antara kita akan pergi.Ada sebak di hatiku.'AKU SAYANG KAMU'.
Baju hijau 'inna' isteri ayah saudara aku.Baju unggu bertudung kakak, anak sulung ayah saudara aku.si manis duduk dekat kipas tu, ibu mertua abang mat.
Saat manis, melihat keluarga berkumpul.abang2 sepupu aku dan abang kandung aku, abang Hamidun kemeja putih lengan panjang. Abang Lim pun ada bersama berbaju hitam.
kak siti lian yang tersayang..melaksanakan majlis pertunangan anak saudara aku 'siti alus'
aku suka gambar ni. saat duduk semeja dan berbual2, abang Mat, Ir, dan abang Ramo(Omar), ketiga2 nya terlalu serius..entah apa yg.dibualkan. 'ir'..i love you.
Dalam gambar ni,bakal doktor tu pun ada, Asraf baju hitam anak abang omar, menantu aku pun ada tu yg. pakai cermen mata baju kuning ..ustaz dari selangor..suami anak saudara aku ustazah Ros.
Ini lagi satu baju merah jambu..abang sepupu aku sebelah aruah ayah aku
'kak soyoh' dan yang baju hijau' abang Din" juga sepupu aku sebelah aruah ayah.
2 comments:
sakit pulak makto.." ya Allah berikanlah dia kekuatan menghadapi setiap ketentuanMu..moga dia termasuk dlm kalangan hamba2Mu yg bersabar dan redha dgn takdirMu...berikanlah dia kesihatan yg baik utk menjalani hari2 mendatang...."
Amin ya rabulalamin.Tq azie.Sama-sama kita berdoa semoga Allah permudahkan segala urusan Mato di dunia dan akhirat.
Post a Comment