Sunday, July 31, 2011

1 ogos, 1 ramadhan 2011

Assalammualaikum.
Esok 1 ogos, Birthday 'Ir'. Esok 1 Ramadhan puasa bermula bagi tahun2011 ini.

Hanya rangkaian ucapan biasa namun penuh makna untuk yg tersayang dan yang bermakna dalam hidup ku ini. hanya Tuhan menilai banyak mana 'makna' itu di ikhlaskan.
'Ir' happy Birthday ke 49.Ir selamat berpuasa, semoga ibadat kita diterima Allah dan tambah berkat hidup kita di bawah petunjuk dan perlindungan Allah.

Yang jauh di Banglore'selamat menunaikan ibadat puasa' semoga selalu ceria dan tabah.
Selamat berpuasa dengan ikhlas dan sabar untuk Miming di IPDA, Azie, kak Ani, Norly sekeluarga, kak Roy tersayang , kawan2 MGHS dan member blog yg di hargai.
'Selamat menunaikan ibadat puasa, Allah melindungi kita semua di dunia dan akhirat'
Salam kemaafan dan salam mesra selalu.Shima..azie, ada peluang datang Rumah.

Wasalam.

Sunday, July 24, 2011

masih menghayati warna2 bunga.

Mawar Biru, benar kah ini?..cantikkan

                                                                                                      
                                                                        

Anak murid aku pernah tanya, ada tak bunga warna 'biru' aku pun  jawab 'iya' memang ada.
Tapi aku tak dapat menunjukkan benda mewujudnya.Aku haya mampu tunjukkan gambar ini sahaja.
Aku tak tahu di mana boleh dapat bunga-bunga warna biru .

'Yuni' kalau kau pernah tengok bunga warna 'biru' dapatkan aku benihnya ya.kos kirimannya kita runding seperti kiriman lavendar itu.He he he aku masih ingin membuat koleksi bunga-bunga dari negara mu.
Cantikan bunga ini.

Wednesday, July 20, 2011

srikandi cintaku- M Nasir.flv


saat ini, 20 Julai..hari Rabu.Ada sunyi di hati meski kesibukan tugas yg tak kan habis, kecuali kalau dah pencen.
Waktu kerja pun aku rasa sunyi, kalau dah pencen nanti, bertambahlah sunyi aku kan..
Aku sunyi bila bila saat dan ketika.Naluri sunyi ku membawa aku menikmati indahnya isi alam dan menghayati kebesaran Allah.Beginilah kita, manusia yg di ciptakan Allah dengan segala kasih sayang dan cintaNya.
Allah ciptakan Manusia melebihi lengkapnya dari makhluk yang lain.

kerana cinta Allah kepada manusia ini lah membuat hati ku selalu merasa shyadu..
Aku selalu merasa relex, tenang dan selalu terasa di lingkari bunga bunga berbagai warna khususnya mawar yg.harum.Bila aku menulis puisi ianya untuk emosiku yg mengalir selepas menikmati muzik yg manis dan lembut.

Lagu M.Nasir ini..sangat membuat aku terkesima.'serikandi cinta ku'.
Layan.

Saturday, July 16, 2011

Sekebun Mawar Ungu, Di tebing Tasik Biru - 16 julai sabtu yg.tenang

Memikirkan dirimu
tubuhku menjadi lesu
di manakah kamu?

ku nanti hadirmu
saban hari berlalu
tak ku temu jampi rayu
membawa anganku
memiliki mu.

Inilah aku
menyapamu tanpa suara
menyemai rasa saling percaya
lalu...
ikatan kita menjadi baja
menyubur sekebun mawar ungu
di tebing tasik biru

yang tentu nya indah
milik bersama.
....................................................................................................................................
Tentunya bingkisan jauh ini membuat hatiku melonjak dan penuh doa, semoga semuanya menjadi mudah.
aku sangat gembira Yuni.Terimakasih.Masih dalam harapan.Seperti inilah warna hatiku.

MAWAR PESANAN DARI MALAYSIA....!!!!



Cantikkan mawar-mawar ini.  Ini untuk ku dari 'Yuni'
Terimakasih sahabatku.Ku nanti ia sampai menjadi nyata meski wajahnya bertukar semuram senja malam.
Kecintaanku tak akan pudar hehehe...rantingnya kan ku gubah, menjadi sesuatu yg.cantik.

Saturday, July 9, 2011

FRIENDSHIP OR LOVE ♥ PRIJATELJSTVO ILI LJUBAV


9 julai 2011 sabtu, duduk rumah asyik nonton perkembangan refomasi 'BERSIH' 'T. shirt kuning' nak merusuh ala-ala kejadian di Mesir dan Libya.Dua buah negara yg.begitu gah ribuan tahun lamanya musnah sekelip mata, gara-gara rakyat yg.tak berakal dan  di kuasai otak mereka oleh syaitan yg.bertopengkan 'manusia'. Rimas aku menontonnya.

Tak boleh kah kita hidup aman tanpa bercakaran.Vedio di atas persahabatan dua ekor haiwan yg berlainan spesis tapi boleh bersahabat dan saling manyayangi. Aku sayang negara ini dan semua penghuninya..termasuk flora dan fauna. Mari berdamai jangan bergaduh.
Salam kasih sayang utk.sesama manusia dari jiwaku yg.mendalam.Sayang kamu.

Mawar Untuk Selamanya 9 julai - 17 julai, 2011

Pokok Mawar boleh sebesar ini..biar betul.
Ada kah sepisis di atas sama dengan mawar ku ini?
 Tentunya tida sama kan, tapi tetap serupa iaitu mawar @ Ros untuk selamanya, wangi lembut dan menenangkan.

Friday, July 8, 2011

Jumaat Yang Tenang 8 julai 2011

sangka baik

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


Hemm seawal pagi tadi aku ke sekolah, rumah depan sekolah, tempata ku bertugas, di miliki oleh seorang hamba Allah yg.baik.Guru silat, juga seorang pengamal perubatan tradisional yg.handal.Ada kaitan saudara juga dengan aku, En.Rusdi.  Subuh tadi dia kembali ke rahmatAllah.  awal pagi jalan raya dah jem..ekoran terlalu ramai saudara mara dan bekas klien( pesakit ) pak guru itu.Yah ketentuan Allah, kelmarin dia masih lagi sihat dan duduk2 minum kopi, menurut cerita seorang cikgu rakan setugas ku.
Semoga Roh nya di rahmati Allah.Dia meninggal subuh jumaat dan di kebumikan sekitar jam 11 pagi tadi.

Wednesday, July 6, 2011

Bulan Ramadhan di jangka 1 ogos

Hari ini 6 julai, hari rabu yg.redup.
Sepanjang malam tadi hujan tak berhenti.Sedap tidur, ada malas di hati ku.Tapi apakan daya, terpaksa bangun kerana tugas di sekolah menunggu.  Kalau tugas sekadar mengajar dan membimbing anak murid tak mengapa, tapi masalahnya, terpaksa menyusun jadual guru ganti, lantaran terlalu ramai guru menghadiri kursus jabatan, tak kurang cuti peribadi dengan berbagai alasan.  Bila hal ini terjadi tugas ku menjadi berganda.Tak berbalui langsung dengan bayaran tugas tambahan elaun penolong kanan cuma RM60 sahaja. Tak cukup menyusun jadual, diri sendiri juga terpaksa terlibat mengantikan guru dan terlibat masuk kelas.Entahlah.
Tapi inilah kelebihan seorang guru, bukan sekadar mengajar anak murid, tapi juga belajar mentadbir dan mengatur masa orang lain.Wahh aku tak apa-apa cuma, omelan biasa-biasa.

Aku gembira bulan puasa semakin hampir, sekarang bulan syaban, dah 4 hari aku berpuasa bersama Restu.
Rumah masih dalam proses penyiapan.Banyak yg.belum siap lantaran cuaca yg.tak menentu.
Ku kongsikan gambar rumahku yg.masih dalam pembinaan.Untuk yg.di Banglore, mu nak bilik atas ke bawah?..Bilik atas ada 5, bawah 4.
Persekitaran akan ku tanam bunga-bunga hiasan, jenis mawar dan Lavendar, juga beberapa petak untuk sayur.

Pesekitaran rumah sudah di pasang tembok setinggi lima setengah kaki.Tapi masih belum siap sepenuhnya.
Inilah gambar itu.

Ruang tapak tiga segi ini, penjuru sempadan tanah dengan jiran, aku sediakan tapak ini utk.landskap, nak buat kolam ikan kecil dan pesekitarannya akan ku tanam mawar..dan rerumput renik.
 Gambar bawah ni, anjung bata merah ni nak pasang dinding kaca hitam, ingat nak kaca warna hijau..tapi terlalu terang bila pasang lampu , so tak jadi lah.
                                                      Ruamh lama yg rendah tu, dah tersorok, rumah rendah tu dah jadi ruang tamu, ruang makan dan dapur, agak luas 45' x 30', dua bilik Tidur di dalam nya nak jadikan stor.


Tiang 'roman' tu baru satu siap, itu untuk tiang anjung terbuka, masih dalam pembinaan, entah siap  sebelum hari raya nanti.
                                                      Ruang inlah yg.akan ku buat kolam ikan nati..dan bunga pesekitarannya.
                                                       Pagar tembok memisahkan rumah jiran.Disini dulu pernah ada bunga Ros dan bunga melur aku hidup subur.
                                   Bilik-bilik tingkat bawah, dah cat tapi baru satu lapis, masih dalam proses
                                                        Tepi tembok itu adalah tapak untuk aku tanam sayur dan bunga melur dan rose aku yg.dulu2 itu.
                                                       Sebelah tembok ni tanah jiran dan pohon mangga yg buahnya selalu jatuh ke sebelah pagar aku..tak berani ambik, kalau ambik pun biasanya aku akan bayar..tak baik ambik tanaman orang kan.Namun yg.cantiknya Gunung Kinabalu memerhati rumah ku dari kejauhan.Cantik kan.
 Lorong-lorong ini akan ku penuhi dengan bunga-bunga tanaman hiasan dan sayur bayam dan sawi, cili dan serai.Tempat ni bersih, tak ada haiwan berkeliaran.Akan hijaulah nanti di persekitaran ini.
 Aku suka kawasan ini, luas dan banyak semaian boleh ku tanam nanti,ia betul betul berada di belakang pintu menuju dapur utama ku.

Tuesday, July 5, 2011

Impian ini

Kalau lah aku dapat memiliki kebun bunga seperti ini.
Mesti bestkan.  Tapi apa kah ia mustahil?
Langkah pertama mendapatkan maklumat tentang perkebunan bunga dari member blog.
Kedua berkerja keras menyediakan tapak semaian.
Ketiga aku telah menghubungi pemilik kebun ini 'yuni' untuk mengirimkan aku bibit bunga2 yg termampu di hantarnya.  Terimakasih Yuni.Aku juga sudah print out semua maklumat mengenai penanaman mawar dari blog mu, ku jadikan ia panduan.
Cantik kebun ini.




Monday, July 4, 2011

Supplier Bibit Mawar: SUPPLIER BIBIT MAWAR

Supplier Bibit Mawar: SUPPLIER BIBIT MAWAR: "MAWAR......MAWAR......MAWAR Mawar merupakan tanaman bunga hias berupa herba dengan batang berduri. Mawar yang dikenal nama bunga ros a..."
.............................................................................................................................
4 Julai, malam tadi hujan di ikuti petir tersangat lebat di kampung ku. Tak dapat tidur lena, lantaran siang tadi aku habiskan masa hari minggu ku memindah kan anak-anak pokok bunga yg.sudah sesuai untuk di tanam di tapak semaian yg.ku sediakan beberapa hari yg.lalu.  Aku bimbang anak anak pokok yg.comel itu terlebih air.  Ada kah ia akan  mati??...kalau itu terjadi aduh sedih sekali. Ada bimbang di hati ku.

Apa pun aku rasa tidak sabar  menunggu kiriman bunga mawar ku dari Jawa Timur..
wah jauh kan..inilah sejarah kampung ku kalau aku berjaya menanam bibit2 bunga dari negara jiran.  Aku tunggu peluang hujan teduh dan aku boleh ke bank simpanan nasional mengirimkan wersten union kepada sahabat aku yuni.  Aku seronok mencuba benda baru..anda bagai mana??..mari beli bibit bunga ramai-ramai, kita tanam bunga di perkarangan rumah sendiri.

Kepada Norly, kak Ani..rasanya tempat anda lagi sesuai untuk tanam bunga lavender kan..nanti boleh halau nyamuk..jimat lagi.Mari kita cuba, mau?

Sunday, July 3, 2011

Purple Rose dan pokok Flamboyan

 Salam, Gambar di atas 'purple ros'..anda pernah tengok?..Terus terang aku tak pernah tengok.
Oleh itu, jika sahabat ku Yuni..memiliki bibit purple rose ini, tolong kirimkan juga ya..kalau tak ada bibitnya, kalau ada kuntumnya walau sekuntum..berilah aku tengok, maksudnya tolong kirim juga.
Gambar bawah ni, pokok flamboyan..bayangkan pokok bunga ini berbunga di halaman rumah mu, wahh
 mungkin seluruh isi kampung akan datang turut cuci mata, suatu hari aku akan dapatkan bibit pokok ini dan akan ku tanam di perkarangan sekolah tempat aku bertugas.Insyallah.
Cantikan. Apa pendapat mu Yuni...cantik tak?.

Saturday, July 2, 2011

' yuni ' ku nanti kiriman itu

siang tadi 2 julai, aku mewakili GB menghadirkan diri untuk aktiviti larian satu murid satu sukan, satu malaysia.
Kami berkumpul di kompleks sukan Butung, acara larian di rasmikan oleh YB Abd.Rahman Dahlan.OK lah..
penat dan tak ada apa yg.menghairahkan.

Ada satu yg sangat aku tunggu 'bibit bunga-bunga dari sahabat baru ku 'Yuni'.
Membaca emailnya, bisa membuat aku senyum sendiri.Ada mesra di hatiku ketika membaca perkhabaran darinya. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya mengirimkan aku bibit2 bunga itu.
Kemarin terlintas di hatiku membaitkan puisi sajak untuknya.
Sajak emosiku yg.menikmati saat rindu. dan sayang.

sajak ini untuk mu
.. ................................................
 sesekali aku merenung potret mawar
 anika warna pencetus cinta
sejuta tanya melingkari minda
sampai bila aku memujanya
bisa kah aku memilikinya?

saat mengatur langkah
ku sapa seorang teman
dengan salam sopan
kami seakan ada ikatan
kecintaan yang sama
pada harum kuntuman mawar
lalu ada tanya dihati
bisa kah dia membantu
merealisasikan impianku
memiliki sendiri sekebun mawar
yang tak akan layu
meski waktu terus berlalu.
.. .......................................................
1 julai, desa kota belud yg.sunyi. Saat ini hujan lebat. ilham serta merta ni untuk mu..tak indah tapi cukup untuk ku nyatakan rasa ku yg sangat inginkan bunga-bunga itu.