Sunday, January 30, 2011

Sajak Buat Kak Roy di Kota Singa

Kalau aku sebutir mutiara
kaulah seekor tiram
mendakap aku dengan kulit kerasmu
melindungiku tanpa sedar
mengasuh aku makna persahabatan
Lalu
akulah sebutir mutiara
dari asuhan seekor tiram
dengan penuh kasih sayang
menemaniku di lautan dalam
Hari ini
dalam kedewasaan ini
nama mu,
suara senda gurau mu
kekal menemaniku
kekal di situ
tak berganjak di usir waktu

DerryDims...
penghujung januari yg.lembab.

Friday, January 28, 2011

Januari pun beransur pergi

Senja 28 januari,hari jumaat yg.tenang.
tak terasa minggu ke 4 persekolahaan pun berlalu.Di hadapan ada banyak cabaran yg.menunggu,kerjaya seorang cikgu..cuti sekolah pun semakin menghampiri..anak-anak murid seronok dengar cuti, cikgu-cikgu seronok menyambut cuti, bagaimana dengan pemimpin sekolah khususnya Pengetua dan Guru Besar?..ada kah mereka benar-benar boleh bercuti?..kalau GB  atau Pengetua tak ada di sekolah PK1, wajib ada disekolah..begitulah hakikatnya...bila peratus keputusan sekolah meningkat, ibubapa dan guru-guru bersorak gembira..pengetua dan GB senyum simpul di belakang tadbir..bila keputusan peperiksaan merundum jatuh bagai saham yg.tak laku..Guru Besar nak menyorok ke mana?...hemm semua pemimpin sekolah inginkan anak murid mereka mencapai kejayaan yg cemerlang dalam peperiksaan, tapi kalau anak murid asyik cuti saja, di ikuti oleh ibubapa lepas pandang masa belajar anak-anak di rumah, nak salah kan siapa?..buat program masa cuti..jangan harap berjaya 100%..berbagai hela ibubapa beri, anak balik kampung lah..tak ada pengangkutan lah...macam mana nak paksa anak murid belajar kalau masalah ' tak nak ' itu bermula dari rumah lagi?..inilah cabaran kerjaya guru-guru nak bagi anak murid lulus cemerlang..

sebuah perumpamaan Inggeris dalam terjemahan bahasa melayu berbunyi " anda hanya boleh membawa seekor kuda ke tempat minum air, tetapi tak boleh memaksa kuda itu untuk minum"
Beginilah  situasi masyarakat sekolah saya, sekolah anda bagai mana??

Ku kongsikan jadual persekolahan tahun 2011 ini...untuk renungan...seronoknya, cikgu banyak cuti yehh
Norly dan kak Roy, jangan marahh..he he he..
                                        Takwim dalam jadual ni belum termasuk cuti-cuti umum perayaan , itu baru cuti penggal pertama dan kedua tu..minggu depan 3 dan 4 febuari khamis dan jumaat cuti tahun baru cina..ada 4 hari cuti masuk hari sabtu dan ahad.  La la laaa 'do re me fa so la laaa '

                                          Gambar bawah ni pula,
walkman aku, mp3 jenama sony ..bolehlah aku dengar taddabur alquran dan surah-surah al quran bacaan Imam Misyari Rashid yg aku puja tu..best soundnya..utk.miming..aku dah beli ni..lawa tak?
                                        Gambar bawah ni ,ini pen kenangan.Cenderahati PLUMS malam Dinner 2010 hari tu di One Borneo tema red carpet.Yg hitam tu 'LG' aku yg.bisa merangsang geram si Restu..kerana setiap jam 3 pagi ia akan melalak ...irama bernilai puluhan ribu ringgit..ada kenangan dalam irama itu sebab itu ia kekal begitu..tak di 'switch off '..hehe..restu...belikan aku tudung warna hijau lumut boleh?..
Ok lah..untuk ketika ini..hujan dah seminggu turun dan tak ada berita dari Banglore.

Saturday, January 22, 2011

Hari ini sabtu 22 Januari.minggu ke tiga persekolahan.
Jam 9 pagi tadi ada mesyuarat ko kurikulum, habis jam 12.05 tengah hari..entahlah...dari sudut pandangan aku..seorang ketua kena juga belajar ilmu psikologi..kalau tidak..jadilah macam ketua mesyuarat sekolah aku tu, berjam-jam mesyuarat, tapi hasil terlalu menimum.
Semua pendapat ditolak asyik dia aje yg.perlu didengar...so sepanjang mesyuarat tu aku ber'sms' je lah dgn.kak ' Roy ' di singapura..wah jauhnye aku pergi..sambil aku dengar..lagu wali band 'baik-baik sayang'..dibarisan belakang tu ramai cikgu tertidur dibuai oleh irama dan seni kata arahan pekeliling yg.dibaca panjang lebar oleh sipengkhutbahnya...al maklum dia ketua,...semua orang wajib dengar!!..kenapa tak edarkan je..pekeliling tu,di hari lain dan masing2 baca bila ada free time...entahlah..

Bila aku fikir-fikir ini lah akibat tak belajar pasal serba sedikit hal psikologi.Oleh itu aku kongsi di sini serba ringkas teori psikologi yg aku pernah belajar masa di universiti..baik utk ibu bapa juga utk kesedaran bersama...' kenapa terbentuk personaliti yg.berbeza pd.anak- anak dan anak murid'.Selamat membaca.Norly, kak Roy..nanti kita rancang jumpa ye..BILA? he he..kata sibuk..tapi tetap nak jalan2..inilah manusia.

Bagaimana Personaliti Terbentuk?

Pakar psikologi kaunseling melalui teori mereka mendapati empat ciri bagi menjelaskan tabiat seseorang itu seperti teori psikoanalisis yang diasaskan oleh Freud. Pertama teori ini meyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi unsur rangsangan seksual agresif dan tidak rasional wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga perkembangan hidupnya.
Kedua analisis transisi-Adler, dimana teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa ketika kecil, anak berkenaan merakamkan secara langsung percakapan dan perbuatan ibu bapa mereka. Konflik terjadi apabila anak cuba menilai semula skrip hidup lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil perkembangan emosi dan pengaruh persekitaran.

Ketiga Teori Behaviorisma iaitu tingkah laku yang terbentuk hasil proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah.

Keempat teori pemusatan klien -Carl Rogers iaitu mengandaikan bahawa tabiat manusia secara azalinya adalah rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti mendapat kasih sayang dan keselamatan.

Ketidak seimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri yang sempurna. Ibu bapa hendaklah membimbig, memahami, menyelami kehendak jiwa remaja dan berfikiran terbuka. Jadilah model terbaik, sekaligus sebagai perangsang. Ini akan mendorong kepada kewujudan suasana harmonis.

SosialisasiSosialisasi merupakan suatu proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada dalam institusi sosial. Proses pembelajaran sepanjang hayat
berlaku dalam institusi sosial. Pemindahan norma dan nilai dalam keluarga serta budaya setempat sesuatu masyarakat kepada kanak-kanak. Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak akan membentuk konsep diri pada individu.

Oleh itu kelompok primer iaitu keluarga merupakan kelompok yang paling berpengaruh. Pentingnya fungsi kekeluargaan adalah sejak mula anak itu dilahirkan. Anak-anak mula belajar dari kedua ibu bapa mereka. Oleh itu ibu bapa yang memberi masa berkualiti kepada anak-anak mereka dapat menanamkan minat dan bertindak balas dengan memberikan didikan dan peluang yang berpatutan.

Setiap individu yang dilahirkan mempunyai potensi untuk berkembang ke arah kecemerlangan. Bagi memastikan potensi ini berkembang ke arah yang positif, ibu bapalah yang terbaik memainkan peranan penting untuk membantu anak-anak ini mencapai keunggulan peribadi. Anak-anak beruntung jika dilahirkan oleh orang tua yang penuh kasih sayang, perhatian dan pengertian dan memiliki kesempatan terbaik untuk mengembangkan fikiran mereka dengan penuh kegembiraan dan kejayaan.

Saturday, January 15, 2011

Aku rindu bunga2 Rose dan Melur aku.

senja sabtu yg.hening...15 januari..cuaca mendung sekali.
selalunya saat begini aku akan merawat kuntum-kuntum bunga ros aku yg tak berhenti berbunga..
Setiap kali waktu subuh ketika  nak ambik wuduk, aku akan mencium kuntum-kuntum ros aku dan memetik sekuntum dua putik bunga melur aku untuk aku bancu buat minuman teh kosong..sangat segar dan harum wangiannya.

Tapi saat ini semua ros dan melur itu sudah tiada..pada 29 novmber 2010 hari itu sebelum bercuti ke Pahang, aku ratakan kawasan  aku tanam bunga-bunga itu,aku bercadang nak tambah bangunan rumah aku.
Pokok-pokok ros dan melur itu dah hilang sekelip mata.Hari tu aku tak terasa sangat kehilangannya kerana aku sibuk buat persiapan di sekolah utuk sesi persekolahan 2011, dan baru balik dari reunion di melaka, lepas tu persediaan utk balik Pahang pd.1Desimber 2010..semuanya sangat memerlukan masa yg pantas. Sekarang sepatutnya projek buat bangunan tu dah bermula..tapi cuaca masih tak menentu..tanah yg di ratakan dulu masih bertakung air hujan, jadi projek tu terbengkalai.

Bila aku tinjau kat luar,yg ada hanya tanah bukit merah yg sedia utk..kering dan menerima perubahan.
Bunga2 aku ???...
hanya tinggal gambar sebagai kenangan....aku boleh tanam semula, tapi ia akan menjadi pokok baru..
pokok yang patah tak sama dengan pokok baru....aku kena belajar melupakan ros merah jambu aku, ros putih dan ros oren aku, juga bunga melur aku yg hidup subur sesubur hati dan kasih ku pd.ingatanku dan kasih sayang ku pada semua perkara yg.aku miliki..dan yg.pernah aku miliki..termasuk kamu..'IR' aku..
karya aku' Cinta seorang "Coordinator" '..cerita tu dah masuk bab 3, tapi kekangan masa..semuanya tertangguh. Cerita bunga ros aku ni...aku abadikan gambar-gambarnya disini.
Aku rasa ini cara aku menyimpan albumnya..pokok ni aku jaga sejak anak anak aku kecil lagi..kehadiran 2011..ia lenyap begitu saja...hai entah lahh..
Inilah ros-ros kesayangan aku.

                                      Ros ini..dah lama aku tanam..pokoknya besar dan tak berhenti berbunga.
                                           Ros putih ini susah hidup..tapi bila aku tanam menjadi pula, kawan-kawan kata bunga-bunga ros ni sayang aku sebab tu mereka mudah membalas kasih sayangku..agaknyalah.
                                              Ini ros aku warna oren..bunga besar-besar, sebesar hati dan semangat ku berjuang dalam hidup,demi kebahagiaan yg.hakiki...benar kah?
                                            Ros ini bergabung dengan kuntuman melur yg semerbak wangi..
                         tinggal kenangan...tak apalah nanti aku tanam balik.Harap2 boleh tumbuh macam dulu.
                                            Ini bunga kertas aku..yg aku tanam pokoknya sempena ulang tahun kelahiran     anak sulung  aku yg ke 8 tahun.


         Setiap kali aku bersihkan pokok ros ini, mesti jari ku luka terkena durinya.Ada darah yg mengalir.
                                             
                                                 Lihatlah ros aku ni 'Ir',ingin mencapai langit biru...seperti cita-citaku dan    kamu melihat generasi kita berjaya dalam hidup yg jauh.
                                           Ini bunga melur aku yang hidup menjalar di laluan pagar rumah aku..aku tanam pokok ni sejak tahun 1998 lagi...hilang sekelip mata..bersama harum nya yg .ku hirup saban subuh di masa lalu...ada rindu putih di hati ku.
                                          Bunga ros yang ini kuntumnya besar...aku beli ranting nya masa berkunjung ke Padang Besar dalam bulan julai 2010 yg lalu...bila aku tanam..ia terus hidup dan berbunga...aku tanam dalam pasu..ini masih selamat.Tapi nampak hidup enggan, mati tak mahu...aku tak cukup masa merawatnya.Nantilah.
                                            Ini juga ros putih jenis besar dari Padang Besar..Perlis..dia masih sihat.
                                             Ros oren aku yg mengeluarkan kuntuman halus yg.segar..aku rindu memerhati ros-ros aku saban senja dan subuh..apa nak buat kan..
                                             Wangi bunga rose aku ni..aku rindu dia...
                                         Rose putih aku...hidup subur..banyak bunga nya..tapi sejak aku tinggalkan kerana pergi bercuti hari itu..ia..kelihatan letih dan tidak gembira..sekarang aku dalam proses merawatnya secara psikologi.Hari-hari aku ajak ia berbual-bual..agar dia tidak sedih kerana kehilangan kawan2nya.
                                          Ini ros si cantik ' sekuntum mawar merah'..kenangan percutian di kaki kinabalu dan lambang persahabatan aku dengan 'Som dan Za'..som kau masih ingat aku kan peminat syeikh Masyari Rashid Al-Afaasi...Ros ini juga masih bertahan..
                                      Nah...lihat lah tanah yg.perlu ditabur atas tapak semaian bunga-bunga aku.
                                          Bunga kertas pink itu tak sempat di pindahkan..kena lanyak gitu aje..
apa nak buat jang.
                                        Dari dalam rumah ku perhatikan bunga-bunga aku lenyap begitu saja.Ada sebak di hati ku..demam aku mengenangnya..Tapi perubahan ini perlu.
                                        Beginilah keadaan tapak tu selepas diratakan.Rumah jiran aku tu, aku sedih juga melihatnya, dulu tak ketara kerana ada pagar antara kami dan bunga-bunga ros aku menghiasi sempadan kami..tapi sekarang pemandangannya, beginilah ..dalam hati ku terdetik, kalau aku seorang jutawan..aku dirikan sebuah rumah baru untuk mereka sekeluarga...tapi..apa nak kata..nantilah Insyallah...tiada yg.mustahil bila di izinkan Allah yg melihat hati nurani ku..betul kan 'Ir'...mesti kau gelak bila aku kata begini depan mu..kenapa?...kau selalu tak percaya aku..'pesoyo kau maku ' ir..
Ok..lah..ini saja album aku tentang rose-rose aku tu..nanti member2 dari Melaka datang..call ye..Norly, kak Ani, Mimi,Ratnah, kar Roy...dan..sahabat aku...Aku sayang kamu.Semoga bertemu lagi.

Thursday, January 13, 2011

pantasnya masa berlalu

Hari ini 13 januari 2011.

dah jauh malam hampir jam 11. disekolah siang tadi aku adakan taklimat mengenai Kurikulum standerd sekolah rendah ( KSSR ). Hemm..penat..banyak perkara kena buat..dahlah hari khamis jadual aku padat..seawal jam 7.00 pagi aku dah masuk kelas utk subjek sains.1 jam...lepas tu sivik kewarganegaraan 2 jam utk.2 kelas.
Lepas tu jam 10.30 pagi taklimat kssr tu....petang balik rumah..aku dah tak larat nak berbual2 dgn.suami aku.
dia pun sama juga...dah dua hari hadir mesyuarat sekolah sebelah petang...aku sunyi pula...aku tidur je...
Aku bangun tidur, masak dan baru dpt on line...sempat tengok rakaman kak Roy di www.weworkz.sg.
Rindu pun mengalir lembut mengenangkan kemesraan kak Rohaidah Masri..di masa lalu.Keluarganya baik sekali.


Kak Rohaidah ni masa sekolah selalu menyakat aku dengan ulat gongok..adakah patut dia kumpul ulat gongok tu dan letak kat tapak tangan aku, aku bagai nak gila menjerit..aku geli..sangat sangat...hemm
bila kenang semula...aku sayang kak Roy...tanpa mu dulu, siapalah aku hari ini..aku membesar dalam senda gurau mu..semoga Allah pertemukan kita lagi ye...nanti aku belanja makan ikan bakar...he he he..
Kepada norly..kalau dapat tengok lah web kak roy tu..ada vedio kat sebelah kiri tu..dan kak roy ada disitu,
best tau...spiking lagi tu...

Sunday, January 9, 2011

Masih Terasa bahang sejarah Di Bumi Hang Tuah

Hari ini ahad 9 januari jam 4.30 petang...
Tadi dapat berita baik, anak lembu yg ku beli 3 tahun yg lalu, sedang sarat bunting..mungkin  14 febuari ini tarikh ia akan beranak...nama anak lembu tu 'MG' sempena nama MGHS..sekolah menengah aku kat Durian Daun tu..
Hem..sebut pasal melaka ni...tak habis2 ceritanya...ekoran cuti-cuti malaysia pd.26,27 dan 28 oktober 2010, yg aku cerita sebelum ni...sekali lagi aku bawa suami dan anak2 aku berkunjung ke Melaka.Kali ni lebih lagi seronok, mana tidaknya..aku ke melaka bersama  ahli keluarga dan berjaya ku temukan mereka dgn
Miss Lim, keluarga angkat aku sekaligus sahabat sekelas aku 'Norly'...kami tidur di rumahnya 1 malam. malam berikutnya menginap kat Hotel.Rasa rugi bayar hotel tu...sebab sepanjang siang sampai tengah malam kami tak tinggal pun dalam bangunan tu...simpan barang je..kami keluar round semua tempat bersejarah...samapai ke zoo air keruh dan ke Taman Seribu Bunga.Best sangat.Tapi gambar-gambar tu terdelet..ada sedikit saja yg tinggal...aku kongsikan di sini..

Kepada Norli sekeluarga...terimakasih atas segalanya...salam sayang nan abadi buat mu, emak , suami dan anak-anak mu kerana sudi memeriahkan lawatan kami dan mengeratkan siratulrahim antara kita.

' Biru' Hang Jebat...bukan salah mu jika kau tercatat sebagai penderhaka kepada Sultan.Aku rindu warna Biru ini...ada kenangan dimuzium kemerdekaan..ada sejarah tercatat di lingkaran ini.


 
'Norly' kapan bisa bertemu lagi..seperti hari manis saat kita mengeratkan persaudaraan seIslam.
Gambar bawah ni..inilah ahli keluarga aku, sikembar aku ada di sini, seorang doktor di India seorang cikgu di kent.



Gambar bawah ni, ini lah tangga keramat menuju ke dorm C1 yg sangat popular tu


pintu pagar ni kalau hari sekolah kena kunci...budak asrama tak boleh balik bilik, tapi aku selalu merayu pd. makcik tu..minta bukakan...kerana berbagai alasan...bukan aku seorang saja buat...he he he..ada kenangan menyusur kat longkang tu.
 Gambar ni pula,, anak anak aku sempat bergambar dgn.worden baru Miss Chua..dia orang melaka, tapi 15 tahun mengajar di Negeri Dibawa Bayu...skrang jadi warden MGHS, ganti Miss Lim..sangat baik orangnya dan peramah.I love you Miss.

                                    

  Ini anjung rehat MGHS...cantik kan..husben aku santai je tu..

 

Ini lah keluarga aku..khas utk tatapan kak Roy dan kak Rohani dan member yg kenal aku.Sayang awak tau.


 anak aku yg sulung, si kembar dan sicikgu di IPDA tuu..tudung hitam tu lah..



Ini dewan sekolah tempat kami berhimpun setiap hari isnin dan menyanyi lagu Negeri melaka..miss Quek main piano..best..



Duduk atas batu...ini di teluk Cempedak kuantan..baju kuning tu...DJDive aku..best sangat saat ni..
Aida dan Suhaila...cantikkan mereka ni..salinan dua jiwa yg.bercinta..he hehehe




Ini dalam Dewan MGHS,baru lepas SPM...sebab tu meja2 tu masih penuh di dalamnya.Masih macam dulu..dewan ni tak banyak berubah..




Di bawah langit Biru, potret ini diabadikan sebagai kenangan panjang dalam sejarah yg.tak berulang..anak2 ku bawa semula menelusuri pantai TC..berbatuan...ada ceritaku di Pantai berombak deras ini.

 

'Ir' kita kemari lagi mengimbau nostalgia itu..bukan berdua, tapi dah ada pengiring..khas..bestkan..


kakak 1, kakak 2,adik dan mama..hahaha...kakak 1 jangan marah2 ye..

Saturday, January 8, 2011

Mengimbau cuti-cuti malaysia di Bumi Hang Tuah

Hari itu cuti sekolah akhir tahun pun bermula. Kebetulan sekolah lama aku Sekolah Tinggi Perempuan Melaka di Durian Daun mengadakan majlis uriunion sempena 50 tahun...keujudannya. Aku dan Pouline,Noor, Birthelda si nazir sekolah, bersedia menghadirkan diri..kami bertolak menaiki pesawat air asia, seawal jam 7.00pagi pd.26 oktober..seronok tau...macam rasa kembali ke zaman sekolah menengah dulu..jalan dengan grup sabahan..aduh ada rindu di hati kecilku...sampai di sekolah STPM...wah sekolah itu dah dinaikkan taraf sekolah Menengah Kebangsaan(Tinggi Perempuan Melaka)sekolah kluster..sekoalah dalam taman..
Banyak air mata yg.tumpah di petang itu..bayangkan kami dah tinggalkan sekolah itu 20 tahun yg.lalu...ia semakin cantik, secantik persahabatan kami yg.pernah menjadi penghuninya..guru-guru kami, kawan dan sahabat kami..tak tahu apa nak kata...yg jelas segalanya sangat menyeronokkan.Kami tidur di rumah warden asrama..Ada Miss Lim cikgu yg.merangkap peranan menjadi ibu dan kakak kami..yg menjaga tentang hal2 pertumbuhan remaja kami,disiplin dan ilmu kami..." MISS LIM BONG SOO "..kaulah segalanya dlm warna hidup kami sebagai anak rantau.Terimakasih cikgu.
 Ku sertakan sekeping dua gambar2 pd. 26,27 dan 28 oktober 2010 yg sempat diabadikan.

                                                    Gambar di atas ni di asrama laluan ke dewan makan..disinilah aku dan noor pernah posing...sambil tengok makcik sirim bunga dalam pasu...makcik tu seorang cina..yg.baik hati..dah tak ingat namanya.
                                              Ini pula gambar kantin sekolah ...cantik kan..di belakang kantin tu tempat sabahan baling buah mangga muda utk aktiviti hari sabtu dan ahad sambil baca buku..dan belajar tiup seruling anak gembala..he hehe.Poulin lah dan si Birth yg.ajar sebab diaorang tu ahli band sekolah.
                                  atas ni pula..tangga ke dorm C1..banyak gambar2 yg telah diabadikan di tangga ni

                                          Baju kuning ni inilah warden kesayangan Miss Lim...dia tetap anggun dan mesra
dari dulu, kini dan selamanya..dialah ibu dan kakak kami selama Bermukim di Bumi Hang Tuah..Malam tu dia teman kami menaiki bot mengelilingi sungai melaka kg.Morten...hemmm best sangat.

                               siang 27.10.2010..kami jalan kaki menelusuri lorong perkampungan Durian Daun mencari rumah kakak angkatku Kak Rohaidah Masri...jumpa rumah kak Shima kakak angkat Pouline..kak Shima...ada air mata aku tumpah di tangga batu itu...teringat kak Roy dan kak Yati yg.tak dapat ditemui.Cantik kan kak Shima tu...

 Atas ni...ini lah rumah yg.aku cari tu..rumah keluarga angkat aku..sedih nye..kedua ibubapa angkat aku. pakcik Masri bin Sukar dan ibu angkat aku hajjah...dah pergi menemui Illahi..alFatiha untuk mereka...dalam jiwaku ada kasih sayang itu.
                                   Jembatan kg.Morthen yg.cantik..malam lebih cantik.
 Gambar dibawah ni..gambar dorm A1 tempat aku mula-mula ditempatkan masa mula2 menjejakkan kaki di
MGHS..tingkatan satu...kakak angkat aku, kak Mimi Baharum..dah tak dapat hubungi kak Mimi. sedih ..
                           Gambar bawah ni..depan kantin sekolah...kita ramai2 possing tau..semua dah ada anak bujang...tapi si baju merah tu..hemm comelkan..dia kekal begitu, kami tak berganjak diusir waktu..
 Hahaha...setelah puluhan tahun berlalu,  barulah aku dapat pegang tangan Miss Puspa Nyagi Singam..pengetua kita orang...dia sangat garang..almaklumlah sekolah semuanya perempuan..dia kena kawal kita orang dgn cara dia sendiri....kini baru aku tahu..dia sangat sayang kan kita orang pelajarnya MGHS (malacca girls school)
 senyumanku mengambarkan hati ku yg.berbunga dan ceria malam itu.Pertemuan semula dengan semua kawan2 sekolah sessi..1970an dan 1980.
  gambar bawah ni, sahabat baik aku Norly...Norly sempat nak tanya aku,kami ingin berbesen..ha hahaha betulkah Norly?...bukan bercawan.
   gambar bawa ni Misslim,pouline, aku,berthilda, kamsiah..dan kawan kami seorang ni...aku tak ingat namanya..maaf ya..kami seronok nak bergambar.
 Gambar bawah ni...berebut nak berposing dgn mantan pengetua miss puspa..aku tak lepas peluang disisinya..minah Abdullah kat belakang tu hampir tak nampak..
Hemmm...inilah sedikit gambar2 reunion tu...beratus2 gambar yg ada...tapi ini je yg dpt dikongsikan.Buat kak Roy..Norly..Noraihan..Min..kak Shima..Jamalia...dan semuanya, aku sayang korang tau..poulin,noor birth dan sabahan yg.lain...bila kita nak jalan lagi..kita ke utara pula ya..bawa Miss Lim.