Friday, April 29, 2011

26, 27 dan 28..penghujung April 2011 yg.Manis

26, 27, dan 28 April, aku hadiri satu kursus jabatan. Tempatnya di bangunan ini, tengok gambar ni.Cantik kan.
                                        pemandangan di luar jendela..cantik kan flora itu..aku suka.
                                          keadaan bilik di hotel ini. 1 bilik dihuni 3 orang, kesannya tambah tilam lah he he..siapa kata cikgu kalau kursus selalu di hotel-hotel 5 bintang?..
                                         saat menunggu pendaftaran bilik. ada jemu di hatiku.
Saat menunggu, aku perhati peserta kursus, hingga aku berkenalan dengan gadis manis ini.
Aku tegur dia dulu..aku suka perhati senyumannya, dia mengingatkan aku wajah seorang pensyarah IT ku suatu ketika dulu, Jeniffer, pensyarah UMS...ku yang cantik jelita..dia dalam ingatan manisku.
Dan wajah gadis manis ini mirip dengan wajahnya..ku potret wajahnya dan kami pun menjadi mesra..
yahh itulah dia si Monica dari Serawak, tapi bertugas di daerah Tambunan..dan teman setugasnya yang lain.
Monica senyumnya manis, dan jelingan matanya bersinar manja..ketiga gadis ini sangat peramah dan mesra.
Cikgu yang dua lagi, tentulah gadis dusun yang asli, mempersona seperti flora di luar sana, ada damai di hatiku , berkenalan , berjabat salam, mencipta kenangan yg kemudiannya menjadi ilham ku untuk terus mencipta puisi hatiku sendiri-sendiri...ada rindu di hatiku.Doaku semoga Monica dan cikgu ini berjaya dan cemerlang di dalam tugas keguruan seperti yg.negara hasratkan.Pemuda tiang negara, Pemudi harapan bangsa..kalian lah itu..gadis-gadis cantik ku.
Sementara menunggu daftar bilik, 'ir' junior ku datang, datang khas membantu aku menghantarkan 'name tag'
yang dia tempah khas seperti yg ku pinta..nasib baik ada anak datang membantu..name tag aku tinggal, name tag yg.aku sedang pakai tu tak memenuhi syarat..apa lagi mangsanya Irfan juga..Alhamdulillah..dia ni cikgu juga, tapi masih study kat ipKent...hensomekan, pemuda maruah bangsa.
Hehehe..kalau ada baju istemewa, inilah baju ku itu..sutera dari banglore, india..si kembar Irfan yg.belikan
bakal DR. aku tu..Rashid.Terimakasih anak-anak lelaki ku...pemuda pembela Nusa.dan Bangsa.
Ini lagi gadis yg.aku sangat sukakan suaranya, ngam dengan langsing badan dan senyumannya, gadis kelantan kalau aku tak silap, Aida.. Aku suka menyebut namanya, nama itu tak asing bagiku..kerana aku juga ada Aida yang menunggu di rumah...Cikgu muda ini, mengajar di smk Merpati, Sandakan.Tengok tu, aku sendiri tak pernah ke Sandakan, tapi guru-guru comel ni..bersedia mempertaruhkan semangat dengan tekad ingin berbakti kepada Negara tercinta 'MALAYSIA'..tahniah untuk Noraida dan rakan seperjuangan yg.lain.
Hari terakhir  bersama, di tengah hari itu..inilah wajah-wajah itu..senyum perpisahan,.
Monica anak Tambi from Serawak, teman se meja exam aku, cikgu..maaf tak ingat nama sayang, dan cikgu Aida..ada sayang di hatiku untuk kalin.Lagu peter pan ' mungkin nanti'..jadikan tema pertemuan manis ini.
Untuk monica dengar lagu ini.. seikhlas sayang utk sahabat2 muda ku.


Hemm..saat ini, aku tinggal seorang-seorang tunggu 'Ir' , minum-minum, makan-makan..
makanan melambak, tapi aku tetap nak jaga makan, takut tambah gebu.
He he he..minum air buah je dan  sedikit salad mayonis.
Yang lain bergegas pulang kerana mereka terpaksa bertolak secepatnya, ada balik Tawau, Lahad Datu, Semporna, Sandakan, Tambunan, Keningau, Kudat, Pitas, K.Marudu..pulau Banggi, Pulau2..jangan di tawan lanun dah lah..Ada doa di hati ku semoga kita selamat di dunia dan Akhirat cikgu.

aa
                                   Seperti mana kami datang, seperti itu kami tinggalkan tempat ini, bangunan ini
                                        dan tidak lupa ku panggil 'semangat' ku untuk pulang, agar 'dia'  tak sesat kata orang tua-tua.



Sampai jumpa lagi  di N3  yg berikutnya..Insyallah. 
'Mungkin Nanti..peter pan'

29 mei - hari jumaat .Aku penat & tak sihat

Seawal jam 5.00 pagi aku bangun, nak antar lia dan aida ke sekolah.
Ir bertolak awal menghadiri taklimat di Beringis Resort, Papar.
Walau demam aku teruskan juga tugasku seperti dulu2.
Antar anak dan ambik anak dari sekolah..tak apalah..

Nasib baik aku ada lesen, boleh driving sendiri2.
batul-betul aku jadi penolong kanan IR.
Di sekolah pun aku penolong kanan juga..

Tugas Penolong Kanan Tangan kanan 1 ni..macam bertengek atas pagar tau,
nama nya juga penolong kanan, keputusan muktamad tak boleh buat, cuma jadi org tengah,
tengok kanan, jemuuu tengok kiri pula..gitulah, maknanya bosan kan.
Penat je dapat..
jadi penolong kanan kepada GB, aku gaduh dgn GB,
jadi penolong kanan pada 'Ir', aku gaduh. .gaduh dengan IR pulaa..
habis pecah pasu bunga tu aku empass..ha ha ha..
pernah tak you all rasa, hempas barang?..nak rasa cubalah..he he he..
Aku demam sebenarnya tapi ku tahan juga, aku sakit tekak dan letih al maklumlah baru balik dari kursus.
Menghadiri taklimat hari tu, best sangat.banyak ilmu perguruan dan sahabat muda aku jumpa, kami berkenalan dan terasa bertambah pula kenalan mude ku..cikgu-cikgu muda 70% gadis comel dari kelantan.
Ramai tau.Mereka sangat berwawasan dan cekal meski mereka terpaksa mengajar jauh di ceruk rantau negeri sabah..tempat2 tu pun aku tak pernah pergi..tapi mereka dah pergi..Tahniah pada cikgu2 muda ni.Allah bersama kita semua.Amin.

Tengok betapa mudanya wajah-wajah pendidik ini.Cantik lagi tu.



Friday, April 22, 2011

Bunga Cempaka Putih.

Sentiasa dalam ingatanku wanginya bunga ini.Ia membawa aku mengenang keluarga angkat ku di            Bukit Rambai Melaka.keluarga Aminah Abdullah..emak angkat aku ada tanam bunga ini di tengah halaman rumahnya.Pokoknya rendang dan bunganya sangat wangi, aku tak pernah tanya itu pokok bunga apa.

Hari itu 26,27 dan 28 oktober 2010, aku bertandang ke asrama MGHS temapat aku belajar, malam reunion itu ku jumpa Amina Abdullah, ku tanya lagi nama bunga itu, tapi dia pun dah tak ingat.
Wahh ada hampa di hati ku.

Tapi hari ini saat ini, aku jalan2 lagi melawat blog teman2 yg punya minat yg sama dengan ku, minat berkebun bunga.Nahh..apa lagi aku jumpa gambar bunga idamanku ini.
Ini gambar bunga itu, ku copy dari gambar blog yg. saudari Chempaqa, kongsikan.Aku dah follow blog dia, harap2 dia boleh jadi kawan aku dan membantu aku dapatkan bibit bunga cempaka yg,dia ceritakan dalam blognya itu.Tahniah dan terimakasih pd.saudari Chempaqa kerana membantu meleraikan rinduku pd.bunga yang satu ini.
Menurut saudari Chempaqa, inilah bunga cempaka itu.

Cempaka putin.

Bunda WAH, Bunda Work At Home: Tips menanam Mawar / Rose / Rosier

Bunda WAH, Bunda Work At Home: Tips menanam Mawar / Rose / Rosier

Thursday, April 21, 2011

Sedondon??

hari ini aku tak sihat, demam tonsil, minum air suam pun sakit dalam tekak.Dah makan ubat tapi tak menjadi.Hemm 26 april hingga 28 april ini , aku kena hadiri kursus di Berjaya Palace Hotel k.kinabalu.
Syarat berpakaian, kena pakai kasut bertutup warna hitam! macam nak hadir temu duga pulak.
Menurut taklimat yg aku hadiri di PPD K.Marudu pd.29 mac hari tu, pegawai tu kata pakai tudung warna SEDONDON dgn baju kebangsaan( baju kurung ) lah tu atau kebaya.

Bah kejap lagi 26 april muncul, terlalu pantas masa berlalu.banyak perkara yg.aku rancang belum terlaksana.Ada risau di hatiku, terutama dalam pengurusan fail2 sekolah.Aku malas nak buat.
Tak apalah..hemm kisah sedondon  ni..teringat aku setiap kali hari raya menjelang..ramai keluarga bahagia, akan memakai warna baju seisi keluarga 'sedondon'...

Tapi aku sebagai pengurus keluarga, sejak aku dan 'Ir' bersatu membina ikatan itu, dan kebahagiaan kami, di sinari kelahiran kelahiran itu, tak pernah pula aku, simbolkan dengan warna 'sedondon' meski musim hari perayaan..aku tak tahu kenapa..yg jelas, selalunya sedondon hanya si kembar 'ir junior  dan Rashid DR ' mereka aje yg aku pakaikan warna'sedondon'. anak2 gadis aku ikut mana yg mudah, malah aku sendiri, sejak bergelar, ibu aku tak pernah kesah mengenai baju raya.Malah 7 zuriat itu pun aku tak semai langsung semangat baju raya ni.
Entah kenapa, setiap kali hari raya, perayaannya sangat sederhana dalam keluarga aku.Yg sangat aku pastikan, sejak kecil seawal umur darjah 1, semua mereka ku bawa ke masjid utk.sembahyang terawih.TIDAK BOLEH PONTENG..setiap malam di bulan ramadhan itu.  kesannya..mereka sentiasa mengira malam-malam bulan keberkatan itu dan kerana terlalu letih, kami sekeluarga tiada masa nak fikirkan pasal baju raya dan warnanya.
Namun selepas mereka membesar, adalah sekali pd.tahun itu, iaitu hari raya haji tahun 2009.kebetulan yg.amat sangat, tidak dirancang..tetiba emosi kami tersama..so adalah sedikit kelihatan sedondon warna baju kami,
tapi yg.lebih manisnya ia seperti menjadi tema warna keluarga aku dan keluarga abang sepupu aku      'keluarga abang Mat'.Tak percaya?..tengok gambar2 bawah ni..terang dan bersinar, seperti semarak semangat harapan dalam jiwa yg.empunya diri masing-masing.
                                          Keluarga ku dan keluarga abangku.
          Restu dan miming dengan tema tersendiri, pastinya punya personaliti tersendiri begitukan ming. hehehe..
                                           bolehlah dikira tema warna sedondon kut...Ir dan 'langu' nya.'ma fizul'
                                         anak2 saudara yg.tersayang, pemuda harapan bangsa.
                                         warna krim sedondon, ni anak saudara ni.
                                         cap ibu dan anak, sedondon juga ni..
Pemuda2 duduk barisan hadapan ni, sedondon habis ek..
SMILE.."bersatu teguh, bercerai roboh" keluarga ini lah kehidupanku.

Sunday, April 17, 2011

jam 5.00 petang 17 april, yg.menenangkan

Bangun awal cuci baju aku yg.melambak.Ir setiap hari cuci baju pakai mesin basuh, jadi bajunya tak ada yg bersepah,,aku?
aku tak cuci pakai mesin, cuci pakai tangan sebab baju-baju perempuan ni kainnya nipis2, sekali je di pulas mesin tu habis putus memutus benangnya, manik hiasannya..jadi aku kumpullah..bermingu lamanya baru dapat basuh.sekali basu, 3 ampaian tak cukup.
Aku penat, lepas basu baju aku tidur, lama aku tidur sampai jam 2.30.Ir tolong aku urus baju yg.siap aku cuci tu..Terimakasih Ir ku sayang.

Bangun dari tidur ramai pekerja sambung buat kerja pasal bangunan rumah aku tu.
Hasilnya macam dalam gambar ni.
Cepat mereka kerja.

                                          Tapak lantai ini, utk tingkat atas.sudah di pasang pendawaian elektrik.Jutera elektrikal dinakanku en.Sedin..panas terik pun dia kerja seorang-seorang bertungkuslumus siapkan kerjanya..Alhamdulilah sehari suntuk siap juga'
                                           'Ir' duduk santai diatas bumbung.Ir bersihkan udara sekitar kediaman kita ni.
                                          Lihat nun jauh di sana kemuncak gunung kinabalu memerhati 'IR' santai menikmati pemandangan sawah padi dan rumah kejiranan yg.mesra dan aman mntenteramkan jiwa nurani.Alhamdulillah.

 Selepas berkali2 aku mencuba ingin memanjat bangunan belum siap ni, akhirnya aku tersenyum sampai ke telinga, seronok tengok pemandangan atas bumbung ni..hu hu hu..seram terlalu tinggi.
 Lepas aku berjaya memanjat, si cantik Aida pula menyusul.dia pun berjaya memanjat, dengan senyum manisnya. Wah Liani dan Suhaila mana?.

kedua mereka ni, masih teragak-agak nak cuba memanjat dan akhirnya Suhaila main seorang seorang kat bawah tu..tu baju merah tu, cian dia ..tak berani memanjat.Lia terus tak muncul.
En.Sedin jurutera elektrik kampung yg sangat popular, anak bajau jati memiliki sijil sendiri, kemahiran sendiri, syarikat sendiri, kerja sendiri..sangat membanggakan, banyak jasa insan insan seperti ini, upah kerja yg.dia minta pun sangat sederhana.Serius orangnya, tapi bila dia tersenyum..macam dalam gambar ni lah..senyumnya melambangkan hasil kerjanya..kemas dan cemerlang.Allah bersama kita semua.Insyallah.Hinga jumpa lagi.
Lagu ni untuk kita dengar bersama ok..Restu,Acit,Miming, Azie..kak Roy,Norly..and geng MGHS.


Saturday, April 16, 2011

Pergi tak kembali.

Hari ini sabtu 16 april 2011, sabtu yg relex.
Lori antar simen 50 guni...projek buat lantai pula utk.esok ..si jurutera tanpa sijil " En.Sikal " dan gengnya tak turun kerja. tak ada simen..kemarin habis..petang ni baru sampai so, esok ahad mereka akan kerja.
Terlanjur buka album majlis perkahwinan anak saudara aku 'Siti Alus Abdul Hamid dan suaminya Masdi Bin Matun "..aku pun periksa waja setiap yg.hadir di majlis itu..ratusan orang . saudara dan sahabat handai jauh dan dekat..
Baru aku terasa pakcik  Maton ni dah pergi dan tak akan kembali.Yahh malam tadi aku dan 'ir' hadirkan diri di acara 'Bejogo' keluarga ini.'Bejogo' bahasa bajau bermaksud 'berjaga sepanjang malam' .Adat orang Bajau apa bila ada keluarga meninggal keluarga dan saudara mara akan datang berkumpul di rumah si mati selama 7 hari,
Selama 7 malam dari hari pengkebumian, rumah sentiasa terpasang lampu dan suasana tetap ada orang yg.bangun..dan menyediakan persediaan kenduri doa aruah pagi dan petang selama 7 hari.Hari ke 7, kenduri itu di buat secara besaran, kalau mampu. kalau tidak memadai kenduri doa dan saudara mara tetap akan berkumpul..adatlah kalau dah berkumpul beramai2 banyaklah kerja dibuat dan suasana tak rasa sunyi dan kesedihan akan berlalu dgn sendirinya..mungkin itu tujuan adat ni..logik jugakan.Aku dan Ir di temani oleh Da Tiali ( ina emang ) mama man, dan ina Ju ( isteri aruah pak lun), mereka ni jiran aku dan sahabat2 aku.
Kami balik dari majlis itu sekitar jam 11.00 malam tadi..nampaknya Ir penat. Tak apalah..kita memeriahkan majlis aruah pakcik Maton, semoga Allah menempatkan roh Pak Maton dalam aman dan bahagia bersama roh orang2 yang beriman.
Ini wajah yg ingin aku abadikan dalam lingkaran ini..wajah kenangan di majlis kenangan..
" Pergi Tak Kembali "
                                           Pak Maton mengetuai rombongan pengantin anak lelakinya ' Masdi '
                                           wajah di rakam pd.29.11.2009


         Pak Maton bersama isteri tersayang bersama anak lelaki mereka yg bersanding dimajlis sejarah itu.

Wajah seorang ayah yg bertanggungjawab mengurus perkahwinan anak lelakinya.Ketua yg.hebat..sempat menadah tangan memohon restu Allah agar perkahwinan ini berkat dan bahagia sepanjang hayat.Bertuahnya pasangan Masdi dan Siti Alus.
                                          Warna kuning yg konteravisi, manis dan ayu mempelai dalam sut bergaya ini.Siti juga lah yg.untung, aku penat..pernah dia mahu tau?..tak apa dunia akhirat dia tetap kesayangan ku.I love you Lus.
                                          Persandingan di rumah pengantin lelaki, pengantin dalam pakaian pengantin Bajau. Lawakan.
                                         Pak Maton dan isteri tercinta, mereka ni sangat mesra dan ceria..lembut budi bahasa dan pasangan ideal..aku bahagia mengenali keluarga ini.Alhamdulillah.
                                          Ayah turun bukakan pintu kereta untuk pengantin lelaki..anaknya.Hebatkan.
Masa pengekebumiannya...anak lelaki nya si pengantin lelaki inilah yg.menyediakan dan mengali liang lahad untuk ayah bersemadi..'Anak Lelaki ' yang hebat..ada sebak di hatiku saat ini..ketika menulis petikan ini.Tuhan maha mengetahui.Ampunilah dosa-dosa kami hamba mu yg.lemah dan tak berdaya mengatasi takdir Mu ya Allah.                     Pak Maton meninggal dunia pada malam Isnin, 11.April 2011.
Pagi hari ahad sampai jam 5.00 petang mereka sekeluarga sempat lagi bakar-bakar ikan di Pantai..beliau cuma mengadu sakit perut dan hulu hati..macam  tu lah cerita keluarganya.Apa pun dia cuma pergi, dan menunggu di situ..untuk satu tempoh kita akan menyusulinya.Insyallah.Al-Fatiha.

Tetiba dapat call - 15 April di petang yang ceria itu

Rutin biasa ku, bila lepas uruskan dapur, aku akan ke tapak semaian bunga2 ros aku...
di halaman rumah di penjuru sudut tanah buat sementara.
Aku teringat MGHS, dan penghuninya, menerawang ingatanku ke zaman remaja yg.di tinggalkan.
Ada rindu di hatiku.Tetiba dapat call.Dari siapa ?..wah gembira nya di hati, gadis cantik ini...menghubungiku..sekian lama tak dengar suara..saudara mara juga tapi yg.mahalnya tentulah  sahabat baik sesama anak anak gadisku..hemm itu lah 'Azie' ...sahabat mudaku.
Azie pernah bagi aku beberapa kad termasuk kad hari jadi..masa tu dia di tingkatan 4, sangat kreatif gadis ini dan sangat sesuai jadi cikgu.Dia pernah beritahu aku suatu waktu dulu..dia nak jadi inspekter polis..gadis ni lasak aktif dan baik hati..bila resault spm keluar..keputusannya, sangat memuaskan...melebihi syarat cemerlang kelayakan pengambilan PDRM. Tapi  Azie, tak pernah sebut pula pasal nak aply PDRM..dia terus masuk IPGM..jauh disudut hati..memang dia sangat sesuai jadi pendidik..kerana sifat2 dalaman nya yg.melebihi keaktifan fizikalnya..apa pun doa restuku untuk anakanda Azie dan sahabat2 yg.lain, semoga ALLAH memakbulkan doa dan usaha murni yg.dicita2kan dan diusahakan, bahagia dunia akhirat.Amin.

Wajah gembira di saat majlis bahagia 29.november 2009..majlis persandingan anak saudara aku di rumah aku.
Azie dan ibunya ada hadir bersama.
Cantik kan Azie ni...
keesokannya mereka akan menduduki SPM, tapi Azie balik juga menyertai majlis ini..
Terimakasih ya..anakanda dan sahabat muda ku si cantik Azie dan si comel Nora
Azie bertudung putih dan manis sekali.

Friday, April 15, 2011

15 April - Hari Jumaat yang tenang.

 Senja ini aku tetap teringatkan mereka yg.aku sayang.
Gambar ini selain orangnya, dewan dan lencana sekolah ini sangat berharga dalam hidup ku.Aku berbaris dalam dewan ini setiap hari isnin utk perhimpunan dan menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Melaka...best sangat diringi piano oleh miss Queek..maaf kalau saya salah eja nama cikgu ni..cikgu ni cukgu BM aku masa tingkatan 1..berkaca mata dan sangat mesra orgnya...saya harap akan ada member MGHS yg akan kongsikan gambar cikgu ni di face book nanti.Aku rindu.
Loceng yg.tergantung  dekat tangga asrama menuju ke dorm A1 tingkat atas tu..adalah loceng yg di bunyikan ketika waktu makan malam, dan apa apa pengumuman penting.Dulu aku dan member sabahans selalu lepak bawa loceng tu, kadang menyaksikan miss lim ajar tek wandow, pada ahli yg.join persaatuan tu, biasanya kak chia dan pouline..yg.aktif..Aku rindu pada kenangan silam yg..ditinggalkan.

Sunday, April 10, 2011

Merpati Putih

Merpati Putih 
................................................
Merpati itu terbang lagi
lalu singgah dibumbung  rumahku
Dalam sendu ia rehat di situ
Merenung padaku yang terpaku membisu.

Ada tanya di hati ku
'ada apa denganmu'
kerdipan matamu
seakan berbicara
hidupmu diburu waktu
kudrat sayapmu semakin lesu
dan tak mampu terbang bebas lebih jauh.

sabarlah merpati putihku
ada aku menemani resah dukamu.
aku sayang kamu.
..............................................................................
Usai masak tengah hari sekitar jam 1.30 petang, anak-anak murid aku yg.banyak membantuku
dalam menyelesaikan kajian kerja kursus psikologi ku di suatu waktu itu, tiba-tiba datang bertandang mengeratkan siratulrahim antara kami..wah..senang nya hatiku tak terkata.
Alhamdulillah, kami bertukar cerita, aku bangga mereka semakin dewasa..
Biasalah anak murid dgn. guru, hemm...ada yg aku usik2..agar cepat dapat jodoh.Ha ha ha..aku tengok mereka ni still bersemangat utk.ingin mencari kehidupan yg.mantap utk diri sendiri..bagus juga begitu, semangat begini jarang ada pd.gadis2 zaman sekarang..aku kasihan dan sangat sayang kan gadis2 depan mata aku ni..

Gambar ini mungkin mampu utk menceritakan sedikit betapa akrab nya hubungan kami.
Ku kongsikan disini..dengan suatu doa semoga Allah makbulkan segala doa dan cita-cita serta usaha kamu sekian lamanya.
Fitri yg.cantik, Asnina yang manja, Jenitah yg.pemalu, dan Maslinda yg.bersemangat waja.
                                        
1.lepas aku masak, gadis2 manja ni muncul..so aku tak sempat cuci muka pun..apa lagi aku bermekap minyak masak, berminyak wangi sotong dan udang, Sebab tu aku lebih lawa dan wangi dari mereka kan.. he hehe..ia ke lawa?.                1.
                                          2.seronoknye ramai anak gadis..
                                           3.Betulkan aku kata, Fitri tu  cantik, yg tudung pink, tudung hitam tu pemalu, tudung biru tu, sangat manja dan tudung  oren tu..matang dan bersemangat waja..semoga berbahagia selalu.Amin.
                                         4.Fitri dan Jenitah, awak cantik lah.
                                            5..rumah ku tetap bersepah, nak buat macam mana, sibuk.