Sunday, April 17, 2011

jam 5.00 petang 17 april, yg.menenangkan

Bangun awal cuci baju aku yg.melambak.Ir setiap hari cuci baju pakai mesin basuh, jadi bajunya tak ada yg bersepah,,aku?
aku tak cuci pakai mesin, cuci pakai tangan sebab baju-baju perempuan ni kainnya nipis2, sekali je di pulas mesin tu habis putus memutus benangnya, manik hiasannya..jadi aku kumpullah..bermingu lamanya baru dapat basuh.sekali basu, 3 ampaian tak cukup.
Aku penat, lepas basu baju aku tidur, lama aku tidur sampai jam 2.30.Ir tolong aku urus baju yg.siap aku cuci tu..Terimakasih Ir ku sayang.

Bangun dari tidur ramai pekerja sambung buat kerja pasal bangunan rumah aku tu.
Hasilnya macam dalam gambar ni.
Cepat mereka kerja.

                                          Tapak lantai ini, utk tingkat atas.sudah di pasang pendawaian elektrik.Jutera elektrikal dinakanku en.Sedin..panas terik pun dia kerja seorang-seorang bertungkuslumus siapkan kerjanya..Alhamdulilah sehari suntuk siap juga'
                                           'Ir' duduk santai diatas bumbung.Ir bersihkan udara sekitar kediaman kita ni.
                                          Lihat nun jauh di sana kemuncak gunung kinabalu memerhati 'IR' santai menikmati pemandangan sawah padi dan rumah kejiranan yg.mesra dan aman mntenteramkan jiwa nurani.Alhamdulillah.

 Selepas berkali2 aku mencuba ingin memanjat bangunan belum siap ni, akhirnya aku tersenyum sampai ke telinga, seronok tengok pemandangan atas bumbung ni..hu hu hu..seram terlalu tinggi.
 Lepas aku berjaya memanjat, si cantik Aida pula menyusul.dia pun berjaya memanjat, dengan senyum manisnya. Wah Liani dan Suhaila mana?.

kedua mereka ni, masih teragak-agak nak cuba memanjat dan akhirnya Suhaila main seorang seorang kat bawah tu..tu baju merah tu, cian dia ..tak berani memanjat.Lia terus tak muncul.
En.Sedin jurutera elektrik kampung yg sangat popular, anak bajau jati memiliki sijil sendiri, kemahiran sendiri, syarikat sendiri, kerja sendiri..sangat membanggakan, banyak jasa insan insan seperti ini, upah kerja yg.dia minta pun sangat sederhana.Serius orangnya, tapi bila dia tersenyum..macam dalam gambar ni lah..senyumnya melambangkan hasil kerjanya..kemas dan cemerlang.Allah bersama kita semua.Insyallah.Hinga jumpa lagi.
Lagu ni untuk kita dengar bersama ok..Restu,Acit,Miming, Azie..kak Roy,Norly..and geng MGHS.