Friday, April 29, 2011

29 mei - hari jumaat .Aku penat & tak sihat

Seawal jam 5.00 pagi aku bangun, nak antar lia dan aida ke sekolah.
Ir bertolak awal menghadiri taklimat di Beringis Resort, Papar.
Walau demam aku teruskan juga tugasku seperti dulu2.
Antar anak dan ambik anak dari sekolah..tak apalah..

Nasib baik aku ada lesen, boleh driving sendiri2.
batul-betul aku jadi penolong kanan IR.
Di sekolah pun aku penolong kanan juga..

Tugas Penolong Kanan Tangan kanan 1 ni..macam bertengek atas pagar tau,
nama nya juga penolong kanan, keputusan muktamad tak boleh buat, cuma jadi org tengah,
tengok kanan, jemuuu tengok kiri pula..gitulah, maknanya bosan kan.
Penat je dapat..
jadi penolong kanan kepada GB, aku gaduh dgn GB,
jadi penolong kanan pada 'Ir', aku gaduh. .gaduh dengan IR pulaa..
habis pecah pasu bunga tu aku empass..ha ha ha..
pernah tak you all rasa, hempas barang?..nak rasa cubalah..he he he..
Aku demam sebenarnya tapi ku tahan juga, aku sakit tekak dan letih al maklumlah baru balik dari kursus.
Menghadiri taklimat hari tu, best sangat.banyak ilmu perguruan dan sahabat muda aku jumpa, kami berkenalan dan terasa bertambah pula kenalan mude ku..cikgu-cikgu muda 70% gadis comel dari kelantan.
Ramai tau.Mereka sangat berwawasan dan cekal meski mereka terpaksa mengajar jauh di ceruk rantau negeri sabah..tempat2 tu pun aku tak pernah pergi..tapi mereka dah pergi..Tahniah pada cikgu2 muda ni.Allah bersama kita semua.Amin.

Tengok betapa mudanya wajah-wajah pendidik ini.Cantik lagi tu.



No comments: