Friday, July 8, 2011

Jumaat Yang Tenang 8 julai 2011

sangka baik

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.

Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.


Hemm seawal pagi tadi aku ke sekolah, rumah depan sekolah, tempata ku bertugas, di miliki oleh seorang hamba Allah yg.baik.Guru silat, juga seorang pengamal perubatan tradisional yg.handal.Ada kaitan saudara juga dengan aku, En.Rusdi.  Subuh tadi dia kembali ke rahmatAllah.  awal pagi jalan raya dah jem..ekoran terlalu ramai saudara mara dan bekas klien( pesakit ) pak guru itu.Yah ketentuan Allah, kelmarin dia masih lagi sihat dan duduk2 minum kopi, menurut cerita seorang cikgu rakan setugas ku.
Semoga Roh nya di rahmati Allah.Dia meninggal subuh jumaat dan di kebumikan sekitar jam 11 pagi tadi.

No comments: