dalam ilmu psikology, aku pernah belajar mengenai psikology warna.Pensyarah psikology aku yg.mengajar subjek ni meminta Aku dan pelajar yang lain menjawab 'questionaire' untuk melihat personaliti diri sendiri.
Hasil ujian ini, aku tergolong dalam warna emas ( kekuningan ) tak ingat nama psikologynya.
Bayaklah yg.menarik mengenai pengertian warna tu dan memang ku rasa benarlah dengan personaliti diriku.
Balik rumah aku tak sabar nak minta 'ir' menjawab 'questionaire' tu, dan keputusannya dia tergolong dalam warna 'Hijau'.
Hemm warna hijau..pada seorang lelaki..wah..terlalu sukar nak tunjukkan rasa 'cinta' mendalamnya, sukar melafazkan kata-kata sayang, walau pun sebenarnya sayang dan cintanya sepenuh hati.Cuma golongan hijau tak pandai meluahkan perasaan, mereka ingin di lihat dan di puja, pada masa yg.sama tak reti nak membalas, sangat cool, tenang dan bersahaja.Sedikit pendiam, tapi kalau kena gaya, mereka sangat ramah.Jarang bercakap dan mudah mesra.
Bagus watak ni pada seorang lelaki kerana, tak membangkitkan emosi cemburu pd.pasangan.Sebab watak warna hijau ni.. tak pandai nak memulakan perkenalan..kerana mereka pandai sembunyi di sebalik hijau daun pisang.Hehehe..'aku sayang dan cinta kamu' itulah kata azimat yg.ikhlas..hingga kini tak di ulang.Kalau nak dengar balik, kena merayu dulu.Best kan.
Ini pula pengertian bunga rose dan warnanya. Sumber dari pameran bunga 2011, yg akan berlangsung di putera jaya, kl.pd.1 - 17 julai nanti.Kalau aku banyak duit, aku nak sangat pergi.Hemm apakan daya, rumah ku masih dalam projek.
Bunga Tema Festival
Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011
Festival Bunga & Taman Putrajaya 2011
Ros
Bunga Ros (Mawar) mempunyai lebih 100 spesies dan kebanyakannya tumbuh di Asia dan hanya sebilangan kecil tumbuh di Eropah, Amerika Utara dan Afrika Utara. Bunga ini melambangkan keindahan dan menjadi pilihan ketika meraikan majlis istimewa.
Fakta menarik tentang ros:
- | Perkataan rose berasal daripada perkataan Latin `rosa' |
- | Saiz bunga ros di Malaysia tidak sama dengan di Eropah kerana perbezaan cuaca |
- | Buah bunga ros dipanggil rose hip, yang berbentuk bulat, berwarna merah dan boleh dimakan |
- | Bunga ini menjadi lambang kepada cinta dan kecantikan |
Simbol warna bunga ros:
- Merah : cinta, keberanian, penghargaan, romantik dan kehangatan
- Kuning : kegembiraan, kebahagiaan, kebebasan dan persahabatan
- Putih : penghormatan dan kesucian hati
- Merah jambu : kesyukuran dan bergaya
- Merah jambu pekat : terima kasih
- Merah jambu cair : sedih, simpati dan persahabatan
- Jingga : teruja dan bangga
- Biru : misteri, khayalan dan mengharapkan peluang baru
- Gabungan merah dan putih : penyatuan
- Gabungan merah dan kuning : setia, gembira
Kategori bunga ros:
1. | Ros Liar (Wild Roses) menawarkan lebih 100 spesies, antaranya: |
- | Rosa Canina |
- | Rosa Rugosa |
- | Rosa Sericea |
- | Rosa Pimpinellifolia |
2. | Ros Taman Tradisi (Old Garden Rose). Ia wujud sebelum tahun 1867, iaitu sebelum kehadiran bunga ros Hybrid Tea yang pertama, Rosa La France, berasal dari Eropah dan Mediterranean. Bentuk bunganya unik dan harum. Antara kumpulan old garden roses yang popular adalah: |
- | Alba |
- | Centifolia |
- | Moss |
- | China |
- | Portland |
- | Damask |
3. | Ros Menjalar (Climbing Roses) Ia hidup menjalar pada pagar, rumah dan pergola. Antara kumpulan ros yang menjalar ialah: |
- | Climbing Old Brush |
- | Rosa Laevigata |
4. | Ros Taman Moden (Modern Garden Roses). Ia baka keturunan dari Old Garden Roses, yang merangkumi 2 kelompok iaitu: |
- | Floribunda |
- | Hybrid Tea |
Festival Bunga &
Taman Putrajaya 2011
Tarikh: 9 - 17 Julai 2011
Tempat: Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya
Tema: Ros Untuk Selamanya
Waktu Buka:
9 pagi-10 malam (Isnin-Khamis)
9 pagi-12 tengah malam (Jumaat-Ahad). Masuk percuma.
Best nye kalau dapat datang kann.Kalau nak tahu lanjut mengenai pameran ni, lawatlah web di bawa ni.
http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floriabm.html
Hem kalaulah member2 kat KL tu dapat pergi dan belikan aku bunga 'penghalau nyamuk'-lavender dan rosmary..bestkan.Apakan daya.
Ini aje lah bunga-bunga ros aku teman bersuka mencari ilham.Milik sendiri.
No comments:
Post a Comment