Cerita pasal undangan majlis perkahwinan ni, aduh..bikin demam, asyik makan aje..satu hari sampai 4 undangan serentak Tak pergi ada rasa segan di hati..apa tidaknya, yg mengundang tu..saudara mara juga merangkap jiran tetangga.Apa lagi cuti ni berat aku bertambah, kulit makin gelap sebabnya aku banyak peluang berjemur merawat semaian ros dan bunga bunga aku di tapak semaian sekangkang kera, asal ada.Alhamdulillah.
Oh masa menghadiri majlis perkahwinan hari sabtu pada 4 jun, kemarin..ada 4 undangan, dua dari majlis yg aku hadir tu..sempat ambik gambar pelamin pengantin.Wah, sangat ceria suasana pelamin itu..
ku kongsikan gambarnya.
Pelamin moden, anak pak Jamru di kg.taun gusi, kb.
sempat lah aku dan best friend aku pk petang pn.Bailan merakam potret kenangan ini.tak sangka jumpa dia kat majlis ni.yang mahal kenangan baju dia tu, dari padang besar..bersama bunga ros aku, ada kenangan di situ.
Gambar ini pula, pelamin tradisional bajau KB.cantik ke antik? terpulang.Tapi ada cinta di hatiku utk.warisan bangsaku. Pelamin pasangan anak en.Jimin. empu aruah
pak Mutaib( sepupu ibuku)
dalam aku bertanam bunga, aku ada tanam pokok kantan..aku tak sabar nak tunggu hasilnya, walau pun satu..nak buat laksa..tak beranak dan berdaun lagi pokok ni. baru 4 minggu umurnya..ada serai dan ulam raja juga..oh satu lagi, aku ada semai pokok ulam 'sambung nyawa'.Pernah dengar tak..'ir' bagi aku pokok tu..dia dapat dari kawan.TQ my love.Nampaknya ir sokong aku buat aktiviti tanam2 ni..pagi-pagi..ada wangi mawar dan banyak rama-rama anika warna..best sangat..
tengok pokok' kantan' ni..daunnya baru dua helai.agak2 hidup tak..doa je.
No comments:
Post a Comment