Tuesday, June 14, 2011
Sudirman - Warisan (Live)
Menghadiri seminar Integeriti Dalam Pendidikan siang tadi, membuatkan hati ku bercampur aduk.
Lahir berbagai rasa.Aku bangga dengan warisan ku,aku mengenang semula guru2 sekolah rendahku..semua mereka yg.telah menyumbang melahirkan suasana aman dan kemakmuran di negara ini.
Alhamdulillah syukur kepada Allah.Terimakasih kepada pemimpin2 terdahulu, sekarang dan hari esok.
Siapa pemimpin itu??..
Setiap individu.
Pemimpin pada diri sendiri, keluarga, anak murid, kaki tangan, komuniti masyarakat dan sebagainya.
Integeriti (semua perilaku yang baik) yang wajib dan perlu menjadi amala dalam menjalani kehidupan setiap saat selagi bernyawa..Ibu bapa dah ajar, guru2 dah ajar.Pensyarah dah ajar, pakcik dan makcik dah ajar. Tak cukup, Allah yang menciptakan alam ini dan segala isinya, menurunkan buku 'al kitab, kitab terakhir Al Quran' kepada rasul terakhir nabi Muhammad s.a.w, tujuannya untuk rujukan dan panduan, untuk mmenjadi contoh dan di ikuti..'pemimpin' yg.benar.
Kalau dah di ajar dan pernah belajar, kenapa perbuatan RASUAH, masih berleluasa di lakukan oleh individu yg.bergelar 'pemimpin' ??..bahan media negara menyiarkan perlakuan pemimpin yg.mengambil dan membelanjakan wang kerajaan mengikut bajet pembohongan yg.mereka suka..kuasa siapa nak menghalangnye??..'GURU"??..ada tanya di hatiku yg.tidak akan ada jawapannya.Stop!!.
Kami nyanyikan lagu 'Warisan' ini saat di dewan tadi..golongan pendidik nyanyikan lagu ini .Wah..ia mennimbulkan getaran halus di sanubariku.Ada semangat membara di hatiku utk.membaiki mana-mana kesilapan dan kelupaan diri yg.terabai barangkali, akibat kesibukan hidup.Terimakasih ALLAH. Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment