Kerana memori itu
aku jatuh hati pada mu
kerana wanginya haruman mu
sentiasa aku ingati zaman itu
sedikit pun tak pernah
terpinggir kamu dari memori silamku..
Benar ada gantinya
mawar itu..
namun tampilnya mawar
memaksa aku membuat pilihan
lantaran pelbagai warna dan aroma
mudah di dapati dan di bajai
subur ia menghuni ruang cintaku
kamu?
aku tak pernah menghapus wanginya kuntum mu
putih kekuningan
melantunkan emosi rindu
tebal dan liatnya kelopak mu
meski halus tak selebar kelopak mawar
menjadi kan mu anggun
berbeza dari mawar milikku
kamu kekal di hatiku
terlanjur aku mencintai mu.
.......................................................................
Terlintas dibenakku untuk menuliskan puisi di atas, selepas aku hilang yakin utk memiliki cempaka itu.Apa tidaknya, dia yg.aku tunggu dah balik, tapi dia tak dapat bawakan bunga itu kerana tidak ketemu dan kalau pun ada memang terlalu sukar utk.membawanya pulang kerana terpaksa menaiki pesawat..dan kalau bunga itu di cantas peluangnya utk hidup, adalah tipis.huhuhu nak nangis..'terlanjur aku mencintai cempaka itu'.
Tak apa tunggu cempaka dari Banglore lah pula..kut-kut ada.
Tambah rasa hampa bila member blog, tanya aku macam mana nak hantar bunga tu..kalau dia bantu..
for sure, bunga tu terpaksa di cantas, jadikan saiznya sedikit kecil..tanah bahagian akarnya di kurangkan dan balut dgn.kertas alumenium, kertas bakar kek tu..sebelum tu lembabkan tanah tu..bungkus surat kabar,lembabkan surat kabar tu..masuk plastik ikat...masuk kotak.Pos..pos lajulah.
peluang hidup 50/50..selagi ada akar dan daunnya hidup, insyallah hidup..aku pernah buat sewaktu bawa bibit limau purut, bunga ros dan banyak lagi pokok2 yg.pernah aku seludup bawa naik kapal terbang tu..hehehe tapi ada masa terpaksa bertekak juga dgn pegawai bahagian bagasi tu..duit aku, pokok aku..aku tak kisah dia bising..nak marah, marah lah..aku tak luka pun ...
'terlanjur jatuh cinta kat pokok-pokok dari Malaya'.Hahaha..tawa hampa tu.
susah ke nak memiliki mu??
No comments:
Post a Comment