Sunday, May 15, 2011

15 mei,2011 ahad..akhirnya ia berjaya.

Assalammualaikum.
Dengan salam kasih sayang.Ahad ini 15 Mei 2011..berbungalah hati ku,sewangi ros-ros aku yg.tersenyum melihat hatiku yg.mekar  dengan rasa syukur alhamdulillah...akhirnya dia yang menjadi puisiku berjaya berlari dan sampai ke garisan penamat yg.sangat meletihkan.Hari ini dia balik.Aku akan menunggunya dengan sapaan mesra.Aku sangat menyayanginya.Dialah nyanyian dan puisi hatiku.Selamat pulang sayang Tahniah..seperti mana kau pergi di hari itu, begitu juga kau pulang..dengan jayanya.

Oh..bunga bunga rosku berbunga walau pun pertumbuhannya masih begitu awal, tapi peliknya dia seakan memaksa dirinya untuk memutikkan kuntuman bunga..Ada rasa pelik di hatiku..pokok ros ku ini, baru ku semai..tapi tiba-tiba..bertunas dan terus berbunga ..kasihan pokok ini..pokoknya macam tak berdaya menjunjung bunganya yg.wangi itu, aku harap ia tak terpaksa berbunga..hanya kerana menunaikan harapanku yg.terlalu mengharap ia hidup subur dan berbunga.Ku kongsikan gambar ros kecil ku itu di entry aku kali ini.
                                         pokok ros aku ni  tingginya hanya baru  5" dari tanah..terpaksa pula berbunga.
                                         macam tak panjang aje umurnya.kalau itu terjadi..alangkah sedihnya, sampai senja aku usahakan menyemai bunga-bunga ini.Tiap-tiap hari tak kira hujan atau panas, aku akan habiskan masa rehatku utk.menanam bunga2 ini.Setakat ini baru begini hasilnya.

                                         bunga warna peach ini, aku ambik benihnya masa melalui haigh way ke kota.marudu masa menghadiri taklimat di ppd di sana.Aku minta kat gerai jual jagung bakar di pertengahan jalan tu. dah berbunga..cantik.

                                        stakat hari ini, bangunan rumah aku yg.dalam proses penyiapan tu, dah 45% pembikinannya..macam dalam gambar nilah..selalu tertangguh lantaran hujan lebat sebelah petang.Tingkat bawah tengah pasang prim pintu bilik2 bawah.

                                         ketua tukang en.sikal, senyum sambil buat kerja dengan tekunnya, harap-harap rumah ini penuh dengan senyuman dan kegembiraan..kerana semua yg.terlibat buat rumah ni, nampak relex dan senang hati.Kepada yg.tersayang di banglore sana, banyakkan berdoa semoga segala usaha akan berhasil dengan jayanya, dan jangan sekali ada rasa putus asa di dalam hati...tengok pekerja bangunan ini..kerja mereka lagi susah, berat dan panas..kerja mereka ni guna tenaga tulang 4 kerat tu aja dua tangan dan dua kaki, angkat bata, angkat beruti..dan macam2 lagi sampailah jadi bangunan sebesar dan setinggi ini.
Semoga kehidupan kita bertambah2 keberkatan di dunia dan akhirat.Allah bersama kita semua.
Sampai di sini hingga jumpa lagi.

5 comments:

Syima Adilla said...

assalamualaikum..

rose... cantik!!..

cuma tertarik dgn sesuatu..

durian daun, Melaka?? bekas student di sini ke??.. syima blaja dkt cnie skrang.=)

Puteri Purnama said...

Oh syima. walaikumusalam.
yahh Durian Daun dalam kenangan.
nak tahulanjut, ada masa tengoklah entry sebelumnya 'mengimbau cuti2 di negeri hang tuah'ada sedikit gambar durian daun di situ.Thanks syima.

Syima Adilla said...

owhh..ada masa sy bca ya auntie..auntie mmg asal mlake ke??..

hmm..lagi 1 yg blog colours of pk4..hehe..blog klas sy..


rse mcm seronok plak jumpa n kenal auntie..xtaw kenapa..hehe

Puteri Purnama said...

ha haha bakal calon menantu kot?...he hehe.

Syima Adilla said...

haha..eeeehh..bukan..bukan..jauh sangat nk gapainya tu..xterlintas sikit pun..hehe..