Monday, May 23, 2011

Pancuran yang tertinggal

Dalam kehidupan meski dirancang, pasti ada cabaran dan dugaan.Itu pasti benar dan tersangat 'benar'.
Nak dijadikan cerita, sekadar catatan kenangan.
14 mei petang, Ir ke kilang hardware tempah atap zink dan segala keperluan utk.atap dan pancuran air hujan.
18 mei, kilang tempat tempah tu,call aku kata semua tempahan tu dah siap, kos rm 8,889.50.Bayar.
Angkat sendiri.
21 mei, aku minta lori Rosmadi angkat barang2 tu di KK, upah lori rm 250.Bayar.
jam 1.00 petang ,atap tu sampai.Selepas atap tu di turunkan.ada dua barang tertinggal.
Pancuran atap berukuran 16 kaki, 3 batang, 8 kaki 2 batang, dan engal pancuran 3 batang.

Cina kilang tu call aku, lepas tu call ir, kata ada barang tinggal.
aaApa??..tinggal?..salah siapa..
driver aku tugas dia cuma tadah lori..perkerja kilang tu yg.muatkan barang2 tu..ikut bil..
manalah driver tu kenal. Apa yg ada, apa lagi yg.belum ada.Nak buat cammana?..
Oh..sakit hati + geram, sabar banyak2..
so hari ini 23..aku call lori Rosmadi, minta dia ambik barang yg.tertinggal tu..aku bagi dia rm200.00.Bayar. Hanya kerana kecuaian pekerja kilang tu..aku tanggung risikonya..kerana itu projek aku, rumah aku.

Hahh ini lah cabaran dan dugaan.Betulkan..
so...bila barang-barang tu datang..tukang aku En.Sikal terus pasang.
 Sekejap aje mereka naikkan atap dan bertungkus lumus menaikkan atap rumah tu..dah jadi macam dalam gambar ni.
Cepatkan mereka kerja..Syukur alhamdulillah..inilah berkat sabar dan bertenang saat menghadapi cabaran.
Aku gembira melihat bangunan ini 50% dah siap.

Ok utk yg.jauh diBanglore,tengoklah kampung halamanmu..semoga kau sentiasa rasa dekat denganku dan keluarga.Kami sayang kamu..belajar dengan tenang dan fokus ok.Jumpa lagi.
                                                    Segakkan 'ir' aku dgn.unifom krs nya
                                          hemm..hitam itu menawan.
                                          'kelahiran' adi putera...lawa lagu tu..sesuai utk pemandangan desa ini.
                                           atap merah rabung lima, ada duit semua segera..he hehe dengan izin Allah..jua ada nye.
                                           citra biru,wira hijau, perdana putih..BMW hitam..tunggu orang banglore..pula lah..apa warna pilihannya..bila waktu itu hadir..dan di izinkan'NYA'...insyallah.
 

7 comments:

Wan Mohd Rashid said...

WAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!1 Upload semua gambar2 keta tu nak tgk! HAHAHA :P

Wan Mohd Rashid said...

Keta hujau tu wira mama ka?

Wan Mohd Rashid said...

Perdana mana?

Puteri Purnama said...

hijau tu mama punyalah,warna asal bergedy(merah hati gelap)tapi motor langgar mama, habis calar balar, so cat semula, ipan urus, keluar lagi metalik hijau begitu..ok..jugalah..1.8cc tu Acit,kualiti export..utk luar negara..nanti kau balik boleh lumba sudah.Kau bawa tu BMW, Irfan perdana, aku lesen lama..cabar koorang dgn wira 1.8 aku tu..apa susah kan , kau doktor juga.He he he.Perdana irfan bawa di kent.

Wan Mohd Rashid said...

Hahha tau tau wira tu. citra masih ada lagi ka?

Chempaqa said...

salam Puteri
pertaining pokok bunga cempaka tuh...macam mana yer..sbb kalau saya poskan batangnya kompem x idup..ader cadangan tak?kesian plak...

Puteri Purnama said...

walaikumusalam Chemp.Terimakasih kerana masih mengingatiku.Tahniah sempat melawat borobodor tu..wah best nye awak...dapat melawat,balik rumah bunga2 dah tungu dgn hidangan wanginya menenangkan minda, dan tentunya belaian huby dan anak2 yg rindu ditinggalkan meski sementara.bagi no. nanti aku call utk bincang mengenai cara menghantarnya.Boleh?..itu pun kalau benar chemp ada masa dan kcian kat aku.he hehe