Saturday, April 16, 2011

Pergi tak kembali.

Hari ini sabtu 16 april 2011, sabtu yg relex.
Lori antar simen 50 guni...projek buat lantai pula utk.esok ..si jurutera tanpa sijil " En.Sikal " dan gengnya tak turun kerja. tak ada simen..kemarin habis..petang ni baru sampai so, esok ahad mereka akan kerja.
Terlanjur buka album majlis perkahwinan anak saudara aku 'Siti Alus Abdul Hamid dan suaminya Masdi Bin Matun "..aku pun periksa waja setiap yg.hadir di majlis itu..ratusan orang . saudara dan sahabat handai jauh dan dekat..
Baru aku terasa pakcik  Maton ni dah pergi dan tak akan kembali.Yahh malam tadi aku dan 'ir' hadirkan diri di acara 'Bejogo' keluarga ini.'Bejogo' bahasa bajau bermaksud 'berjaga sepanjang malam' .Adat orang Bajau apa bila ada keluarga meninggal keluarga dan saudara mara akan datang berkumpul di rumah si mati selama 7 hari,
Selama 7 malam dari hari pengkebumian, rumah sentiasa terpasang lampu dan suasana tetap ada orang yg.bangun..dan menyediakan persediaan kenduri doa aruah pagi dan petang selama 7 hari.Hari ke 7, kenduri itu di buat secara besaran, kalau mampu. kalau tidak memadai kenduri doa dan saudara mara tetap akan berkumpul..adatlah kalau dah berkumpul beramai2 banyaklah kerja dibuat dan suasana tak rasa sunyi dan kesedihan akan berlalu dgn sendirinya..mungkin itu tujuan adat ni..logik jugakan.Aku dan Ir di temani oleh Da Tiali ( ina emang ) mama man, dan ina Ju ( isteri aruah pak lun), mereka ni jiran aku dan sahabat2 aku.
Kami balik dari majlis itu sekitar jam 11.00 malam tadi..nampaknya Ir penat. Tak apalah..kita memeriahkan majlis aruah pakcik Maton, semoga Allah menempatkan roh Pak Maton dalam aman dan bahagia bersama roh orang2 yang beriman.
Ini wajah yg ingin aku abadikan dalam lingkaran ini..wajah kenangan di majlis kenangan..
" Pergi Tak Kembali "
                                           Pak Maton mengetuai rombongan pengantin anak lelakinya ' Masdi '
                                           wajah di rakam pd.29.11.2009


         Pak Maton bersama isteri tersayang bersama anak lelaki mereka yg bersanding dimajlis sejarah itu.

Wajah seorang ayah yg bertanggungjawab mengurus perkahwinan anak lelakinya.Ketua yg.hebat..sempat menadah tangan memohon restu Allah agar perkahwinan ini berkat dan bahagia sepanjang hayat.Bertuahnya pasangan Masdi dan Siti Alus.
                                          Warna kuning yg konteravisi, manis dan ayu mempelai dalam sut bergaya ini.Siti juga lah yg.untung, aku penat..pernah dia mahu tau?..tak apa dunia akhirat dia tetap kesayangan ku.I love you Lus.
                                          Persandingan di rumah pengantin lelaki, pengantin dalam pakaian pengantin Bajau. Lawakan.
                                         Pak Maton dan isteri tercinta, mereka ni sangat mesra dan ceria..lembut budi bahasa dan pasangan ideal..aku bahagia mengenali keluarga ini.Alhamdulillah.
                                          Ayah turun bukakan pintu kereta untuk pengantin lelaki..anaknya.Hebatkan.
Masa pengekebumiannya...anak lelaki nya si pengantin lelaki inilah yg.menyediakan dan mengali liang lahad untuk ayah bersemadi..'Anak Lelaki ' yang hebat..ada sebak di hatiku saat ini..ketika menulis petikan ini.Tuhan maha mengetahui.Ampunilah dosa-dosa kami hamba mu yg.lemah dan tak berdaya mengatasi takdir Mu ya Allah.                     Pak Maton meninggal dunia pada malam Isnin, 11.April 2011.
Pagi hari ahad sampai jam 5.00 petang mereka sekeluarga sempat lagi bakar-bakar ikan di Pantai..beliau cuma mengadu sakit perut dan hulu hati..macam  tu lah cerita keluarganya.Apa pun dia cuma pergi, dan menunggu di situ..untuk satu tempoh kita akan menyusulinya.Insyallah.Al-Fatiha.

2 comments:

Anak sioko said...

trima kasih atas post yang menyentuh rasa hati ini..lebih lebih ianya berkisar tentang pemergian ayahandaku yg tercinta...semoga sedikit coretan ini menjadi amal penulis yg dinilai sebagai pahala utk dituai di akhirat nanti dan semoga roh arwah bersemadi dengan aman sejahtera besama hambaNYA yg solehin...pasti sungguh aku terharu dan gembira dgn catatan ini...terima kasih sekali lagi..

Puteri Purnama said...

Alhamdulillah semoga doa kita di terima Allah, dan kita semua tergolong dalam hamba2 Nya yg di rahmati.Selamat Hari Raya, maaf segala salah tutur bahasa dan sikap yg keterlaluan selama ini.Berbanya ampun maaf di pinta.Assalammualaikum.