Berminggu aku tinggalkan semaian bunga mata hari, bunga telang, betik sekaki dan bibit sayur daun yg ku perolehi dari
Bunga mata hari ku yg subur dan menunggu saat aku tanamkan ditempat yg sesuai. |
yg.bawah ini pula pokok bunga telang berwarna biru, tak sabar tunggu ia berbunga.
Ini semaian betik sekaki.
Ini sawi spisis tak ingat, sebab hari tu banyak benih sayur yg.ku pesan dari en.Iskandar, tapi baru dua jenis ku semai dalam satu tapak semaian.Pokok yg.masih kecil itu jenis yg.lain
Ini pulak pokok bunga cempaka yg ku beli di nusery sg.buluh tempoh hari, dah keluarkan tongkol, harap2 itu tongkol bunga yg.ku idam sekian lama.
Ini pokok mangga yg.bibitnya ku beli di tamu Kota Belud dgn harga rm15.Menurut tuannya, pokok ini akan berbuah selepas 24 bulan..Menghitung harilah aku, menunggu saat itu.
Ini pokok rambutan 'budak sekolah' mengikut maklumat akan berbuah selepas 24 bulan. Besar benar harapan ku utk menunggu hasilnya.
Ini bunga kegemaranku, masih bertahan menunggu miming pulang.
Mawar kesayangan wangi dan berseni.
Gambar dibawah ini sudut ruang kolam hiasku, ku tanam bunga melur yg.wangi, mawar yg.indah, bunga kertas koleksi airport dan pokok bunga dahan menjalar. ku perolehi bibitnya dari kaki kinabalu,waktu pagi bunganya berwarna biru, bila petang berwarna ungu.Fungsinya utk memberi naung kpd.air kolam di mana ikan ikan 'koi' kesayangan ku berlegar berenang dengan riang saban pagi menceriakan hatiku sekeluarga.Alhamdulillah.
3 comments:
cantiknya bulan tu... huhu... ^^
wah...banyaknya tanam sawi..seronoknya saya tengok blog ni....
Terimakasih sudi melawat.
Salam persaudaraan buat hernyhafiz.
Post a Comment