Thursday, November 24, 2011

Cempaka itu telah berbunga.

Hari ini khamis, 24 november 2011.
Alhamdulillah sekian lama aku mengimpikan memiliki bunga cempaka itu, akhirnya impianku telah menjadi nyata.Syukur kepada Allah, dengan izinNya bunga cempaka yg.baru benar ku beli dari nusery sg.Bulu pd.8 oktober atas saranan member blog yg.baik hati puan Chempaqa sempena menghadiri majlis konvo 'Restu' puteri sulungku , aku berjaya memiliki bunga ini.Baru benar aku menanamnya, kalau tak silap pd.24 oktober 2011..lewat aku tanam, lantaran kesibukan yg.tak terelak.Tapi pagi hari ini..bila aku pergi menyapanya, pokok ini menghadiahkan aku sekuntum bunga 'sulung'nya..Alhamdulillah.Ada girang di hatiku..
Ku abadikan potret bunga cempaka milik ku ini...dihalaman ini sebagai kenangan abadi.

Som di Ipoh, pohon cempaka ku telah berbunga.Norly..cempaka itu telah berbunga.Terimakasih pd.puan Chempaqa..maklumat anda sangat berharga.

Inilah bunga 'sulung' hadiah dari pohon cempaka yg.sangat ku impikan itu.Sungguh wangi cempaka ku ini.




                                         Gambar bawah ni..kolam hias ikan koi aku yg telah merimbun ditutupi bunga 'kembang pagi' yg.hidup merambat memberi naung pd.ikan di kolam ini.

                                  Ohh..terlupa pulak..ikan talapia merah yg ku beli awal september dulu..dah ada yg menetaskan telur dan menghasilkan anak2 ikan talapia merah yg.banyak..ratusan ekor.Seronok melihat
anak2 ikan berenang ceria diawal pagi.






No comments: