Sampai rumah stopha di Putera Jaya, presnt 8, mandi dan tidur dah jam 12 lebih malam.Tak terasa ngantuk, aura kota terasa benar.
Pagi sabtu, 8 oktober, awal pagi 6.30 dah bersiap untuk ke dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Puterajaya. untuk menghadiri majlis Konvokesyen ke 8, Universiti K.Lumpur -BMI .
Alhamdulillah semuanya selamat dan menyeronokkan.
majlis tamat hampir jam 4.30, seorang sahabat ibu kepada sahabat anak aku, sangat baik hati orangnya, anaknya juga begitu,baik hati dan penuh persahabatan, ku ceritakan hajat aku nak ke sungai buloh untuk membeli bunga Cempaka, dia bersedia membantu, kasihan kedua gadis mahasiswa itu, tergesa2 tanggalkan jubah dan menyerahkannya semula pd.penganjur dan kami semua bergegas ke nusery sg.buloh untuk membeli bunga .
Di takdirkan Allah ada 3 pokok bunga cempaka warna putih.Aku beli semua dan memilih lagi beberapa spesis bunga lain termasuk 3 pokok mawar, .berbagai jenis bunga ada di nusery tu..kalau boleh bawa banyak2, aku sanggup berbelanja banyak utk mendapatkan semua jenis koleksi bunga2 tu.Aku suka.
Tapi apakan daya.Aku mampu beli 14 pokok aje.Lantaran kekangan takut dgn sekatan imegerisin dan tambang pengangkutan yg mahal.
Sekitar jam 6 petang kami masih berligar di nusery tu, rasa tak puas menikmati pemandangan bibit2 bunga yg di jual disitu.
Selesai urusan terus bergegas ke masjid india, beli tudung.Habis rm1500.Hahaha...betul2 shoping.dalam tergesa2, + penat..aku tak tahu pun entah tudung apa yg aku pilih.Kelakar juga,.semua aku nak.
dah jam 10 malam baru balik ke Putrajaya.Kasihan adik ipar aku tunggu dari jam 2, dia masak tapi kami tak balik pun makan..maaf ye dik Ina.
malam tidur, siang ahad 9 oktober jam10 pagi ke maidin beli bag setinggi 4 kaki, khusus untuk muatkan bunga cempaka dan bunga yg lain.Sempat singgah di bonia sogo, Ir beli 2 pasang kasut bonia.Wahh, tak payah cerita, aku dan Restu beli lagi kasut jenama CR2.Aku beli 2 pasang, Restu sepasang.Hampir aku beli hand Bag.Nasib baik dapat kawal diri.
Jam 5 bergegas ke airport, sampai di tempat cek tiket , terus timbang barang, tak ada pun pemeriksaan imegerisin, apa lagi selamat lah 14 pokok bunga2 tu, tapi aku kena tambah bayar berat barang.Rm250.lebih se kilo bayar rm30 sekilo,bag aku melebihi 17 kg.puas juga aku merayu, bila ingat balik itu bunga cempaka idaman ku..aku terus tak kisah, bayar aja yg penting bunga tu selamat aku bawa balik.
Alhamdulillah, jam 12 malam sampai di rumah, aku terus berkerja keras buka bungkusan bunga2 tu, ada yg aku terus tanam dlm pasu, sampai jam 300 pagi aku urus bunga2 tu.Jam 7 pagi tadi, 10 okt.aku di sekolah bertugas macam biasa.Saat ini aku rasa penat tapi rasa seronok melihat gambar2 kenangan 2 hari di KL.
Ku kongsikan gambar2 itu.Ok ming, lihatlah gambar2 memori ini.
sempat beli carlo Rino dan sambonia di alamanda.Best tauu
Ini dewan tempat berlangsungnya majlis konvo ke 8 UNIKL-BMI, cantik bentuk dewan ni dari jauh.
Restu bersama sahabat nya yg baik hati,Semoga Allah kekalkan persahabatan yg.baik ini.Tahniah anak2 ku.8 oktober 2011
Suasana dewan di pagi itu, Restu bergegas dapatkan aku dan 'ir'
Rasa relex saat ni.Ngaantuk ba.
Restu dan anaknda 'leha'.Cantik kau leha, teringat lagu sudir
Akhirnya 'Irma' berjaya.Tahniah kau yg istemewa..selamanya.
keluarga sahabat anak aku 'Restu'.Sahabat ku ini telah mebantu aku permudahkan urusan dan keinginan aku, sehingga aku berjaya mendapat bunga 'cempaka'idaman ku itu.Alhamdulillah.Terimakasih puan.Terimakasih 'Ali' terimakasih Zai (heheh nama timangan baru dari ku untuk mu)
Bersama sahabat baruku, disaksikan ribuan kuntum mawar pujaanku.Aku sayang kamu.
Bunga2 yg cantik,aku nak bunga sebanyak ini di halaman rehatku
Ada bibit pokok Mata Hari, aku nak beli tapi takut nanti tak boleh bawa, benihnya tak ada dijual, habis stok kata pemilik nusery ini.Aku ambik gambar pokok ajelah
Bawah ni, beginilah cara aku bawa bunga cempaka tu, bungkus surat kabar, sumbat dalam beg. |
Aku senyum sendiri bila perhatikan bunga cempaka ini telah berada di depan mataku, saat aku sangat menginginkannya.AlhamdulillahSemuga ia akan tumbuh dan berbunga lebat, | |
2 comments:
Tahniah atas kejayaan anak manjamu Mas. Moga dia terus berbakti pada dua orang tuanya dan masyarakat sekeliling. Jagai bunga-bunga idamanmu agar terus hijau dan kembang mekar. Aku suka suasana damai
Terimakasih dinakanku razak.Yaa bunga idaman dihalaman sendiri.Teringat lagu kumpulan rock kapak 'bunga ku tumbuh di halaman orang'.Aku gembira kau kembali sihat sahabat.Alhamdulillah.
Post a Comment