Hari ini khamis 6 oktober.
Petang kemarin rabu hantar Restu ke airport .Bertolak dari airport kk jam 7.00 malam.Jalan jem teruk dari airpot sampai ke ru gading tuaran.Entah apa yg terjadi, ingatkan ada banjir...jam 10 malam baru sampai ke rumah.
Siang hari ini, aku sangat sibuk siap kan markah skt guru2, baru dua orang hantar borang skt.Aku kena serah pd GB 11 okt.ini Esok jam 3.30 ptg aku bersama 'ir' akan ke kl, menghadiri majlis konvo 'Restu'..aku tah pasti macam mana nak tinggalkan kerja dan tanggung jawab aku yg melambak2 di sekolah.
aku di kl pd sabtu dan siang ahad, malam isnin aku balik sabah, pagi isnin aku mesti ada di sekolah, persiapan sukan sekolah dan kejohanan sukan sekolah hari rabu dan khamis.24 oktober hingga 28 oktober peperiksaan akhir tahun. Periksa kertas soalan dan key in hasil keputusan on line kementerian wajib buat awal november.Jadual waktu utk sesi 2012 perlu ada garis kasarnya.Tak tahu bila nak selesai semua tu.
Hanya doa ku aku terus sihat di samping 'ir' anak2, keluarga aku dan bunga2 ros aku.Kolam ikan aku dah ada bunga teratai putih.Aku ambik sendiri bunga tu di tasik terbiar depan perumahan taman nikmat, kota belud.Nanti lah aku kongsikan gambarnya.
'Bunga Cempaka' impian aku untuk memilikinya, apakah ia akan menjadi kenyataan??..
Dah dua kali percubaan aku untuk menanamnya, tapi semuanya sia2..bunga tu meninggal begitu saja..menjadi ranting reput , menghitam dan menyakitiku.
Ada seorang sahabat kirimkan aku bunga cempaka, 3 pokok, dia poskan..3 hari dalam kotak pos laju..bila sampai, aku terus semai dalam tapak yg pada perkiraanku dia akan tumbuh..tapi mati ketiga2nya.
Kali kedua sahabat aku 'SOM' dari Ipoh, kirimkan aku sepohon...tanah tempat aku tanam tu, ku sediakan khusus, seperti tanah semaian utk ros aku dari Yuni dari indonesia.Malangnya cempaka itu, juga mati..meski aku berusaha keras menjaganya.Yang peliknya, andai tanah yg.tak sesuai, kenapa bunga2 ros aku dari yuni itu terus hidup menyubur dan ceria?.
Penjagaan yg sama, emosi dan doa yg sama.Cempaka bunga kenangan dan sejarah dalam hidup remajaku.Susah sangat ke nak memilikinya?..
Aku masih mengharap hari ahad sepanjang siang nya aku dapat round nusery sungai buluh nanti dan beli sendiri bibit bunga cempaka tu dan ku bawa balik sendiri.Semoga aku ada kesempatan berbuat demikian.
Alangkah bagusnya kalau ada member di KL yg sanggup beli kan bunga itu lebih awal utk.ku dan kami boleh jumpa..dan saling bertukar cerita, aku bagi dia duit, dia bagi aku bunga tu.Itu semua ketentuan Allah.
Ok lah sampai di sini, 'Yuni' bunga ros/mawar warna kuning, pink dan peach itu dah berjaya ku saksikan bunganya, lavendar itu mula ku semai banyak2.
Yuni, TQ.
No comments:
Post a Comment