Hari ini 6 julai, hari rabu yg.redup.
Sepanjang malam tadi hujan tak berhenti.Sedap tidur, ada malas di hati ku.Tapi apakan daya, terpaksa bangun kerana tugas di sekolah menunggu. Kalau tugas sekadar mengajar dan membimbing anak murid tak mengapa, tapi masalahnya, terpaksa menyusun jadual guru ganti, lantaran terlalu ramai guru menghadiri kursus jabatan, tak kurang cuti peribadi dengan berbagai alasan. Bila hal ini terjadi tugas ku menjadi berganda.Tak berbalui langsung dengan bayaran tugas tambahan elaun penolong kanan cuma RM60 sahaja. Tak cukup menyusun jadual, diri sendiri juga terpaksa terlibat mengantikan guru dan terlibat masuk kelas.Entahlah.
Tapi inilah kelebihan seorang guru, bukan sekadar mengajar anak murid, tapi juga belajar mentadbir dan mengatur masa orang lain.Wahh aku tak apa-apa cuma, omelan biasa-biasa.
Aku gembira bulan puasa semakin hampir, sekarang bulan syaban, dah 4 hari aku berpuasa bersama Restu.
Rumah masih dalam proses penyiapan.Banyak yg.belum siap lantaran cuaca yg.tak menentu.
Ku kongsikan gambar rumahku yg.masih dalam pembinaan.Untuk yg.di Banglore, mu nak bilik atas ke bawah?..Bilik atas ada 5, bawah 4.
Persekitaran akan ku tanam bunga-bunga hiasan, jenis mawar dan Lavendar, juga beberapa petak untuk sayur.
Pesekitaran rumah sudah di pasang tembok setinggi lima setengah kaki.Tapi masih belum siap sepenuhnya.
Inilah gambar itu.
Ruang tapak tiga segi ini, penjuru sempadan tanah dengan jiran, aku sediakan tapak ini utk.landskap, nak buat kolam ikan kecil dan pesekitarannya akan ku tanam mawar..dan rerumput renik.
Gambar bawah ni, anjung bata merah ni nak pasang dinding kaca hitam, ingat nak kaca warna hijau..tapi terlalu terang bila pasang lampu , so tak jadi lah.
Ruamh lama yg rendah tu, dah tersorok, rumah rendah tu dah jadi ruang tamu, ruang makan dan dapur, agak luas 45' x 30', dua bilik Tidur di dalam nya nak jadikan stor.
Tiang 'roman' tu baru satu siap, itu untuk tiang anjung terbuka, masih dalam pembinaan, entah siap sebelum hari raya nanti.
Ruang inlah yg.akan ku buat kolam ikan nati..dan bunga pesekitarannya.
Pagar tembok memisahkan rumah jiran.Disini dulu pernah ada bunga Ros dan bunga melur aku hidup subur.
Bilik-bilik tingkat bawah, dah cat tapi baru satu lapis, masih dalam proses
Tepi tembok itu adalah tapak untuk aku tanam sayur dan bunga melur dan rose aku yg.dulu2 itu.
Sebelah tembok ni tanah jiran dan pohon mangga yg buahnya selalu jatuh ke sebelah pagar aku..tak berani ambik, kalau ambik pun biasanya aku akan bayar..tak baik ambik tanaman orang kan.Namun yg.cantiknya Gunung Kinabalu memerhati rumah ku dari kejauhan.Cantik kan.
Lorong-lorong ini akan ku penuhi dengan bunga-bunga tanaman hiasan dan sayur bayam dan sawi, cili dan serai.Tempat ni bersih, tak ada haiwan berkeliaran.Akan hijaulah nanti di persekitaran ini.
Aku suka kawasan ini, luas dan banyak semaian boleh ku tanam nanti,ia betul betul berada di belakang pintu menuju dapur utama ku.
3 comments:
I like~ hahaha...
Aku x mau plg selagi blm siap~
hahahaha....
i like jugak...hahaha...ming...nanti ak lepak2 bilik ko ar...hehe...;)
boleh ja ba.. hahahaa...
Post a Comment