Saturday, February 4, 2012

Bunga Matahari di 4 Februari - hari sabtu dan sahabat lama.

Hari ini bunga'matahari' yg.ku tunggu bunganya berkembang penuh dapat ku amati sepenuhnya.'CANTIK' baru dua pokok yg.berkembang dan ada 9 pokok lagi sedang dalam penantian.
Alhamdulillah.
Kelmarin 3 Februari hari jumaat .Sampai di rumah 'ir junior' yg.sedang pratikum di sk.kelawat, menghubungiku..'mak, Fikri dan Habib kemalangan jalan raya..di high way jalan simpang masuk ke 'pantai kg.Nenamun'.  Oh..tempat itu, tempat aku bertugas suatu ketika..saat penempatan pertama.
Jalan raya yg.luas dan lurus..selurus landasan kapal terbang..kedua guru muda itu, sahabat kepada 'ir junior' aku.Anak2 muda itu di hatiku...ku terima seperti anak sendiri...hemmm baru 5 hari melaksanakan latihan mengajar di sk.keguraan, kota belud, cepat benar menerima ujian.


Guru muda ini menginap di rumahku, tinggal bersama 'ir junior'..sebiji rumah untuk mereka huni.
Masak sendiri dan hidup bersama sebagai anak muda..menjalinkan persahabatan.Oh..bila ku lihat mereka...bertambah rinduku pada orang di Banglore sana' dr.rashid'..tiba tiba sahaja ;'ir junior' ada kawan..Alhamdulillah.Kemalangan itu..memusnahkan kereta BMW milik 'habib'.


Kemarin petang, ibubapa Fikri bertandang ke rumah ku untuk melihat anak mereka.Alhamdulillah Fikri tak apa apa, tiada kecederaan..ibunya sangat gembira dan juga peramah.Yang lebih seronoknya, rupanya 'fikri' anak saudara kepada guru sekolah rendah aku 'cikgu yunus'..ibu fikri adalah adik cikgu aku..di tahun 1974,75.Aku dipertemukan keluarga ini. sedikit hari lagi dengan izin Tuhan mungkin aku akan berjumpa dgn.cikgu aku itu 'cikgu Yunus'..kami berjanji dgn.ibu Fikri akan saling berkunjung lagi.


Pagi tadi sabtu..keluarga 'Habib' pula datang dari daerah Tenom..untuk melawat Habib dan pengurusan laporan polis mengenai hal2 kereta itu.Yang sangat seronoknya...rupa rupanya. guru muda itu 'Habib' adalah anak kepada sahabat lama aku sewaktu kami bersekolah di negeri Hang Tuah..suatu ketika dulu.Dia datang bersama isterinya..kami berbual dan diiringi merujuk gambar2 lama.Alhamdulillah.
Tentunya dalam perbualan itu..nama2 seperti 'noor, paulin, sailah,noorlela, rosnani, salman,Birthelda dan ramai lagi..menjadi sebutan dan..ah itulah sahabat lama' Safri '.


Siapa menduga, guru muda dalam rumah ku ketika ini adalah anak kepada sahabat2 lamaku..anak ku menjadi sahabat anak mereka.Hidup ini benar2 seperti dalam sebuah lingkaran.'Dalam Lingkaran Ini' Alhamdulillah.
Ku kongsikan gambar mata hari ku yg.mekar semekar hatiku bersama 'ir' kekasih hati.






                                         ' sekuntum mawar merah, sebuah ikatan mesra di februari ini..' sentiasa menghasilkan kuntuman nan merah lambang kemesraan nan ikhlas abadi.
                                       
' Eyor..ibu muda yg.penyayang..'






                                        Sampai jumpa lagi.Saudara Iskandar Rashid, Mata hari itu telah berbunga, terimakasih..ya.