Thursday, December 29, 2011

29 Disember 2011.hari khamis yg.tenang.

Saat ini..terasa biasa sahaja, namun ada rasa sepi di hati.
Hari sabtu 24 disember, sahabat Restu sekeluarga datang bercuti di daearhku..kota belud.
Seronok sebab dapat bercuti dan menghabiskan sisa cuti bersama2.

Kemarin mereka balik ke KL penerbangan jam 6.00 petang.Terbiasa bersama dan ramai..saat ini terasa sunyi pula bila mereka dah pulang.Ohh..ada tapak kaki yg.tertinggal disemua sudut ruang yg.kami jejak bersama.
Aku bersama 'ir' kongsikan masa bersama keluarga sahabat anak ku itu..seronok.Kami ke Kundasang dan pekan ranau..bermalam di kundasang.Awal pagi ke perkampungan 'Mesilou' untuk menikmati udara segar di dada kinabalu yg.gagah sambil menikmati pemandangan alam sekitar yg.hijau merimbun.
Ku kongsikan gambar yg.sempat di abadikan bersama utk.sebuah ingatan yg.panjang lagi jauh.


 Ladang ternakan lembu tenusu.

 Cuaca sejuk tak menghalang anak anak mereda hujan menyaksikan persekitaran alam kinabalu yg.masih asli.
 Cantik tempat ni..saat ini hujan semua dibagi payung, kebetulan merah..cantik


Saat penghujung disember 2011 diakhiri dengan suasana ceria dan gembira.Malamnya sampai rumah dan bakar2 udang dan ketam bersama anakanda zaharia sekeluarga.Semoga jumpa lagi.

3 comments:

Wan Mohd Rashid said...

Jealousnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Hahhaha XD

Iskandar Ab. Rashid said...

Indahnya tempat ni. Pasti udaranya nyaman.

Puteri Purnama said...

Yahh memang benar..tempat ini indah dan sangat sejuk..