Wednesday, August 10, 2011

Cerita Lama dan Ujian Tuhan

Saat ini, ada ruang untuk aku melawat dan membaca catatan di blog teman-teman yg banyak menyumbang menghilangkan sunyiku.Aku baca blog 'bintang hati', syima, Irfa Amira,Rashid, semualah yg menjadi member blog aku.

Baca catatan Irfa, mengalir air mata aku..aku juga rindu saat bersamamu, mira.Baca blog bintang hati..ada rindu ikhlas mengalir diiringi air mata, saat menikmati shyadunya ramadhan ini.Baca catatan syima, meski tak pernah bersua, mungkin, tapi ada semacam ikatan, mengundang aku membaca keluh kesahnya untuk aku memikirkannya.

Ini untuk syima, first, selamat menikmati cuaca terik ramadhan 2011..hehehe..cuaca melaka lebih panas dari sabah, aku rasalah.Dan keluh kesah hati mu, memang ada kaitan dengan ujian Allah..kepedihan hati yg.dirasai nikmati sepenuhnya..untuk menyedari diri kita dalam perhatian dan perlindunganNYA.

Di kemudian hari selepas dunia 'belajar' di tinggal kan akan masuk fasa dunia'mengajar'..di situ kau akan jumpa cabaran tugas guru dan cabaran tugas sebagai 'perempuan'.
Cerita bab tanggung jawab seorang perempuan di situ kau akan gunakan segala ramuan 'pahit,manis, asam, garam,kepedihan hidup' sewaktu dalam dunia bab'belajar' untuk menghadapi bab dunia'mengajar'.

Banyak mana kau jatuh dan bangun, lalu menempuh ranjau duri kehidupan, banyak itu kau akan menjadi insan berkualiti tinggi.Ingat 'yang pahit' selalunya 'ubat' dan yang  'manis' selalunya punca 'penyakit'..renungkan hal ini.'selamat menunaikan ibadat puasa sayang'.

..............................................................................................................................................

Cerita Lama dan Ujian Tuhan , mungkin untuk KU.

Malam tadi dah masuk 10 hari aku menghadirkan diri menunaikan sholat terawih.
Malam pertama sholat terawih..terasa cukup memberangsangkan, imam yg.setia yg menjadi imam terawih masjid kampung aku, menjadi imam malam itu 'imam pakcik Masdin'. malam kedua dan malam ketiga masih imam Masdin.

Sejak tahun 2002, sejak aku sekeluarga menetap di rumah sendiri, sejak itulah, aku tak pernah terlepas sembahyang terawih.Saat itu Restu,Rashid,Irfan,Irfa,Lia,Alus,Manis dan Nora semua masih bersekolah rendah..dan awal menengah rendah.Seperti biasa 'ir' akan berterawih di masjid pekan, dan aku pula dengan geng aku yg.tersenarai di atas, berlari anak meredah malam ramadhan dgn.semangat berkobar2 untuk hadir secepatnya di masjid sebelum azan isyak berkumandang.Tetapi selalunya..aku lah menjadi punca 'lambat'.
Lambat sebab baru lepas masak untuk berbuka puasa, lepas tu hidang ,lepas tu solat magrib, lepas tu terus bergegas kemas pinggan mangkuk atas meja, pas tu..bergegas ke masjid yang hanya..beberapa meter jaraknya dari rumah.Alhamdulillah semuanya berlangsung dah 9 tahun lamanya.
'imam Masdin' mengimami sembahyang terawih kami.

Kelebihan pakcik imam ini, selama 9 tahun itu, dia seorang saja imam, kalau 30 hari sembahyang terawih, 30 hari lah dia mengetuai masjid tu..dia tetap sihat, suaranya masyallah, kalau dia baca surah..isi masjid terasa sunyi sepi, isi alam seperti terdiam, turut sama menzikirkan kalimah Allah mengiringi suara imam Masdin yg. lantang dan lunak...

Setiap malam terawih dalam shaf sembahyang..setiap tahun air mata aku akan tumpah, saat mengamati bacaan ayat2 Alquran yg.dibacakan imam, susana sangat tenang dan hening.Saat begitulah yg.aku rindu, menyebabkan bila malam terakhir terawih akan bertambah air mata yg.tumpah kerana akan berpisah dengan ramadhan.Hanya doa dan harapan semoga tahun-tahun berikutnya Ramadhan datang lagi dan diri ini bersama anak2 akan hadir lagi menyahut seruan imam masjid 'pakcik masdin' untuk bersama-sama mengimarahkan lagi malam - malam ramadhan yg.penuh keberkatan.Alhamdulillah..

Anak-anak aku satu persatu terpaksa melangkah keluar. menyambung pelajaran ..meninggalkan aku melalui ramadhan di tahun2 berikutnya.Tapi aku tetap melalui dan menikmati suasana yg.sama.Ramadhan yg.menenangkan.
Lebih indah kini Irne Aida dan Irna Suhaila dpt bersolat terawih bersamaku, tidaklah terasa terlalu sepi.
Itu semua cerita lama yg.indah rentetan cerita 9 tahun lamanya.

Tahun ini ramadhan 2011.sembahyang terawih malam ke 4 hingga malam tadi malam ke 10..imam lama
'Ustaz Masdin' tetiba  tidak lagi mengimami terawih masjid itu.Apa yg.terjadi?

Oh, ada perubahan..AJK Masjid tidak lagi dipengerusikan oleh Ustaz Masdin, dia tinggal 'mantan pengurusi'.Tugas imam , mengimami sembahyang Terawih..di gilirkan."Imam Muda" tampil mengimami sembahyang terawih, saat inilah aku "rasa" aku menanggung satu ujian dari Nya.

Apa?,kenapa? bagai mana jadinya?...ha ha haha.."imam Muda"..nama nya juga mudakan..bacaan cantik, lancar, dapat baca ayat panjang2, dapat dengar pelbagai surah.Yes...Alhamdulillah.
So apa masalah diri aku?.??

MASALAH aku dengan air mata berlinangan, aku terasa kehilangan suasana shyadu, tenang dan hening seperti malam-malam terawih ku di tahun-tahun yg.sudah. 9tahun aku nikmati saat sebegitu. Tahun ke 10 ini...susana itu seperti telah pergi.Ustaz2 mudah yg.menjadi imam terawih itu semuanya hebat2..tapi kenapa aku tak rasakan ketenangan malam terawih itu..saat dalam sembahyang, hati aku berkata-kata, 'kenapa suara ustaz ni, tak dengar, rosak ke pembesar suara?", 'kenapa bacaan doa ustaz ni. tak dengar?" tak ada pun dengar suara orang lelaki mengaminkan doanya, seperti biasa masa ustaz Masdin memimpin malam-malam terawih itu?.."kenapa ustaz ni, lambat semasa peralihan rukok ke sujud dan berbagailah.."kenapa ustaz ni cepat sangat..dan bacaannya tak jelas, dah rakaat ke berapa kita ni?...sujud ke tahyat, sekarang ni...pelbagai soalan berkecamuk dalam hati..terasa semuanya kucar, kacir...siapa menyusun jadual penggiliran ni...arahan dari mana ni, peraturan dari mana ni..?????...wah..apa bila nikmat 9 tahun ketenangan itu Tuhan ambil dan di ujinNya dengan suasana yg.aku catat ni..ini lah ceritanya.

Oleh itu, aku hanya mampu berdoa, agar aku dapat menenang kan diri dan terima segala perubahan ini seadanya.Semoga Allah ampunkan dosa2 ku di masa yg.lalu dan masa hadapan dan masa kini saat aku seperti 'mengumpat' situasi ini.Tapi niat aku bukan untuk mengumpat sekadar mencatatkan makna nikmat yg ketara dan ujian yg.tanpa di sedari..sebagai renungan insan yg.berminat menambah perkongsian makna contoh  'nikmat Tuhan dan Ujian samar dari Nya'

Assalammualaikum.

3 comments:

President (wiir2000) said...

apo kono eh jang?
hehehe~

Irfa1810 said...

Awat jadi lagu tu??? hahaha...
Sabaq la naaa...

Wan Mohd Rashid said...

Relek la beb~ (semua nak sleng2, aku amik sleg KL hahha! )