Wednesday, August 31, 2011

30 ogos- Hari Raya dan 1 syawal, 2011

Saat ini jam 3 pagi.Meski ramadhan berlalu pergi, aku tetap terbangun, mungkin telah terbiasa..bangun masak untuk sahur.Siang tadi, aku bersama ir, irma, rashid, irfan, irliani, irnie, dan irna suhaila ke masjid untuk bersholat Hari Raya.  Alhamdulillah.Beginilah penghujung ramadhan tahun ini buat diri ku, ada manis di hatiku.Alhamdulillah 3x.

Semuah anak2 ada di sisi, kecuali irfa amirah.Dia tak berdaya nak balik berhari raya lantaran cuti  sekadar 7 hari, dua kali naik kapal terbang, masa akan habis di tengah jalan..baik duduk diam2 di asrama, kan ming.
Tentu aku terkilan, bila Amira menceritakan kemalangan yg di laluinya, 'tergelincir di tangga' asrama.saat semua penghuni asrama dah balik kecuali 'anak rantau', terjatuh dan terhentak tulang belakang menyebabkan kesakitan membuatkan mirah memberitahu ku, dia tak dapat baring dan bangun melangkah secara normal, kawan cuma tinggal seorang 'Fatin'..dan beberapa student sabahan yg.tak balik.

Benar ini dugaan dari Allah.Menurut keluh kesah amirah, dia di temani fatin dan seorang mentor yg perihatin, mereka telah ke hospital, tapi unit x ray, tutup..lantaran hari sabtu.Kedah cuti umum hari jumaat dan hari sabtu. Nah saat kejadian malam jumaat sampai hari ini selasa, mira belum lagi mendapat x ray doktor.
100% hati aku risau.Mira masih mengaduh sakit, dia cuma mengharap tunggu maktab buka pd.4 september..
Menunggu pihak tertentu akan menolong nya, tapi siapa akan tolong dia?, penguasa asrama? tidak kah itu terlalu terlambat?..hanya doa di hati ku, Allah menolong dan melindunginya, nangis pun tak guna.

Buat mira, bersabarlah.
Persediaan Hari Raya di rumah..ala kadar dan biasa2 aja.Semua sihat.
Ku kongsikan gambar2 hari raya pertama ini.Salam sayang dari semua keluarga untuk mu dan Fatin.
'Fatin terimakasih' Allah membalas segala kebaikanmu, itu lah doaku untuk kalian.
                                       
                                         saat aku dan ir di kelilingi anak

IR bagi duit raya, best boleh beli ketam suri,
'Pemuda2 Harapan Bangsa' bakal doktor' Rashid dan dr.Faizal '       rasa nye dr.faizal tak sabar nak pakai baju kerja doktor 'kot putih' hehe..dah manas ahh anak bua.dah mirip wajah orang 'rusia'. baju biru  Nawal  lulusan 'Nilam Puri' dan siswa UM bakal pegawai MUIS atau ustaz, anakanda Alul, dr.rashid.dr.faizal, ustaz Shafizul anak sulung abang mat sedang praktikum  dan bakal cikgu 'Ir junior'   




saat keluarga berkumpul..keluarga aku. keluarga abang mat dan keluarga abang lim.Ini baru 3 keluarga.saat begini aku teringat abang 'ramo' nantilah kami bergambar.


ok lah kepada Mira, kak Roy di singapura, Norly sekeluarga, kak mimi, ratnah, rohani Baharum dan sahabat MGHS, selamat Hari Raya, maaf segala yg tersilap dan doa ku sentiasa bersama kalian.I luv u.

3 comments:

Irfa1810 said...
This comment has been removed by the author.
Irfa1810 said...

It's Ok.. no need to worry about me.. Everything in Allah hand.... ^^ Tawakal ja la...

Syima Adilla said...

salam..

wow..nmpak meriah..

slmat hari raya auntie..

lama xmenjengah..

=)