Aku sempat ilhamkan puisi sajak utk.nya..sajak pendek bunyinya begini
Sajak Buat Ana.
. Puisi Untuk Ana
engkau kah itu Ana
dengan santun menghulur bantu
pada aku yang beku terpaku
......
benar kah itu Ana
di udara langit terlihat rendah
lantaran aku selalu tak berdaya
melayang jauh bebas di angkasa
seperti mu dan mereka
selalu ceria saban hari terbuka
membawa cerita gembira
menghimpun tawa
seperti tak pernah ada duka
dalam hidup yang penuh rahsia.
18 febuari 2011
.........................................................
Lepas itu malam tadi aku dapat sms pantun dari kak Roy di Kota Singa Bunyi pantunnya begini
" ramai orang bermain layangbermain layang di pekan rembau
Masdiah Derias insan ku sayang
bila terkenang , kenangan ku imbau. '
Bestkan pantun kak Roy ini. Aku balas jugalah pakai sms..jenuh aku menulis sms pantun tu
bunyi pantun aku begini
' Rohaidah Masri insan tersayang
pandai menari berdikir barat
walau jauh di hujung selat
ku simpan kasihmu sepanjang hayat. '
Lepas tu aku rasa best sangat dapat bergurau dgn teman lama yg.jauh di bumi melaka.ada Ana, Norly, kak Roy dan semua member asrama dan teman sekelas , bayang kan betapa lamanya kita berpisah.Salam sayang untuk sahabt MGHS ada sayang di hati ku untuk kawan2 semua.
5 comments:
Yang kami kat MAP tak ingat kah Mas? Kenangan lama masih terpahat dihati
Kami dai MAP takkan tak ingat Mas. Kenangan lama tetap terpahat dihati.
sentiasa dalam ingatan.
Pepatah melayu berbunyi, tempat jatuh lagi dikenang , inikan pula sahabat tempat pinjam2 nota. Hehehe..bestkan hidup ini, kita berada dalam satu lingkaran yg.tak berkesudahan.
Masihkah kau ingat...
Semasa kita ke kampung Nepal, Benta, Kuala Lipis. Kenapa kita terlalu berani waktu itu sedang kominis masih menghantui penduduk di situ. Itukah yang dikatakan keberanian anak iranun dan Sama di rantauan.
hahaha..puak berani matai.
Razak, pengembaraan itu baguskan utk.membina sasiah diri kita yg.unggul,kesannya kau dapat keluarga angkat ketua nazir sekolah2 kelantan, kau ingat namanya?..aku pula dapat juga cari Hasnah Abdullah anak ketua kampung BUDU, Benta tu..saudara Senator Abd.Razak tu zak..lepas kita ke rumah Moi tu..Moi ikut aku bersekolah ke MAP.Tapi sekarang aku lost contc ngan keluarganya.Nantilah aku cari dan muatkan gambar2 kenangan aku dan keluarganya.Ayah angkat aku tuan penghulu Haji Abdullah, keturunan Mat Kilau tu.
Post a Comment