Berpisah dengan september, sempatlah, buat aktivit bersama Irfan junior, habib dan jack..panggang sayap ayam..hehehe seronok dan sedap pula tu..meski ahli keluarga tak ramai macam dulu2..
Masing2 kehaluan sendiri sendiri..
Sayur labu air dah memanjat pokok limau purut.Terpaksa pula dicantas takut pokok limau purut ku akan mati. Masih banyak buah labu ni...sayang nak buang, tapi apakan daya.
Banyak kerja sedang menunggu.Peperiksaan penggal akhir akan bermula.
Sibuk menyediakan dan mengumpul soalan2 peperiksaan mengikut aras standard. yg menepati semua aras.
Ahh...aktiviti berkebun terpaksa ditangguhkan.Hanya mampu melihat2 sawi bunga dimakan rumput liar. Masih berangan dalam mod nak baut sabun mand sendirii. Dah beli e-book on line.
Masa saja yg belum ada.
Lepas menguruskan peperiksaan anak murid, akan sibuk pula buat jadual individu guru2, kelas dan jadual induk utk.sessi 2013.Akan ada majlis anugerah murid cemerlang di penghujung oktober nanti.. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ini dan semuanya akan berjalan lancar.
Sedikit gambar untuk akhir september ini. Jom layan gambar.
Buah labuh air yg memanjat pokok limau purut ini, yg.duduk kat atas ada dalam 14 biji...yg duduk kat bawa, dah habis bagi jiran2 dan kawan2 disekolah.semua dapat rasa, yg kat atas ni..tak berani nak ambik tinggi...tunggu 'ir', biarlah dia yg petik..terpaksa guna tangga ni.
Ini labu kundur jenis baka panjang dan besar..tak tahu bagai mana rasa sayur ni, wangi ke tak..kena tunggu juga ni.
ahh ini pokok terung entah apa jenis...dah tak ingat, benih dari blog tanam sendiri ni.Nak buat benih.
Hujan beberapa hari menyebabkan anak2 pokok ulam raja tmbuh merimbun.Terlebih banyak ni.nak buang sayang.
Hujan lebat menyebabkan pokok ros yg dah tua ni, mengeluarkan bunga yg banyak.masa musim kemarau, pokok ni hampir kering..tapi sekarang banyak bunganya..cantik sekali dan wangi.
depan halaman rumah yg masih didipenuhi bunga mawar nan indah berseri.
Yang ini comel dan cantik kan.
Dah banyak tua bunga ini..nak kirim ke bumi Fiji..harap ia gembira disana nanti.
Tak sangka bunga lavender yg ini, bertukar menjadi putih, gara2 tumbuh bersama bunga lain berwarna putih.
Sempatlah rama2 ni, bersiaran menikmati madu yg banyak dipagi ini.
Ahh mangga ini pemberian anakanda Fikri, sahabat ' Ir junior', tak tahu apa nama buah mangga ni..wangi dan sangat manis.Bila dihiris isinya penuh dua pinggan.biji nya sangat nipis.
Berat kan.Apa nama mangga ni ye?..sangat harum dan manis. Terimakasih utk Fikri dan keluarganya.
Ok lah sampai disini dulu.Salam sayang dan ceria selalu.