Tuesday, March 22, 2011

minah gadis dusun

Yulin & Kuin, dua wanita dusun sahabat aku. mac 22

Taklimat pagi tadi memberi aku ruang bertemu, Yulin dan Kuin.
Indahkan nama ini.Kami cerita panjang, macam2 topik.
yulin tanya aku tentang perkembangan bisnes pengendalian RMT dan kantin sekolah yg aku join sejak 2008 hingg mac 2010. Aku rehat dulu tahun ni..lagi pun aku ada projek tambah bangunan rumah.
yulin ketawakan aku, namun walau sekejap bersama hubungan kami sangat mesra.
Cerita aku dan yulin ni..best sangat, bermula di Beringis resot, papar pd.tahun 2003 lagi, masa tu aku Penolong kanan Petang, aku dan yulin mandi dalam kolam renang resot tu..sampai jauh malam ..penuh kolam tu dengan guru2 wanita..yulin pandai berenang dan aku berpaut di belakangnya ala2  dua ekor belangkas.Bukan apa aku seronok
'baba" dibelakang yulin..'baba' tu bahasa bajau..aku tak tahu apa perkataan tu dalam bahasa melayu.Aku seperti dimanjakan pula oleh sahabat dusun aku ni...he hehe..yulin, aku harap kita gi kursus2 sama2 lagi k.Aku suka kawan kau Yulin..all the best kawan.

Apa pula cerita aku dengan Kuin?, Kuin,.dia wanita Dusun dari pesisir puncak bukit, kaki kinabalu. Pinalubu nama desanya..cantik kan nama desa itu 'PINALUBU'..kuin cerita pasal buka dusun durian, langsat dan kebun getah. Kuin juga sedang mengorak langkah membuka kelas tadika swasta, yg di saran kan oleh kerajaan bagi menampung usaha kerajaan menghapuskan bilangan murid yg.bakal mewarisi LINUS tegar.
Aduh..hebatkan si Kuin aku ni..
Apa-apa pun kepada Kuin semoga usaha murni mu berjaya, dan bakal menjadi wirawati Dusun di daerah mu yg.gah dan Jitu.Aku bahagia bersahabat dgn.mu Kuin. You always Queen in my friendship.
Kuin dan Ulin meski kita berlainan kaum dan kepercayaan agama, namun hubungan kita bagai saudara.Itulah hubungan masyarakat sabah, terutama penduduk asal yg.akrab Bajau dan Dusun.
Lagu ini kita nikmati bersama.untuk Kuin dan Ulin.

Mina Gadis dusun oleh Safia Melati.


Inginkah kawan tahu siapa daku
Minah gadis dari dusun di gunung
Jauh daku berjalan menuruninya
Hanya ingin menjenguk indahnya kota

Amboi indah dan megah kotamu kawan
Rasa daku mimpi di dalam syurga
Jejaka dan gadisnya tampan dan cantik
Gedung, tugu dan mobil oh amboi amboi

Tapi maaf kawan Daku tak tinggal lama
 Kekasih hatiku rindu menanti
Tunggu saja kiriman hasil  tani ku

Daku orang dusun pandai bertani
Hanya pesan ku kawan
Jaga negeri mu
Sampai berjumpa lagi
Salam manisku

Monday, March 21, 2011

Maher Zain - Insya Allah (Versi Melayu) Download percuma.mp4

Insyallah, hujan turun sejak tengah hari tadi.Ada rindu di hati ku..Hari ni aku puasa
sunat Isnin..teringat  mereka yg.rajin berpuasa sunat, tambah bergetar rinduku untuk kalian.
Nak call, hp tak reload lagi..tak ada masa.sangat sibuk masa ni..esok 22 mac aku wajib hadir taklimat di PPD bersama GB..mengenai pelaporan pengisian LINUS.Esok juga ada mesyuarat terakhir tentang mesyuarat agong PIBG sekolah bersama YB Haji Musbah. hari rabu, khamis hingga jumaat, sekolah ku jadi tuan rumah kejohanan Bola Sepak peringkat  PBU..Hari sabtu, mesyuarat Agong PIBG sekolah..
ajk  dan jawatan ydp, di pertandingkan..rasa tak larat nak susun semuanya..tapi Insyallah mesti ada jalan penyelesaian  dalam kesibukan ini.Rasa nya lagu ini banyak memotivasikan aku.Mari dengar sama-sama.
Kak Roy, kak Ani,kak Mimi, kak Ratnah..norly, aku rindu ni.

Sunday, March 20, 2011

Esok Sekolah 21 mac

Hari ni hari ahad 20 mac. Esok hari isnin,sekolah bermula lagi selepas cuti selama 9 hari.
Petang ini aku penant pindahkan pasu bunga ros aku bibit dari padang besar tu.Pasu yg pertama rose putih.
Kuntum nya besar2, sedang berbunga sekarang ni..ada tiga kumtum bunganya.
Pasuk kedua warna oren..sedikit kemerahan.Juga sedang berbunga.Bunganya ada dua kuntum dan besar.
Aku alih kan pasu tu..kerana tempat asalnya akan di buat projek tambah bilik.
Aduh sakit bahu aku angkat pasu tu.Tapi semua ok.Aku juga tanam bunga raya.Ada 4 pokok semuanya.

Esok tukang rumah tu akan memulakan tugasnya.Mudah-mudahan semuanya selamat dan Allah melancarkan semua urusan pembuatan rumah tu.
                                           Bunga ros  kesayangan ku.


Saturday, March 19, 2011

Memori mawar merah

                                       Restu..Rashid..Irfan..Irfa..Irliani..Irne..Irna..'ir'..mas...        ( irma )
                                       membentuk sebuah nama, engkaulah puteri itu
                                       seayu wajah
                                       seindah nama
                                      semuanya tentang kamu
                                      aku rindu.
                                       
                                      
                                      

Friday, March 18, 2011

Bua' Raang

jam 5.00 petang 18 mac, pakcik shoi dan 'ina' isteri pakcik shoi, datang untuk bantu tukang 'en.sikal ' menyukat tapak bangunan yg.nak di buat bilik baru tu. ukurannya 35' x 25' bertingkat.Alhamdulillah,semua ok. Pakcik buat pelepasan perletakan tanda kawasan kediaman kami anak beranak, dan cucu keturunan, maknanya itu persempadanan ruang makhluk kasar iaitu   ' manusia ' dan mahluk halus ' golongan jin dan syaitan '.Dalam bahasa bajau K.Belud, di namakan 'Bua' Raang'.Alhamdulillah, jauh di sudut hati semoga projek ini berjalan lancar dan dijauhi dari segala bala bencana dan semoga Allah berkati rezeki kami sekeluarga.Amin.
Irma Restu si puteri Ayu dan Irfa Amirah si ketua utusan pakar berunding dalam keluarga dan si doktor Rashid, imam keluarga, sama-sama lah berdoa kepada Allah semoga semuanya berjalan di atas garisan yg.lurus, teguh hingga ke akhir hayat.Si junior  'Ir'fan dah balik kent, jam 2.00 petang tadi.
Saat ini ada rindu di hatiku untuk anda semua yg.jauh disisi.Salam sayang dari ku untuk mu.Hingga jumpa.
                                            
                                        gambar dalam ruang tamu yg.tak larat nak di kemas.kena tunggu Puteri Amirah, kuli aku untuk kemas.He he he, ming jangan marah ahh.
Gambar bawah ni , ruang depan rumah yg bakal sesak kerana ini lah kawasan tapak, nak di tambah bangunan tu. Kalau bajet tak cukup tunggu bantuan si jurutera hospital tu lah bantu..agak2 boleh ke?.he hehe Restu, projek mu dah menunggu, ongkosnya bu.

Thursday, March 17, 2011

Saat Itu

Bagai mula
kita pun bertamu di ruang itu
mencipta sebuah cerita
cerita kau dan aku
yang tak akan putus
disentap arus waktu

Dalam mengenangmu
ada puisi ku bait untuk mu
membentuk sebuah lingkaran
detik aku memilih dirimu
menjadi tunggak hidupku
...sepanjang nafas dunia
sekekal alam fana
kita tetap bersama
meski ada rintangan luka
dalam ikatan cinta membara
kau kekal di situ
menyegarkan hari juangku
'ir' kau segalanya
mengisi lingkaran hidupku.

Careless Whisper - Wham!

Aku

aku suka irama ini terutama ketika memandu sendirian...careless whisper

Wednesday, March 16, 2011

Newly Released Video of the Tsunami and the Search for Survivors in Japan

Tak dapat tidur meski jam dah mencecah 11.20 malam.Bila lelapkan mata aku asyik terfikirkan vedio mengenai tsunami di Jepun.Hatiku memikirkan tentang janji Allah, mengenai kemusnahan Alam ini.Ini kah kurun itu..kurun yg.ia akan berlaku??..mengalir airmataku, memang wajar dunia ini di susun semula.Terlalu banyak perkara yg.telah berlaku.Aku mengalirkan air mata kerana rasa terharu dan sebak betapa Allah sayangkan ciptaannya, namun manusia tetap menentangnya, dengan mengabaikan Allah yg.menciptakan segala isi alam ini termasuk manusia itu sendiri.Hanya doa mengalir dalam hati nuraniku semoga diriku,suami ,anak2 aku, keluarga dan sahabat2 aku, kaum muslimin dilindungiNYA dari azab siksaan di dunia dan akhirat.Amin.

Aku berulangkali tonton vedio ini,agar aku tidak lupa tentang janjinya.Untuk mu juga ya..untuk kita semua.

Petang 16 mac 2011,Hari Rabu yg.redup.

cuti sekolah bermula 12 mac hingga 20 mac.Hari ini dah 16 mac..cuti ini akan berakhir tak lama lagi.Tak ada apa yg aku dapat buat selain melalui hari-hari yg.sunyi.Arus elektrik sering terputus berjam2 lamanya, tak kira siang atau malam..bolehlah dikatakan kerja aku hanya tunggu 'ada karan' sudah?
Banyak benda aku rasa saat ini.Ir dan Ir Junior ke KK lagi, kelmarin pun mereka pergi bersama cikgu Fauzi.
Aku.?..aku sibuk buat tapak semaian bunga2 ros dan bunga melur aku.Ada yg.dah bercamba.Aku nak ambik gambar, tapi anak aku peringatkan..kalau ambik gambar nanti 'mati ' bunga2 tu..aku tak pasti kenapa dia kata begitu, jadi dalam senyap aku patuhi juga pantang larang yg.dibuatnya.Aku takut betul2 terjadi..

Cerita pasal  'mati', sesuatu yg.abstrak.
Bulan mac ini banyak perkara yg.bergolak.Kejatuhan negara Mesir.Pergolakan Negara Libya, ketuanya di usir dari tanah air sendiri, lalu ketua itu berjuang mempertahankan diri dan hak keluarganya, lalu perang sesama sendiri, ramai yang ' MATI '.
Negara Jepun..dilanda petaka semula jadi..peringatan dari Tuhan yg.menciptakan alam ini.Alam ini milikNYA.
manusia cuma diberi nikmat menjadi penumpang yg.sementara..sampai masa "MATI",rakyat Jepun mati ramai2.Aduhai...mungkin,dalam kejadian itu ada cereta yg.tak dapat di ceritakan oleh individu..kerana mungkin dia sudah pergi dalam timbunan sampah sarap harta awam dan kediaman manusia yg.diranapkan banjir tsunami itu.Hemmm..Dialah Allah yg.maha mengetahui.Kita saksi kejadian.
Apa peranan kita?..hulur bantuan sebagai sedekah?..bantuan kemanusiaan.
Bila aku kaitkan dengan cerita anak murid aku yg.baru derjah 3..pergi sekolah dan balik ke rumah sejauh 2km, setengah..setiap hari,tiap2 hari aku lihat wajah sekecil itu murung dan sayu..aku tahu dia penat.
Aku tak tahu nak menolongnya.
Ada sedih di hatiku.Sedih sangat.

Seorang sahabta 'sms' kan aku kata kata ini,
" Bila engkau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa engkau telah mencuba, sedaya upayamu, bila tangisanmu berpanjangan dan hati mu dalam kedukaan, Allah mengira setiap titisan airmata mu..
Bila engkau merasa hidupmu ketinggalan dan masa telah meninggalkanmu, ingatlah Allah masih setia disisimu."

Ini pula 'sms" dari Miss Lim Sms ni di kirimnya sewaktu 16 mei 2010..sempena hari guru tahun lalu, masih ku simpan..cikgu kesayangan aku tu. sms nya berbunyi begini " Gd morning Mas.Sibuk?, bagus kalau begitu, kerana sibuk menjalankan tugas yg.diamanahkan, besar pahalanya. Balasan Tuhan tidak ternilai. "selamat Hari Guru dan Salam sayang untuk Mas n Family. Ingat 'd best teachers teach from d heart, not from d book' .. Saya yakin dengan pegangan ini."
Inilah cikgu aku Lim Bong Soo.Meski berjauhan, dia masih ambik berat dengan kami orang, pelajar2 perempuan yg lima tahun di asuhnya dari awal remaja sehingga mencecah usia 17-19 tahun.Hemm
Miss Lim, wajah mu dimata ku saat ini.Rindu aku padamu.

GGN- Exclusive :: Japanese Earthquake/ Tsunami Coverage :: March 11, 2011

untuk sebuah renungan dan peringatan ketika lalai menguaasai minda.

Monday, March 14, 2011

Allah Maha Berkuasa

Hari ahad 13 mac yang redup.
Saat ini,aku hanya mampu melayan sebak dihati dengan melawat dan mendengar surah-surah Al Quraan di youtube.com.Beberapa ketika aku tergamam menyaksikan berita dan gambar-gambar rakaman kemusnahan negara Jepun yg.gah dgn.semangat kerja rakyatnya yg.tak pernah kalah dengan halangan2 cabaran hidup di dunia yg.fana ini.
Sekelip mata, gempa bumi dan air menghanyutkan penempatan manusia dan kemudahan awam.Terapung bagai sampah sarap dan kelihatan sangat kecil.Bayangkan bot2 hanyut dan tak berdaya mengapung dengan kesimbangan layaknya sebuah bot yg.dibina mengikut ukuran dan teori manusia.
Ada sepi di hatiku.Namun bila ku usahakan mencari jawapannya dalam surah2 al Quraan, sesungguhnya manusia menggambil dan menikmati segalah pemberian nikmat dari Allah, namun disaat yg.sama...menidakkan kekuasaannya..Tuhan pun bertanya" mengapa kamu menyembah selain dari Aku?." kita insafkan diri melalui cara kita k.Jawapan tu ada pd.kita,diri kita dan Tuhan.DIA maha mengetahui.

Aku kongsikan Taddabur AlQuran dalam intry aku kali ini.semoga kita dapat berkongsi perkara yg.baik2 saja.

Wednesday, March 9, 2011

9 mac,hari Rabu yang senyap, ada tanya di hatiku

Hari jumaat aku ke hospital, jumpa doktor, demam dan sakit perut.Makan ubat. malam ..sangat tidak selesa muntah..ehh aku ada apa2 ke?..' tanya pd.ir '..manalah tau dapat kembar lagi..harap2 lelaki lagi..kalau betul..kali ni aku set dan ajar betul2, agar seorang jadi imam muda,seorang imam tua.Ha ha ha..apa ni mengarut je..
Apa pun,hari sabtu aku demam teruk,hari isnin rasa ok.lepas perhimpunan..aku tak larat nak berdiri pun..beritahu GB,aku terus ke kelinik jawi jawi ( antik nama klinik tu kan).Aku di beri cuti dua hari, so aku pun mc lah hari isnin dan hari selasa..hari ni baru pergi bertugas.
Senyap je di sekolah,saat aku tiba..semua orang macam tak ada mood.Biasalah aku lagilah tak ada mood, last-last aku jenguk FB aku..malas nak chat..aku semak senyum sahabat2 aku dari Melaka. Terubat aku tengok senyum hajah Sarimah, kak Ana, kak Roy, Norly..semualah sahabat2 aku teman aku membesar, tetiba aku ingin lagi menulis sajak untuk Ana Razak..tapi aku lebih gembira menyanyikan lagu ini untuk Ana, kebetulan lagu ni pun keroncong buat Ana 2 M.Nasir.Lawa lagu ni..kepada kak Ana aku kongsi seni kata lagu ni utk.mu, sebabnya hang kata hidup ni..memang ada rashia..best lagu ni..aku lah M.Nasir tu, ingin kongsi rashiamu.Lagu ni iramanya indah.Sahabat yg.layari blog ni, sama2 dengar lagu ni..cari di youtube k.

    Keroncong Untuk Ana 2

    Artist: M Nasir
    Setelah lama berjauhan
    Baru kini engkau terasa
    Sedalam mana cinta
    Yang terbenam di lubuk hatiku

    Apakah sebenarnya
    Rahsia yang engkau sembunyikan
    Hingga sanggup berpaling
    Dari hakikat sebenar-benarnya

    Marilah ku huraikan
    Kekusutan yang engkau alami
    Sambil kita nyanyikan
    Keroncong cinta kita dahulu
    Ana

    Bentangkanlah lembaran
    Kasih sayang baru untuk kita
    Dan semuga hendaknya
    Akan bertapak mahligai bahgia
                                                 Sarimah,kita bersua juga akhirnya..bila aku boring, aku tengok senyuman mu kat FB tu..aku suka he hehe..senyap2 aku balas senyum mu.
    Ok..aku rasa selesa saat ini ..sampai jumpa.Kak Ana dengar lagu tu, pas tu sms aku..kalau kau suka lagu tu.
    Norly dan hajah  Sari pun dengar lah.

    Sunday, March 6, 2011

    Pagi Hari Ahad yang Ceria 6 Mac 2011

    Kesibukan ini membuat aku terhenti mencatatkan cerita helaian saat hidupku.
    Namun hari ini,ada ceria di hatiku, semalam pagi sabtu Ir junior balik dari Kent, dan pagi ahad ini dia balik semula ke asramanya..hilanglah sedikit kerinduan ku pd.orang di Banglore, IPDA dan BMI tu..tak apalah,
    perpisahan ini buat sementara, dulu aku juga begitu..tinggalkan ayah ibu demi ilmu yg.terpaksa dicari demi membina kekuatan hari ini.

    Oh..pagi ni juga jam 11 pagi tadi "tukang" yg.akan menguruskan pembinaan penambahan bangunan di rumah aku tu datang, membincangkan kos dan reka bentuk rumah yg aku inginkan.Aku tak banyak cita rasa, asal selamat diduduki..Alhamdulillah..cukuplah.Tapi sedikit terkejut bila dia minta upah RM32,000.00 upah saja.Ukurannya kecik je..lebih kurang 25' x 35' bertingkat 1.Ku rancang tingkat atas buat 4 bilik dan bawah 3 bilik.

    Kos bahan binaan tak pasti lagi.Namun harapan ku bilik itu akan siap sebelum menjelangnya bulan Ramadhan nanti.
    Nampaknya mereka akan mula pd.cuti ini iaitu minggu depan.
    Kepada kak Roy, Norly dan sahabat2 yg.tersayang, doakan agar perancangan aku ni di restui Allah ya.semoga segalanya Allah permudahkan. Cuti akan bermula pd 12hb.mac hingga 20 hb.mac ni.sekolah semula pd isnin 21.mac.Kepada yg.menduduki exam..selamat menjawab soalan peperiksaan semester tu..jangan sampai ulang kertas peperiksaan tu.Semoga Allah berjayakan semua niat kita yg.baik.Insyallah.Amin.

    hatiku ceria seakan warna ros aku ni..lawakan kak Roy.Bunga ni aku tanam dalam pasu besar..bibit dari Padang Besar.